BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Glitter Text
Make your own Glitter Graphics

18 February 2009

episod 1

Saufa Sakina.

“Saufa!”
Macam kenal jer suara yang memekik panggil nama aku tu. Aku pun toleh kebelakang, melihat gadis ayu, Alima Nuris berlari-lari anak merentas padang. Tersenyum manis aku melihat gadis ini berlari.
‘Ni mesti ader cerita baru yang mek ne nak bagitau aku. kalau tak, takkan lah sanggup lari satu padang. Kan boleh mesej ajer. Zaman teknologi.’
“Saufa kau tau?” pantas aku menjawab,
“Tak tau.”
“Memangla kau tak tau sebab aku tak cerita lagi. Tadi masa aku lalu depan bilik guru, aku nampak…”
Memang mencabar kesabaran aku budak sorang ni.
“Kau nampak aper?” ambik kau, suka sangat bagi aku tertunggu-tunggu. Kan dah kene jerkah ngan aku.
“Aku nampak cikgu baru. Handsome bangat. Aku rasa muda lagi la. Kalau la dapat jadi pakwe, bahagianya hati. Urm, cikgu tu nama… haa cikgu Faqeh. Faqeh Irman.”
Dengan gaya mak joyah jer si Ima ni bercakap. Eh,eh kejap. Dia cakap cikgu aper tadi? Cikgu Faqeh Irman?
macam kenal. Aku tak silap lagi. Nama yang seunik tu ada pada orang yang sama ajer.
“Ima aku nak balik la, dah lewat ni. Dah nak magrib ne. esok kan cikgu mariam nak wat ujian. Aku belum habis lagi study lagi. Kau nak balik tak?”
Gelengan Ima, membuat aku berlalu pergi. Lambaian mesra aku hadiahkan pada Ima. Sehari berlalu lagi. Meninggal kenangan lalu dan mencipta sesuatu yang baru. Tapi aku tak pernah lupa dia. Seraut wajah yang buat tidur aku tak pernah lena.
------------------------------------------------------------------------------------------------

Faqeh Irman.
Bertahun aku mencari kau saufa. Kat sini kau menyorok rupa-rupanya. Kenapa lah kau lari? Hari tu kata nak sangat kat aku. Bila aku dah nikah ngan ko taknak pulak. Pas tu lari sampai aku sendiri hilang jejak. Tak tau nak cari kat mana. Anak gadis manis ini menukar bahagia aku kepada keliru dan kesah yang berpanjangan. Seperti mana manja menghilang tanpa berita setelah kecurangannya terbongkar, saufa juga pergi tanpa pamitan. Saufa hilang selepas SPM dan aku tak dapat menjejaki anak gadis manis itu. Sedari itu aku mencari dan terus menjejaki gadis kesayangan aku ni. Tapi tak jumpa. Tak sangka dia kat sini, hidup bahagia dan ceria tanpa masalah.
Dua tahun lalu.
“Saya suka kat Cikgu la. Macam mane saya nak buat yer?”
Biar betul budak ni. Aku ni cikgu dia. Dia lupe ker? Ke dia nak mainkan aku tak pun dia saja nak uji aku. tak pun, anak gadis manis ni dah tak betul. Dah la dekat nak trial SPM ni.
‘Arghh, giler.’
“Saya rasa awak kene pergi jumpa dengan doktor la. Saya rasa penyakit awak ni serius la.”
“Cikgu la doktor saya. Ala cikgu saya tau cikgu suka kat saya. Kalau tak, takkan la cikgu sanggup nak ajar saya ni. Dah tu time cuti sekolah pula tu.”
Memang sah budak ni tak betul. Takut aku dengar apa yang dia cakap.
“Saufa, ne tanggung jawab saya sebagai cikgu. Lagipun awakkan lemah subjek ni. Daripada saya tak buat apa kat rumah, lagi bagus saya ajar awak.”
“Ala cikgu malu nak mengaku la tu. Ala cikgu jangan la malu-malu. Saya tak kisah pun bercinta dengan orang tua. Lagipun jarak kita bukan jauh sangat pun. 5 tahun jer.”
Semakin berani pula budak ni. Mummy, tolong Faqeh. Kenapalah Faqeh dapat anak murid macam ni. Ni yang rasa cam nak resign ni. Tak boleh jadi ni. Aku kene focus. Aku cikgu. Cikgu, pendidik bangsa.
“Macam ni la Saufa, sebenarnya saya ni dah bertunang. Dah nak nikah pun. Insyaalah lagi 6 bulan. Baik awak lupakan je lah niat baik awak tu nak berkasih dengan saya.”

0 comments: