BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Glitter Text
Make your own Glitter Graphics

26 April 2009

episod 13

Faqeh irman

‘La menangis lagi. Aku ingat dah ok dah tadi.’

“Saufa, dah la tu. Bukan salah sapa-sapa. Dah takdir cakap macam tu kenalah terima. Tahukan hukum meratap orang telah meninggalkan kita? Sesiapa yang menolak takdir Allah adalah orang-orang yang munafik.”

‘Harap-harap lah brain bini aku ni boleh terimalah apa aku cakap.’

“Saya terima, tapi kenapa parent saya sanggup buat saya macam ni. Saya anak dorang jugak. Sampai ati baba.” Esakan saufa terkesan dalam hati aku, sungguh aku menyaksikan apa yang terjadi tadi. Aku jugak terkejut. Patutlah saufa duduk kat perak sorang-sorang. Kalau tak ada falah agaknya, anak gadis ini telah di buang jauh dulu lagi. Patutlah, falah yang walikan dia masa nikah dulu. Aku tak pernah terfikir sampai ke situ. Masih ada lagi manusia yang tak menghargai apa yang ada di hadapan mata.

Masalah aku skang, macam mana nak bagitau mummy ngan papa. Naik pulak darah tinggi mummy tu karang. Tak pasal-pasal ajer. Dah la bermasalah kat sana, takkan kat sini pun nak bermasalah jugak. Macam mana ni? Dengan mengejut kereta ku hentikan di bahu jalan. Lambat laun, aku kene bagitau diorang juga, unless kalau aku dah ceraikan dia. Macam mana ne? Lagu molek dendangan Elyana mengganggu ketegangan dalam kereta proton waja aku ni. Saper pulak ni? Dah la tengah serabut. Namun, aku jenguk jugak siapa yang berada di talian. Gambar along hakim terpapar di skrin. Lantas aku jawab panggilan yang tertera. Suara papa menusuk ditelinga.

“Assalamualaikum…”

“Waalaikumsalam, papa. Kenapa?”

“Faqeh kat mana ni? Baliklah, bawak saufa sekali.” Berdentum jantung aku mendengar kata-kata papa.

“Bawak saufa? Mana papa tau Faqeh dengan saufa ni?” bingung. Mana papa dapat tau ni? Tak kan daripada along hakim kot.

“Balik dulu. Nanti kita bincang.” Selepas salam, papa mematikan talian.

“Saufa, kita balik rumah keluarga abang yer? Papa dah tunggu kat rumah tu.” anggukan lesu saufa disebelah cukup melegakan aku. Proton waja biru metallic yang ku beli ketika tahun pertama di alam perkerjaan, kupandu cermat. Kira value la kereta ni. Buka duit aku semua pun, down payment papa yang bayar. Bulan-bulan jer yang aku bayar. Nasib baiklah gaji tetap, kalau tak mati aku nak bayar duit kereta ni. Apa agaknya yang berlaku sekarang ini. Jantung aku berdegup kencang. Saufa sakina, anak orang yang tak ku taahu asal usulnya. Aku kahwini dia atas dasar menutup malu. Tanggungjawab aku pada dia tak pernah terlaksana. Rahsia yang terkunci, tiada siapa yang tahu. Selepas bertahun baru ku bongkar kepada satu-satunya abang kesayangan aku, dan kematian falah membawa rahsia yang ada terus ke liang lahad. Dan sekarang, daripada papa tahu tentang semua ni? Saufa disebelah ku renung sayu. Apalah nasib anak gadi ini jika bukan aku jodohnya.

Apa lah alasan yang aku nak bagi kat papa and mummy ni? Macam mana aku nak jawab yang aku ni tertangkap basah ngan si saufa ni? “Along, tolong Faqeh.” Ketukan di tingkap kereta mengejutkan aku..

“Aik, dah sampai? Bila pulak aku masuk dalam pagar rumah ni? Eei, confiuse-confiuse…”

“Faqeh, turun lah cepat. Kejutkan saufa tu.” alahai budak ni tido ker? Penat menangis kot. Aduhai sayang, apelah nasib kau.

“Saufa, Saufa, bangun. Dah sampai ni. Mummy ngan papa dah tunggu tu.” seruku perlahan sambil tangan aku menepuk lembut bahu saufa. Alahai, susahnya dia ni nak bangun. Tido mati ker? Mati? Eh mana boleh, aku belum lagi start episode bahagia dengan saufa ni. Mana boleh mati lagi.

Saufa sakinah

Macam ader orang panggil aku ni. Siapa agaknya yang menganggu tidur nyenyakku ini. Ni yang nak marah ni. Asal sakit je belakang aku ni. Aku tido kat mana agaknya ni? Tadi aku kat mana? Bukan dalam kereta Faqeh ker? Macam mana ni? Mesti Faqeh yang kejutkan aku ni. Nak bukak mata ke taknak ni? Kalau tak buka karang, mamat kesayangan (zaman dulu-dulu je lah) ni kata aku maati pulak. So, apa choice yang ada? Bukak je lah mata, dan lepas tu buat lah muka tak bersalah aku tu. Bukan dia tahu pun kan? Betul tak?

“Herm, saya ader kat mana ni cikgu?” laju jer bibir comel aku ni mengajukan soalan.

“Kat rumah saya lah, kaat mana lagi. Awak tempat lain lagi ke nak pergi?”

Soalan Faqeh buat aku sebak. Aku sedar dirilah aku ni dibuang orang.

‘Baba, mama kenapa buat saufa macam ni? Tak kesian kat saufa ke? Apa salah saufa sampai mama sanggup halaau saufa? Sampai baba, tak nak tengok lagi muka saufa? Kenapa? Apa salah saufa?’

Tangisan aku bergema lagi. Semakin lama semakin kuat, hingga membuatkan keluarga itu keluar dan melihat apa yang terjadi.

“Faqeh apa yang faaqeh dah buat ni? Kenapa saufa menangis ni?”

“Faqeh tak buat apa-apa pun mummy. Dia yang menangis tiba-tiba, mana Faqeh tau.”

Serentak itu, perempuan itu memeluk aku, erat.

“Mari saufa, kita masuk dulu. Apa-apa hal kita cakap kat dalam.”

Kaki ku hanya mengikut langaakah perempaun jelita separuh umur ini. Aku betul-betul letih, tak larat dan segala macam perasaan lagi yang maksudnya penat. Sungguh, dengan apa yang telah terjadi hari ini, aku memerlukan kekuatan untuk menerima kenyataan yang aku masih lagi isteri Faqeh, dan aku juga telah dibuang keluarga, dan aku juga telah kehilangan satu-satunya kehidupan aku.

Aku masih lagi perlu memikirkan segala-galanya, pelajaran aku, kehidupan aku dan sebagainya. Ataupun, dengan kematian abang aku sekaligus ‘mati’?

‘Mak jah, tolong ambilkan air untuk saufa.” Terkedek-kedek pembantu umur yang sebaya mak berlalu ke dapur.

“Saufa cube cerita ngan mummy apa yang dah jadi tadi?” suara perempuan jelita separuh umur yang membahasakan dirinya mummy tu menusuk kedalam hati aku. Kalau lah mama sebaik ini kepada aku. Ya allah, betapa beruntungnya aku.

“Entah, saya tak tahu kenapa mama ngan baba halau saya. Sedangkan bukan salah saya abang mati.” Esakan aku berlansung lagi.

“Awak ni, budak tu dah lah tengah sedih, lagi nak tanya ke? Dah bagi dia makan, suruh dia berehat esok kita boleh tanya saufa lagi.” Serentak itu juga, wanita yang dipanggil Mak Jah tadi, datang membawa minuman.

“Mak Jah, siapkaan makanan. Saufa dengan Faqeh belum makan laagi ni.” Arahan yang diberikan oleh lelaki itu dipatuhi. Siapalah diorang ni. Kenalkan diri pun tak. Ke mana lah si Faqeh ni bawa aku ni. Orang baik ke orang jahat ni? Sudah, entah-entah nak jual aku kat pasaran gelap kot. Eii, menakutkan. Apa lah yang akan terjadi nanti…

24 April 2009

rahsia hati aku..shhyyy rahsia kiter je tau..!

Sungguh aku tak pernah tipu..aku cinta dia..perasaan yang berputik buat perasaan aku dibunuh..aku cemburu, biler dier rapat dengan yang lain. Aku benci pada dier yang tak pernah paham perasaan aku… Apa yang perlu aku buat lagi supaya dia paham yang aku cintakan dier.. aku tk tipu sungguh aku dah jatuh hati dengan dier.. hanya dier yang memenuhi ruang hati aku skang ni. Hanya dier bisa buat aku tersenyum riang… hanya dia yang akan buat aku jadi wanita penurut. Sungguh cinta ini bisa buat aku jadi yang terbaik untuk dier.. aku tau dier bukan yang terbaik tetapi aku cintakan dier.

Biarlah apa orang nak cakap, yang penting hati aku dah suke. Biarlah orang tak tau yang aku sungguh cinta kan dier.. biarlah orang sangka aku hanya bermain untuk mendapatkan dier..biarlah semue orang kata cinta aku pada dier hanya mainan perasaan aku. biarlah, aku tak kisah. Yang aku kisahkan, aku nak kat dia. Aku nakkan cinta dier, aku nak jadi kekasih dier. Aku nak aku dan dier punya kenangan yang terindah.. sungguh, kalo dulu aku ader cinta lain tapi, aku tau semue perasaan tu dah hilang ditelan masa. Yang aku tau aku suker dier. Aku sayangkan dier dan aku nak kat dier.

Adakah dier jugak macam aku ataupun dier dah ader pilihan hati. Atau pun dier cumer anggap aku sebagai kawan. Seseorang yang hanya boleh dianggap kawan jauh, yang hanya boleh berbincang pasal isu2 semasa.

Aku cinta die, hati ini macam terguris kalau ader yang bercakap yang dier sukerkan orang lain.. sekali lagi perasaan ini memakan diri aku. sekali lagi, aku jadi pengemis cinta yang tak pasti. Kalau dulu aku mengemis cinta Rashid tapi sekarang die ryang jadi taruhan hati. Dier tak bisa buat aku bedebar tapi dier bisa buat aku bersedih dan menangis cemburu.

Aku akan serahkan hidup aku dalam dakapan dier, kalau benar dier cintakan aku. aku tahu aku tak layak, tapi aku cume mahu sedikit ruang, supaya aku boleh bernafas dalam cinta dan kasih dier. Mungkin dulu aku manusia yang tak punyer hati perut, tapi sungguh aku sanggup lakukan apa saja untuk die.

Die la yang bertakhta jauh disudut hati aku yang paling dalam, m???i…. Sungguh cinta aku bukan mainan. Kasih aku bukan perjudian tapi aku sanggup gadaikan diri aku untuk kau.. sungguh aku cinta kau.

episod 12

Saufa sakina

Wajah mama yang mencuka sewaktu melihat aku balik kerumah ku pandang sepi. Fikiran aku lebih tertumpu kepada abang. Mana abang? Kulihat abang dah siap dikapankan dan diruaang depan rumah orang ramaai membacakan yasin untuk abang. Au mendekati jenazah abang yang terbujur kaku, mencium dahi abang kudus. Aku meneliti wajah abang terakhir kalinya. ‘Ini pengakhiran semuanya abang. pemergian abang menambahkan lagi kebencian di hati mama, membuatkan adik tersingkir terus dari keluarga datuk fauzuki noor. Sebab pemergian abang terletak di bahu adik selama-lamanya.’ Perlahan-lahan aku berlalu daripada jenazah itu. Terduduk aku disuatu sudut mengalunkan yasin buat terakhir kalinya untuk abang. Mak menghampiri aku, memelukku untuk menyalurkan kekuatan untuk aku. Aku teresak kecil di bahu emak. Lantas sekali lagi aku rebah. Panggilan mak, sayup-sayup ku dengari. Mak orang pertama yang aku nampak. Faqeh dan abang dia. Keluarga dia. Dimana mama dan baba? Kakak mana? Terbuang sudahkah aku? Air mata yang mengalir lesu dipipi mak bagai membuktikan andaianku.

“Dah bangun pembawa sial ni? Pengsan konon. Kalau ikutkan hati aku tadi aku campak je kat luar tu.” kata-kata mama menghiris-hiris hati ku.

“Ma, bukan salah saufa. Ampunkan saufa ma. Saufa dah cuba halang abang balik. Tapi abang nak jugak balik.” Aku melutut sambil merayu kepada mama. Aku beralih kepada baba setelah rayuan ku tak dilayan oleh mama.

“Baba, saufa tak salah. Jangan buat saufa macam ni.”

“Berambus kau daripada rumah ni, kau bukan lagi anak aku. Kau penyebab anak aku falah mati. Aku tak nak tengok muka kau lagi.” Dentuman dilangit bagaikan mengiringi pemergian aku malam ini. Tiada yang menghulurkan simpati.

“Baba, jangan buat saufa macam ni. Tolonglah, saufa anak baba, anak mama. Takdir tuhan yang menentukan segala-galanya. Bukan salah saufa abang pergi tinggalka…”

“Berambus kau sekarang. Berambus aku tak nak tengok muka kau lagi kat sini.” Kata-kata baba betul-betul menyentuh hati dan semangat aku yang hanya tinggal sedikit. Aku memandang mak dengan muka sayu sebelum perlahan-lahan aku mengambil beg tangan aku dan ingin berlalu pergi. Dentuman guruh di langit hampir melumpuhkan semangat yang hanya tinggal sedikit.

“Kau jangan amik apa-apa daripada rumah ni. Aku tak izinkan. Bak sini balik, kad kredit, kunci kereta dan aku tak izinkan kau balik kerumah tok di kampung. Aku nak kau berambus daripada hidup kami.”

Aku hanya memandang tanpa perasaan. Aku anak keluarga ini kenapa sampai bergini bencinya mereka kepada aku. Aku nak duduk kat mana kalau aku tak dibenarkan balik ke rumah dikampung. Ya Allah bantulah aku. Aku menyerahkan segala-galanya kepada baba. Sentuhan faqeh di bahu aku ketika aku berlalu meninggalkan rumah yang jadi kebanggaan keluarga ini mengingatkan aku masih ada dia. Egoku berlalu dengan sedetik waktu. Lantas tubuh ku diraih dalam pelukkan faqeh sebelum kami sama-sama melangkah ke kereta.

“Saufa, sabarlah, apa yang jadi ada hikmahnya. Kalau mereka buang saufa, abang ada. Kita bina balik apa telah kita sia-siakan dua tahun lalu. Tuhan tu maha adil sayang.”

“Thanks cikgu, saya tak tau ke mana saya patut pergi lagi. Dunia saya dah pergi bila tertutupnya mata abang daripada melihat dunia ni. Saya tak tau apa salah saya sampai baba ngan mama marah sangat ngan saya. Apa dosa saya saya tak tahu.” Esakan terus berlansung walaupun aku telah berlalu meninggalkan rumah baba.

“Syhh, jangan panggil cikgu. Abangkan suami saufa. Abang patut bertanggungjawab atas saufa. Kita bina hidup baru. Abang bagi peluang kepada abang untuk menenbus kembali apa yang telah abang lalaikan selama ini. Dah lah jangan menangis lagi. Kita balik rumah jumpa papa dan mummy.”

Suami? Bila pulak aku kawin ni? Ade eh? Ke aku dah lupa aku dah dah kawin, takkan kot.

“Abang? Suami? Bila pulak saya jadi isteri cikgu ni? Cikgu mimpi yer?”

“Awak tu yang mimpi puan faqeh irman. Bukan kita dah nikah dua tahun lepas ke? Cuma kawin jer blum.”

Usikan faqeh yang berserta senyuman gatal tu mengingatkan aku dengan peristiwa abang yang mewalikan aku, bukan baba. Mutiara jernih yang berhenti tadi, bertubir kembali dalam takungan mata. Sungguh aku lupa, abang telah banyak membantu dan menolong aku. aku sayang abang. abang maafkan saufa.

episod 11

Saufa sakina

Aku memandu laju meredah kegelapan malam ke kuala Lumpur. Abang kemalangan dengan lori dalam perjalanan pulang ke kuala Lumpur. Maki hamun mama berlalu bagaikan angin. Aku tak ambil tahu. Yang aku nak tahu, keadaan abang.

“ya allah selamatkan lah abangku daripada perkara buruk.”

Ini semua salah aku, kalau aku tak tampar alima tadi, abang takkan datang perak semata-mata nak bela aku. abang takkan balik ke kuala Lumpur dalam keadaan penat dan serabut dengan masalah aku. Maki hamun mama ada betulnya. Aku manusia yang hanya mendatangkan masalah.

Sampai sahaja diperkarangan hospital kuala Lumpur, aku tak bertanggunh untuk berjumpa dengan abang.

‘Abang, adik datang abang.’

Mama, baba, kak atiya dan bakal keluarga mertua kak atiya juga berada dihujung sana. Aku melangkah laju kearah mama, ingin tunduk mencium tangan mama, tapi tamparan mama terlebih dahulu menyinggah ke muka aku.

“Anak tak guna, hidup kau memang menyusahkan orang. Kalau aku tahu, aku bunuh kau masa kecik lagi. Kau tengok apa dah jadi dengan abang. Kalau apa-apa terjadi dengan abang, aku tak mengaku kau anak aku lagi” lantang suara mama memarahi aku. Bakal mak mertua kak atiya kulihat menggosok-gosok belakang mama tanda menyabaarkan.

“Ma, maafkan saufa, tadi saufa tak bagi abang balik, tapi abang nak balik jugak…”

“Alasan. Kau memang anak tak guna, aku ingat lepas kau berambus daripada rumah aku, hidup aku dan anak-anak aku akan aman. Tapi kau perosak. Tau tak perosak.” Sungguh aku terlalu terluka dengan kata-kata mama. Aku anak siapa? Bukan anak mama? Aku melutut dihadapan mama, cuba meraih simpati mamaa, tapi buat kali kedua, mukaku dihadiahkan dengan tamparan. Seorang lelaki berpakaian seperti doktor mendekati kelompok ini dan menyatakan,

“Pihak kami telah mencuba sedaya-upaya untuk menyelamatkannya, tapi Allah lebih menyayangi arwah. Harap bersabar.” Sesaat kemudian aku terdengar raungan mama sebelum dunia aku gelap.

Faqeh irman

Panggilan telephon daripada along hakim berkaitan dengan abang saufa sakinah menyesak dada. Baru petang tadi aku berjumpa dengan dia. Tak sangka ada musibah yang menanti dalam perjalanan pulang yang dilalui oleh falah irwan. Aku bergegas bergerak ke kuala Lumpur. Aku sampai ketika melihat saufa jatuh menyembah lantai hospital HKL ini. Laju langkah ku ingin mengangkat tubuh itu dalam pelukan aku, tapi tak sempat, Datuk fauzuki terlebih dahulu mengangkat tubuh itu dibantu oleh MA HKL. Datin marla lesu dalam pelukan mummy. Aku mendekati kelompok ini, dan dari along hakim aku ketahui falah irwan telah menjadi arwah. Innallillah wa innallillah warajiun. Along menyuruh aku melihat saufa, mungkin ada apa-apa yang yang diperlukan oleh isteriku itu. Wajah along bagai menyimpan seribu satu rahsia yang akhirnya akan menjadi milikku jua. Pantas aku berlalu ke saufa sakina yang terbaring diatas katil. Dia masih lagi kaku, sisa air mata masih dipi dan hijau yang menghiasi pipi saufa menjadi tanda tanya. ‘Kena tampar ke bini aku ni.’ Aku usap lembut tangan saufa. Aku lihat dia bergerak-gerak dan seterusnya dia bangun dengan mengejut bagai teringat dengan apa yang berlaku, dia terus menjerit memanggil abang. Esakan dan raungan saufa membuatkan aku terus memeluk dia dengan erat. Akhirnya sekali lagi saufa rebah dalam pelukan aku.

“Saufa, bangun saufa. Ya allah kenapa ni. Nurse.” Jeritku kuat memanggil nurse yang kebetulan lalu disitu.

“Kenapa encik.” Banyak soal plak nurse ni, aku bagi sebijik karang.

“Tak nampak dia pengsan ke?” soalku marah.

“Encik tunggu kat luar dulu, saya nak periksa pesakit.”

“Saya suami dia, saya tak nak keluar.” Sejurus kemudian doktor, sekilas aku lihat nama di name tag nya, hanim.

“Tak boleh, encik kena keluar jugak.”

“Kenapa ni nurse?”

“encik ni tak nak keluar.”

“Saya suami dia, saya taknak keluar.” Sampuk ku pantas.

“Biarkan dia.” Kulihat wajah nurse tadi tak puas hati. Aku tak kira, cukuplah selama ni aku mengalah. Aku nak dekat selalu dengan dia. Apa gunanya aku sebagai suami kalau tak berada disisi isteri. Sejenak kemudian, doktor hanim menghampiri ku.

“Jangan risau encik, dia cuma terlalu tertekan dan mungkin tak dapat menerima kenyataan. Saya dah suntikkan ubat tidur. Dia akan tidur sehingga pagi esok. Elok encik balik berehat.”

“terima kasih doktor. Biarlah saya jaga dia kat sini.”

Aku berlalu kembali ke kelompok ‘keluarga kami’. Datin marla masih lagi lesu, datuk marzuki sibuk menguruskan prosedur untuk membawa pulang jenazah. Aku bagitahu dekat along hakim yang tengah pujuk kak atiya, tentang kondisi saufa. Kak atiya cuma mendengar tanpa perasaan. Dengusan bertaut sendu keluar daripada mulut comel kak atiya.

“Adik tak guna. Kenapa dia tak mampus terus. Senang hidup semua orang. Kalau tak sebab dia, abang takkan mati.” Esakan kak atiya bertambah kuat. Aku terpinga-pinga. Papa mendekati aku dan menepuk bahu ku perlahan. Bagaikan mengerti perasaan aku ketika ini. Akhirnya mereka semua pulang kerumah dan aku disini menjaga saufa sakina. Aku memandang saufa dengan perasaan kasihan dan sayang yang tak mampu aku ucapkan. Sejak aku bertukar ke kelantan dahulu, aku tak pernah berjumpa lagi dengan wajah ini sehinggalah dua bulan lalu. Akhirnya aku tertidur sambil memegang tangan saufa. Aku tertidur dengan nyenyak seolah-olah aku terlalu bahagia. Aku hanya terjaga apabila, saufa mengerakkan aku.

“Cikgu, bangun cikgu. Apa cikgu buat kat sini. Kenapa saya kat sini. Saya nak balik.”

“Awak pengsan semalam. Doktor tidurkan awak. Saya jagakan awak sebab tak ada orang nak jagakan awak. Yang lain semua dah balik untuk menyelesaikan pengkebumian falah.” Ujarkan perlahan sambil memegang erat tangan saufa sakina. Sesaat aku merenung wajah yang sarat dengan kedukaan itu sebelum aku menyambung kata.

“Jom lah balik. Awak taknak hadiri pengkebumian abang awak ke?” esakan kecil yang terdengar daripada saufa membuat aku jadi serba salah.

“kenapa ni sayang?” lalu aku peluk saufa bagi menenangkan perasaannya yang berkocak hebat. Getaran asing terasa dalam hati ku usir jauh-jauh.

episod 10

Faqeh irman.

Apa yang berlaku sebenarnya? Aku tanya Alima dia diam. Tanya saufa, lansung tak pandang muka aku. dengan cikgu arman tu pun dia boleh buat tak tau jer. Akhirnya, abang saufa dipanggil. Itu pun sebab amik kat maklumat pelajar. Nak harapkan saufa bercakap jangan haraplah. Nasib KL-slim river tak lah jauh sangat. Tapi sampai petanglah aku kat situ. Walaupun cikgu arman pelik dengan sikap bertanggungjawab aku kononnya, tapi dia diam jer. Ibubapa Ima pun dipanggil. Aku tengok abang dia cool jer bila cikgu arman bagi tau apa masalah yang menyebabkan dia dipanggil. Saufa pula buat muka tak bersalah je. Pelik aku tengok apa yang berlaku sebenarnya. Lama tak lama hamper petang jugak baru selesai masalah yang melanda. Saufaa sakinah digantung sekolah selama seminggu, itu pun atas dasar sebab saufa akan menghadapi peperiksaan lagi 2 bulan. Kalau nak buat hal pun tunggu lah lepas periksa. Aku dan cikgu Arman tetap tak tau kenapa saufa tampar Alima kat tengah-tengah kantin sekolah tadi. Aku cuba tanya alima tapi dia senyum aje. Macam tak ada perasaan lagaknya. Saufa cuma cakap dengan abang dia. Apa yang dibincangkan hamper setengah jam tu aku tak tahu. Tapi apa yang aku tengok mata saufa merah bila keluar daripada bilik kaunseling yang dikosongkan bagi tujuan membiarkan saufa dan abangnya berbincang. Kenapa dan mengapa tetap jadi tanda tanya kepada semua orang.

Saufa memang dah berubah. Lain daripada yang aku kenal 2 tahun lalu. Apa yang merubah anak gadis yang memang mendapat tempat di dalam hati ku sejak aku melafazkan ijab kabul dua tahun lalu, aku tak tahu. Kemana sikap lincah dan berani anak gadis ini? Kemana sikap ceria yang selalu menghiasi bening mata yang berkaca itu? Aku rindu kenangan yang berlalu dua tahun lalu. Saat saufa cuba memikat hatiku yang terikat dengan manja. Saat aku melayan dia dengan separuh hati. Sungguh perhatian yang saufa berikan membuat aku rindu saat lalu. Sejak aku berjumpa kembali dengan saufa sakina dua bulan lalu, anak gadis itu dah berubah 100% daripada yang aku kenali.

‘Panjangnya analisis terhadap isteri kesayangan aku ni, solat asar belum lagi, magrib dah dekat. Came on, bangun faqeh, solat dulu nanti malam sambung balik fikir pasal saufa sakina.’ Sesaat kemudian aku berlalu kebilik air, menjejaskan bisikan syaitan yang cuba melalaikan aku daripada terus menjalankan kewajiban aku sebagai seorang islam.

Falah irwan

Sepanjang perjalan pulang ke Kuala Lumpur aku memikirkan soal saufa sakina. Apa yang terjadi memang salah saufa tapi sebab dan munasababnya, aku dan juga faqeh. Saufa jadi maanusia yang hilang arah apabila terpaksa berhadapan dengan suami yang ditinggalkan dua tahun lalu dan aku pula terus mendesak adik supaya berbaik dengan faqeh. Tambahan pulak atiya bakal mendirikan rumahtangga dengan abang faqeh. Aku tahu saufa tak dapat nak menguruskan fikiran dan hatinya dengan betul. Peperiksaan STPM akan berlansung hampir dua bulan lagi. Semuanya menjadikan saufa seorang yang mudah hilang pertimbangan walaupun aku tahu saufa lebih tabah daripada yang aku jangkakan. Apa kat depan aku ni, silau…

“Ya allah.” Ucapan kalimah Allah yang aku ucapkan bergabung dengan detuman kuat. Dalam samar-samaar aku mengucap dua kalimah syahadah sebelum aku terus tertidur.

08 April 2009

episod 9

Saufa sakina.
Aku baru balik daripada PD. Bercuti 3 hari jer. Exam dah dekat. Nak kene study. Karang kalau tak lulus mati aku nak jawab dengan mama. Mama tak kan terima alasan kenapa aku gagal. Walaupun aku tak berpeluang belajar kat luar negara macam kakak tapi aku nak juga buktikan yang aku jugak boleh berjaya. Setaraf dengan kakak. Cakap pasal kakak, tak sangka pula bakal mak dan bapa mertua kakak, bapa dan mak mertua aku. Nampak macam baik. Kalaulah dia tahu yang aku ni menantu dia macam manalah agaknya? Kemungkinankah cinta aku pada Faqeh ada lagi walaupun dah bertahun aku cuba melupakan dia. Maafkan aku Faqeh. Bukan niat aku tapi aku buntu. Tak tau nak buat apa. Aku budak-budak lagi waktu tu.
Masih ada ruang untuk aku mintak maaf? Aku tak sangka semua ni boleh jadi macam ni. Aku cuma suka kat kau. Bukan mencintai. Maafkan aku.
Cuti dah habis. Sekarang kenelah study gila-gila. Exam dah dekat..
“Adik sampai bila nak jadi macam ni?” pertanyaan abang lewat petang petang dalam talian telephone menjadikan aku hairan. Berkerut-kerut muka aku memikirkan keberangkalian yang timbul. Aku buat salah ke?
“Abang ni kenapa? Tanya soalan yang adik tak tau nak jawab. Abang tanya untuk apa sebenarnya?”
“Adik, berbaiklah dengan faqeh. Takkan nak macam ni sampai bila-bila? Ingat, adik masih lagi isteri dia.”
“Abang, adik tak nak cakap pasal ni. Adik serabutlah. Dahlah nak exam. Datang pula masalah yang tak dijangka. Boleh gila tau.” 1st time aku meninggikan suara pada abang. Aku tak sengaja tapi aku betul-betul tertekan dengan sikap faqeh. Lantas aku jadi marah bila orang bercakap pasal faqeh.
“Ikut adik lah. Malas abang nak layan orang yang keras kepala macam adik ni. Assalamualaikum.” Belum sempat aku jawab salam, talian diputuskan. Ini bermakna, abang betul-betul marah kat aku. Macam mana nak buat ni.
Aku teringat peristiwa yang berlaku seminggu lepas yang menyebabkan aku dan Ima bertekak pasal faqeh.
“Kau ni saufa, dah orang nak belanja makan tu terima aje lah. Sekurang-kurangnya jimat belanja hari ini.”
“Kalau ko nak sangat, pergilah. Aku tak nak. Aku mampu lagi belanja diri aku sendiri.”
“Ko ni kenapa saufa? Daripada hari 1st cikgu tu ko buat tak tau jer kat cikgu. Ko ader hati kat dia yer?”
“Mulut kau tu tak dak insurans ker? Nak aku tolong belikan? Ko nak makan makan lah, tapi cakap be carefull ha. Ko ingat aku ni anak patung ke?”
“Yang kau nak angin puting beliung satu badan ni, kenapa? Selama kau tak pernah macam ni pun. Kau datang bulan yer? Tapi bukan minggu lepas kau baru bocor ke?” soal Ima pelik tengok perubahan angin aku yang tak menentu. Bercakap pasal faqeh memang buat aku naik angin.
“Dah lah malas aku nak layan mulut kau yang tak reti bahasa nak jaga perasaan orang lain ni.”
“Dah nama pun mulut mana ada otak. Aku yang ada otak la. Pe ke bengong sangat kau ni?”
Apa yang Ima cakap, walaupun perlahan (aku tetap dengar) buat darah aku semakin mendidih. Siapa sangka, tapak tangan aku melekap lah kat pipi dia. Dia tengah-tengah kantin tu aku slap dia. Tu la mulut kurang ajar lagi. Takdirnya pula cikgu kesayangan murid kat sekolah (cikgu disiplin, cikgu Arman) lalu dengan suami kesayangan aku nak pergi makan kat kantin. Apa lagi terpaksalah aku dengan Ima duduk kat bilik disiplin tu 2 jam untuk penyiasatan. Segala jenis cikgu dipanggil. Al-maklumlah, kes besar kat sekolah tu. 2 orang pelajar tingkatan 6 atas bergaduh. Headline tuh. Faqeh pulak terpinga-pinga. Puaslah dia memujuk aku. Suruh cakap apa yang berlaku. Mana taknya, 2 jam kat bilik disiplin tu aku senyap jer, tak bercakap walaupun sepatah. Sampaikan cikgu arman tu dah nak naik tangan kat aku lah. Faqeh lah yang menyelamatkan keadaan yang betul-betul genting tu.
Siapa sangka aku sanggup tampar Ima. Ima kawan baik satu-satunya kat sini. Dialah yang membantu masa aku terpinga-pinga masuk sekolah dulu. Dia juga yang jadi kawan aaku. Dia yang banyak tolong aku kalau ada masalah. Tapi pasal dia tegur sikap aku dekat faqeh, aku sanggup tampar dia. Kawan jenis apa lah aku ni. Akibatnya aku digantung sekolah selama 3 hari atas kesalahan aku itu. Baba mengamuk, abang taknak cakap dengan aku dah dan mama, aku kene penampar daripada mama. Rasa frust sangat. Tapi apa nak buat benda dah jadi tanggung ajelah. Sejak kedatangan faqeh kembali dalam hidup aku semuanya jadi kucar kacir. Segala-galanya.

episod 8

Faqeh Irman.
Aku tak salah lihatkan? Aku tak salah pandangkan? Memang betul itu Saufa. Oh ini keluarganya. Tapi kenapa dia tidak seperti kak atiya. Tak kan bapak dia tak mampu nak support dia pergi ke luar negara. Kak atiya graduan luar negarakan? Sedangkan anak gadis in cuma belajar di tingkatan 6 di sekolah pekan. Apa yang terjadi dalam keluarga ni?
“Silakan makan, ini je yang mampu kami sediakan. Harapnya kenalah dengan selera kalian.” Manis senyum mama menuturkan kata. Along hakim nampak malu-malu. Maklumlah rumah bakal mertua.
“Ni anak datin ke?” tunjuk mummy ke arah Saufa.
“Hish, tak payah lah berdatin-datin. Panggil saya mala jer. A ah. Tu Saufa Sakina anak bongsu saya.”
“Oh, ingatkan atiya ada sorang jer adik rupa-rupanya ada lagi seorang. Manis pulak tu. Tapi nama ni macam pernah saya dengar. Tak ingat pulak saya dimana.”
“Dia ni duduk kat kampong. Biarlah dia belajar berdikari disana.” Jawab mama.
“Yelah. Untung mala ada anak dara. Saya ni ada anak teruna. Tak merasalah nak mengharapkan mereka masuk dapur tolong memasak. Masak lah kita sorang-sorang.”
“Apa yang nak di kisahkan? Saufi kan dah jadi anak kak ijah juga. Jangan segan ajak kedapur kalau dia ke sana. Tak lamakan rumah kak ijah rumah dia jugak.”
“Mama ni, ada pulak cakap macam tu.” Kak atiya tersipu malu.
“Awak ni mala, cakap beralas sikit, kan dah merah muka anak kita tu. Tapi betul juga tu, saufi ni jarang ke dapur. Sesekali dia ke sana apa salahnya ajak kedapur. Lagipun saufi dah nak jadi anak kak ijah dah. Kan Cik mat?”
“Betul-betul, saya sokong.”
Saufa terkedu dihujung meja makan sana. Tertib dan beradab sekali dia menjamah makanan. Memang datuk dan datin ini menjaga anak sebaik mungkin. Tapi dia macam tak mesra dengan yang lain. Kepingin aku mengetahui apa yang berlaku.
“Faqeh ni jadi cikgu kat perak sana. Minatnya ke situ, saya ikutkan aja. Lagipun, mendidik orang ni banyak pahalanya, berat tanggungjawabnya. Biarkan dia belajar erti tanggungjawab. Jangan esok dah kawin pun, duduk bawah ketiak mummy dia.” Namaku yang disebut papa menarik aku kembali ke meja makan. Jauh betul aku mengelamun tadi. Gelak ketawa yang lain buat aku malu. Malu bila aku pula yang jadi topic bualan disini.
“Anak-anak bergitulah. Ikutkan sahaja. Moga-moga nanti kita dah tua, mahu mereka menjaga kita. Jangan dihantar ke rumah orang tua-tua dahlah.”
Tepat pukul 10 malam, keluarga ku meminta izin untuk pulang. Gadis manis Saufa, entah hilang ke mana. Ke bilik mungkin. Banyak yang aku tak tahu tentang keluarga ni. Saufa macam orang asing ditengah-tengah keluarga datuk fauzuki noor. Sungguh aku hairan.
“Faqeh dok pikir apa tu? Terkenang anak datuk ke? Adik atiya? Cantikkan orangnya? Manis dan lembut.”
“Along. Mengejutkan Faqeh aje. Tak layak nak bergandingan dengan anak datuk. Kita ni cikgu biasa je. Bukan macam along. Businessman yang tengah top sekarang ni. Boleh la pandang anak datuk macam kak atiya tu.”
“Along pun tak jangka boleh jatuh cinta ngan dia. Anak datuk pula tu. Nasib baik lah dia jenis tak pilih status. Keluarga itu memang baik. Bersopan dan tak memilih darjat.”
“Along, tak rasa pelik ke?”
“Apa yang nak dipelikkan?” berkerut-kerut dahi along memikirkan kata-kata aku.
“Along tau selama ni yang kat atiya tu ada adik? Cantik pulak tu. Dia pun tak pernah cerita tentang adik dia tu.”
“Sejak bila berminat ni? Nanti suh mummy meminang adik kak atiya untuk Faqeh nak?”
“Boleh juga. Cantik juga orangnya. Bersopan santun pula tu. Along nak tau she is my student. Masa Faqeh mengajar kat sini hari tu dia baru tingkatan 5. Sekarang dia jugak masih student Faqeh.”
“Masih student? Maksudnya Faqeh mengajar kat sekolah yang saufa belajar?” tanya along keliru.
“Ye along. Tak sangka selepas dua tahun baru Faqeh dapat jumpa dengan dia. Dia belajar kat kampong rupa-rupanya. Pelikkan. Kalau nak ikutkan dia mampu nak ke luar negara. Tapi kenapa dia belajar kat tingkatan 6. Tak sia-sia pertukaran Faqeh ke perak. Dapat jumpa dengan saufa balik. Dan tak sangka abang pulak berkasih-kasihan dengan kakak dia.” Usik ku.
“Wait the minute. Apa maksud Faqeh dengan tak sia-sia dengan pertukaran Faqeh dan dapat jumpa saufa balik. Did I missing something here?” tanya along hairan. Alamak, aku tak pernah cerita benda yang satu ni kat along. Macam mana ni. Along ni kalau dah terlepas cakap mesti dia nak tau. Macam mana ni?
“Mana ada. Betul lah apa Faqeh cakap. Kan dulu dia student Faqeh. Jadi tak sangka lah dia masih lagi jadi student Faqeh.”
“Macam mana pula dengan tak sia-sia pertukaran Faqeh? Bukan selama ni Faqeh membantah keras ke? Sampai nak letak jawatan. Nak tolong along kat office la. Tell the truth la bro.”
“Eh along ni dah macam lawyer pulak. Kenapa dulu along tak ambil law? Kalau tak mesti sekarang ni along dah jadi majistret.”
“Takpayahlah nak tukar topik. Faqeh bukan boleh sembunyikan apa-apa daripada along.”
Nak tak nak terpaksalah aku bagitau jugak kat along. He is my best friend. Along lah yang selama ni banyak bantu aku. aku akhiri cerita aku dengan amaran jangan bagitau mummy dengan papa.
“You should not leave her like that. Faqeh ada tanggungjawab ke atas dia. Berapa banyak dosa yang Faqeh tanggung bertahun ni sebab ego dia. She is your wife.” Dah start dah ceramah along ni. Along ni memang warak sikit. Bukan macam aku.
“Nak buat macam mana dah dia yang tak nak kat Faqeh. Pas tu Faqeh pula ditukarkan ke kelantan. Macam mana nak buat? Dia dah tukar nombor phone dan abang dia Faqeh tak tau nak cari kat mana.” Terang aku panjang lebar. Biar along faham masalah aku. Jangan nak tembak aku macam tu je.
“Sekarang dah jumpa balik kan? Tunaikan tanggungjawab Faqeh dan pujuklah dia baik-baik. She is nice girl.”
“Insyaallah. Along ini rahsia kita ye.” Aku buat muka simpati kat along.
“Jangan risau lah. Rahsia Faqeh selamat dengan along. Dan tak sangka along lah yang terlewat. Adik kesayangan along dah nikah dah. Kawin je blum.” Usikan along mengakhiri perbualan kami.

episod 7

Faqeh Irman.

Dah masuk 2 bulan aku kat sini. Cuti pertengahan semester pun dah start. Sekolah ni ok. Tak banyak masalah. Cuma masalah aku sekarang macam mana nak dekatkan diri aku dengan Saufa. Nak wat cara baik ke, cara jahat? Cara dia pandang aku, aku tau dia sayang lagi kat aku. tapi macam mana nak wat dia dekat ngan aku. Pening kepala aku nak pikir. Alamak lapar pulak perut ni. Malasnya nak masak. Nak kuar pun malas. Hujan pula tu. Maggie aje lah jawab nya. Ne yang tak best dok jauh-jauh daripada mummy ni. Tak dapat nak makan sedap-sedap. Rindu pula kat mummy. Esok sabtu, tak ada aktiviti. Nak balik la. Urm, nanti balik nak suruh mummy masak tom yam putih la. Sedapnya lah. Nanti kalau nak cari isteri kena pandai masak tomyam putih. Tapi, Saufakan dahl jadi isteri aku, pandai ke dia memasak?
Kan dia anak orang berada berpunya, banglo je, dah berbuah-buah. Belum lagi duit yang berkepuk-kepuk kat bank tu. Tak masuk dengan aset-aset didalam mahupun luar negara. Nak dibandingkan dengan aku, apa yang ada. Mummy memang anak orang yang berpangkat dan berpunya, tapi papa orang biasa. Harta pun tak ada. Setakat Usahasama Sendari tu aje lah yang family aku ada. Itu pun cuma syarikat kecil yang terlibat dalam bidang perlancongan. Along hakim je yang minat dalam bidang perniagaan, aku lebih minat jadi cikgu. Kalau tak jadi cikgu dulu tak payah lah aku jadi macam ni. Menggalas tanggungjawab yang tak sepatutnya. Tak sepatutnya aku kahwin dengan saufa dulu. Astagfirullahulazim. Tak baik menyalahkan takdir. Aku ni macam orang yang tak beriman pulak. Lebih baik aku pergi solat. Isyak belum sembahyang lagi ni. Esok-esok boleh pikir lagi tentang si gadis manis Saufa tu.


Saufa Sakina.

Apa yang aku nak buat ni? Nak keluar, karang kena marah pulak ngan mama. Apa aku nak buat ni. Abang pulak pergi meeting. Aku nak ikut dia tak bagi. Nak pujuk abang lah. Aku rasa macam nak pergi holiday lah. Kalau lah dapat pujuk baba pergi kat port dikson pun jadilah. Tapi baba bagi ke? Kalau pergi dengan abang mesti baba kata ok punye la. Tapi abang ader projek baru kan? Cubalah pujuk baba dulu. Mana tau dia nak bagi aku pergi alone ke. Yelah cuti sekolah. Kalau kakak dulu, mana nak pergi baba bawa, aku tinggal ngan mak. Duduk dapur belajar masak. Mak kata perempuan kene tau masak. Jangan jadi anak dara yang tak tahu apa-apa. Nanti mak mertua tak suka.
‘Tolong mak kat dapur la.’ Aku pun bergegas ke dapur, tolong mak buat makan petang. Selalu baba nak makan kuih petang-petang macam ni. Mak buat kuih apa petang ni agaknya. Bolehlah aku menambah resepi sedia ada. Sibuk nampaknya mak kat dapur. Datang pulak rancangan jahat aku nak kejutkan mak.
“HHaaa,” sergahku sambil tetawa kecil melihat telatah mak. Mak ajelah yang paham aku selain abang.
“Allahuakbar, Ina. Terkejut mak. Kalau mak ada sakit jantung, dah mati tau mak Ina wat macam tu.”
“Ala mak, jangan lah marah. Mak masak apa? Boleh Ina tolong?”
“Ina minta maaf ye mak sebab kejutkan mak. Mak jangan lah marah Ina. Bertambah berkedut muka mak tu.”
“Ina, mak ni dah tua memanglah muka berkedut. Mak dah siap dah lah. Mak buat karipap pusing. Ada kat bawah tudung saji tu kalu Ina nak makan.”
“Sedapnya. Sayang mak. Macam tau-tau aje Ina nak makan karipap. Mak lah pujaan hati Ina.”
Dalam rumah ni, mak sorang jer yang panggil aku Ina. Memang daripada aku kecil lagi mak panggil aku Ina. Mak kata, mak suka nama Ina bila aku Tanya dia kenapa dia tak panggil aku Saufa. Tapi aku suka mak panggil aku Ina. Rasa special sangat. Yelah. Orang semua panggil aku Saufa.
“Ina, tolong mak angkat hidang ni ke taman. Panggil baba ngan mama minum petang.”
“Ala, mak lah yang panggil, Ina tolong angkat ajelah.”
“Yelah. Mak pergi panggil.” Aku pun angkatlah hidangan yang mak dah siapkan ke taman. Aku tengok baba memang dah ada kat meja. Aku pun letak dan hidangkanlah untuk baba. Dan aku juga tahu, baba tak kan ajak aku makan bersama dengan dia. Mama pun macam tu. Rasa aku macam tak berguna je kat rumah ni. Kesempatan dah datang.
“Baba, Saufa nak minta izin. Saufa ingat nak pergi jalan-jalan kat mana-mana cuti sekolah ni. Baba bagi tak Saufa pergi?” tanyaku penuh debaran. Minta-minta bolehlah.
“Nak pergi mana? Dengan siapa?”
“Seoranglah kot. Ingat nak ajak abang tapi, mungkin abang banyak kerja.”
“Apa yang dia nak?” Tanya mama, angkuh. Mama lupa kot yang aku ni anak mama juga. Aku juga ada perasaan.
“Entah. Nak holiday katanya. Minta izin. Hah awak tak ke mana-mana? Boleh lah pergi dengan Saufa. Dia tak berteman.” Cara baba cakap ngan mama macam dah boleh je. Tapi mama macam mana pula.
“Tak kuasa saya. Kakak kan nak bertunang lagi sebulan. Banyak kerja saya nak buat. Kalau nak bercuti sangat biar dia pergi seorang. Kalau nak minta ditemankan, jangan diizinkan.” Hah, dah dekat nak boleh dah ni. Sikit je lagi.
“Tak pe ma, Saufa boleh pergi sorang. Saufa kan dah besar.” Aku terus melobi untuk mendapat keizInan baba dan mama.
“Sukatilah Saufa. Comformkan bilik dan tempatnya. Nanti kalau ada masalah apa-apa senang.” Izin baba.
“Thanks baba. Thank you a lot. Love you.” Sahut ku riang. Tangan baba dan mama ku salam lalu ku cium. Tanda terima kasih aku. masuk je dapur. Mak ku peluk erat dan pipi mak ku cium berkali-kali.
“Hai anak mak sayang. Apa yang gembira sangat ni?” Tanya mak sangsi.
“Baba ngan mama bagi Ina gi holiday, mak.”
“Ina nak pergi mana?”
“Ina ingat nak pergi port dikson jer mak. Nak pergi jauh-jauh mana Ina ada duit. Lainlah kalau mama ngan baba nak support.”
“Heh banyak cantik muka. Awak yang nak pergi berjalan. Tanggung la sendiri. Sibuk nak pergi sana sini macam dah bergaji jer. Sedar awak tu belajar lagi. Baba lagi yang tanggung awak tu. Jangan nak mengada-ngada mintak abang duit pulak. Kalau mama dapat tau, siap lah Saufa.” Sergah mama. Lantang. Aduh, salah ngomong pulak. Apalah nasib diri dihamun macam tu. Depan mak pula tu. Buat malu jer. Mama berlalu pergi. Serentak itu mak aku peluk erat dan air mata yang aku tahan didepan mama mengalir laju menuruni lekuk pipi aku.
“Mak, apa salah Ina mak?” Tanyaku sendu.
“Sabarlah Ina. Allah bersama-sama dengan orang yang sabar. Insyaallah, suatu hari nanti kita akan tau kenapa mama Ina bersikap macam tu. Dah kesat air mata tu. Tak baik anak dara menangis macam ni.” Pujuk mak seraya mata ku dikesat lembut.
“Tolong mak masak makan malam nak? Malam ni ada tamu kakak nak datang. Mak tak mula masak lagi ni. Kalau Ina tolong mak, cepat sikit mak masak.”
Air mata yang bersisa aku kesat lembut. Aku tersenyum hambar pada mak.
“Terima kasih mak. Setiap kalinya, mak aje lah yang akan menenangkan hati Ina.. tamu? Kakak nak bawak boyfriend dia ke?”
“Ye, kakak kata satu kelurga lelaki tu akan datang malan nanti. Sekadar berkenal-kenalan.”
“Ok, Saufa tolong mak masak. Kita nak masak apa ni mak? Tomyam putih nak mak?”
“Mak ingat nak masak ayam panggang. Kita buat nasi ayam panggang lah.”
Mama tak pernah kata tidak pada masakan mak. Kalau ada tamu mak yang akan tentukan menu. Mama tak kisah sebab mama tahu, mak akan masak sesuatu yang istimewa.
Sudah terhidang lima jenis masakan mak yang dibantu oleh aku. Sedapnya. Harap-harap tamu kakak suka makanan ni. Kakak dah bersiap berdandan cantik. Blouse pink dipadankan dengan skirt labuh berwarna hitam. Rambut disanggul tinggi. Persis model. Kakak merenung aku lama.
“Takkan nak makan dengan tamu dengan pakaian macam ni? Pergilah tukar baju. Mandi. Solat sekali.”
“Ok, kakak, you are so beautiful lady tonight.” Puji ku ikhlas. Lantas aku berlalu ke bilik untuk mandi, solat dan bersedia menyambut tetamu kakak. Aku memilih kemeja pendek hijau dan dipadankan dengan skirt bawah lutut berona sama. Rambut aku ikat satu dan aku memakai pelembab bibir.
Tetamu sudah sampai ketika aku turun. Bakal mak dan ayah mertua kakak aku salam. Aku sekadar tunduk hormat kearah lelaki yang duduk di sofa berangkai.
“Semua dah ada. Marilah kita menjamu selera. Sudi-sudilah menikmati apa yang disediakan malam ni. Jangan malu, kita bukan siapa-siapa lagi.” Aku lihat kakak tersipu malu. Kami pun bergerak ke meja makan untuk menikmati hidangan yang telah mak dan aku sediakan.

episod 6

Saufa Sakina.

Tak lupa lagi dia pada aku. Apa yang dia buat kat sini. Mencari aku aku atau pun satu kebetulan? Ya allah, bantulah aku. Abang, cepat la sampai. Bunyi kereta diluar rumah mengejutkan aku. Secepat mungkin aku membukakan pintu untuk abang.
“Abang adik rindu abang.” Aku memeluk abang dengan tangisan halus. Sungguh aku rindu abang. Aku rindu mama. Aku jugak rindu baba. Tapi sekarang baba ngan mama dah tak menetap kat Malaysia. Diorang duduk kat Paris. Katanya saja nak tukar angin. Tapi aku tak tahu pun masa baba ngan mama bertolak ke paris. Agaknya baba ngan mama dah lupa yang diorang ada anak selain kakak dan abang kot.
“Adik, adik ok tak ni. Faqeh mengajar kat sini ke?”
“Ya.” Sahut ku lemah.
“Adik, abang mintak maaf. Abang tak tahu pun yang dia mengajar kat sini. Abang dah lama tak jenguk adik. Abang rindu adik. Dah la, adik jangan nangis lagi ye. Insyaallah, semuanya satu kebetulan aje.”
“Abang you are the best abang in this world. I love you so much.”
“Ok dah. Abang tak makan dek puji tau. Adik masak tak? Abang lapar nie. Tak lunch lagi.” Abang tersenyum sambil memegang perut memandang kearah aku dengan pandangan yang simpati.
“Ada, adik tau abang mesti tak makan lagi. Adik masak sambal sotong tadi. Jom la kedapur,” ajak ku. Dialah segala-galanya bagi aku.
“Apa lagi yang ditunggu abang sayang? Nak makan ke tak ni?” sergah ku, apabila melihat abang masih di sofa.
“Ok, ok, abang datang ni.” Sahut abang.
Aku menyediakan makanan untuk abang. Alhamdullilah, sejak baba menghantar aku duduk disini aku dah pandai menguruskan rumah sendiri. Aku dah tau memasak sendiri dan buat kerja sendiri.
“Abang nak tidur sini tak malam ni? Ke abang nak balik KL?”
“Abang nak tidur sini nak teman adik. Abang pun cuti 3 hari ni. Hujung minggu ni, kita balik KL. Baba ngan mama dah balik.”
“Lama ke baba ngan mama balik Malaysia?”
“Baba kata balik terus. Mama kata kat sana tak sesuai dengan gaya hidup mama. Lagipun, kakak nak bawak teman lelaki dia, jumpa ngan baba dan mama,” terang abang panjang lebar. Aku cuma tersenyum tawar.
“Ok. Tapi malam ni kita makan kedai ye. Adik malas la nak masak. Esok abang hantar adik pergi sekolah. Adik malas la nak drive,” pinta ku Manja. Aku tau abang akan turutkan apa yang aku nak.
“Ok,” jawapan abang membuat aku menjerit kegirangan.
Malam, selepas pulang dari makan abang bertanya tentang Faqeh.
”Adik, adik sayang lagi ke kat Faqeh tu? Hari tu, abang adaa terserempak ngan Faqeh. Tak tau dengan siapa. Mesra jer gayanya. Mungkin seseorang bagi dia kot,” lembut tutur kata abang menusuk bagai duri menusuk dalam hati aku.
“Entahlah. Adik tak tau. Abang kenapa adik selalu dirundung malang? Apa salah adik sampai mama ngan baba tak pernah sayang adik? Mama ngan baba tak pernah amik tau pasal adik. Adik cuma ada abang. Abang jangan tinggalkan adik ye,” balas ku sayu. Aku merebahkan kepala ku ke ribaan abang.
“Entahlah adik. Abang pun tak tahu kenapa. Bersabarlah. Semoga Allah memberi yang terbaik untuk adik suatu hari nanti,”kata abang sambil mengusap lembut kepala aku. Akhirnya ku terlena di situ. Sampai ke pagi.
”Adik, bangun. Dah pagi. Pergi mandi, solat pas tu abang hantar pergi sekolah. Cepat skit. Kita solat jemaah yer.”
Dengan separuh sedar aku bangun untuk mandi.
Pukul 7 tepat, abang menjerit memanggil aku untuk kesekolah.
“Ok. Kejap. Adik pakai kasut.”


Falah irwan.
Apa yang dah jadi dulu memang takdir yang menentukannya. Jodoh mungkin tapi aku tak sangka adik sanggup buat macam ni walaupun dia kata dia sayang dan cintakan Faqeh sangat-sangat. Tapi bila dah dapat dia buang Faqeh macam tu aje. Faqeh sendiri tak dapat menjalankan tanggung jawab sebagai suami dan aku berdosa sebab ikut cakap saufa. Apalah yang ada dalam kepala otak adik aku tu?
“Assalamualaikum. Adik kat mana ni? Abang kat depan sekolah ni,” tanyaku sejurus Saufa mengangkat telephon.
“adik ada kat dalam kelas ni. Ada perjumpaan kelab. Jap lagi sudah la ni. Abang tunggu aje lah kat dalam kereta tu,” serentak itu talian dImatikan tanpa pamitan.
‘Adik, abang sayang adik. Andai abang boleh ulang masa. Abang takkan bagi adik kahwin ngan Faqeh dulu. Tak payah lah adik nak lari macam ni..’
Aku menunggu sambil mengenang kenangan antara aku dan Saufa sakina. Adik yang paling aku sayangi. Aku masih ingat betapa cerianya dia ketika dia berada disamping keluarga. Walaupun kakak selalu menyakitkan hati dia. Tapi adik tak pernah amik pusing. Aku tau, dia sayang kakak, sayang mama, baba, tapi dia tak dapat kasih sayang daripada mereka.


Saufa Sakina.
Apalah yang di menungkan oleh abang tu. Sampai aku duduk sebelah pun tak sedar.
“Helo, kanda. Dok pikir per tu?” soalku manja.
“Aik tak ada reaction pun. Kenapa pula abang aku ni,” aku mengawang tanganku di hadapan muka abang. Tapi macam tak sedar jer. Kenapa pulak abang ni.
“Kanda sayang, pikir apa tu? Puteri kayangan dari dewata ke?” sergah ku kuat di telinga. Serentak dengan itu tawaku lepas bebas. Kelakar tengok muka bingung abang.
“Adik, pekak telinga abang la.”
“Jangan lah marah sayang. Kanda, I love you la la. Tak kan nak marah kot. Abang tu yang berangan tak sedar adik masuk kereta apa kes nya?” balasku. Masih dengan senyuman mengejek. “Ada nampak puteri ke?”
Abang tak tunggu lama untuk terus berlalu dari sekolah.
“Tak ada maknanya. Abang nak berangan pun tak senanglah dengan adik ni. Dasar penyibuk. Busy body,” jawapan abang buat aku tertawa senang. Dah start nak merajuk pula dah.
“Buruklah kalau orang tua tak sedar diri macam abang ni merajuk.”
“Eh mulut tu, abang cili nak? Mana belajar mulut kurang ajar ni?”
“Alolo, bucuk-bucuk masyam adik. Takkan merajuk kot. Abang sayang adik malas la nak masak kita makan kat luar yer?” pujukku, mesra.
“Takpayah, abang dah masak dah kat rumah tu.”
“Abang pandai masak ke? Tak percayala. Ntah-ntah beli kat kedai. Pas tu claim abang yang masak. Ala taktik tak laku la,” kata ku. Tak percaya la abang masak. Lelaki idaman Malaya ni boleh masak. Blaja kat mana.
“Tak nak percaya dah. Yang penting abang tak tipu. Mak yang ajar abang masak. Abang masak macam mak masak. Tapi tak lah sesedap mak masak.”
“Sungguh ni? Abang tak tipu adik?” balas aku kurang percaya.
“Wait and see,” jawapan abang buat aku jadi tak tentu arah. Kang kalau sakit perut makan masakan abang, macam mana pula. Takkan nak amik mc kot. Ya Allah selamatkan la perut aku. Senyuman abang yang tengah drive ni, makin menakutkaan aku. Bukan tak pernah abang masak tapi, akhirnya, semua kene pergi klinik sebab sakit perut. Aku, kakak, mama, mak termasuk abang sekali terpaksa pergi klinik. Tak pasal-pasal kitorang dapat mc. Karang kalau tak makan kecik pula hati, jantung and limpa abang aku ni kang. Satu hal pula nak pujuk dia. Tak per lah tunggu dan lihat aje lah.
Sesampai jer kat rumah, abang suh aku mandi, solat dan tukar baju, baru makan. Dalam semayang kang kene doa banyak-banyak yang makanan abang selamat tuk dImakan.
Usai solat, aku bergegas ke dapur. Nak makan. Perut aku dah menyanyi lagu rock dah ni. “Ya Allah selamatkan lah perut aku. amin.” Doaku dalam hati sebelum menghadap makanan.
“Apa yang ditenung tu dik? Tak sudi nak makan ke? Sedap tau abang masak.”
Dengan muka bersalah aku bertanya, “Selamat untuk dimakan ke ni abang? Kang tak pasal-pasal kene mc.”
“Selamat lah dik. Mak dah iktiraf masakan abang tau.”
“Ok, adik cuba. Kalau sakit perut adik, siaplah abang,” dengan lafaz bismilah aku menyuap makroni cheese kedalam mulut. Abang ni, tengah hari macam ni masak makanan macam ni. Ni yang aku lemah ni. Aku dah biasa makan nasi. Jangan kebulur dah la. Urm, boleh tahan. Sedap. Macam mak masak.
“Urm, sedap lah abang. Adik salute la abang boleh masak macam mak masak. Adik pun tak past lagi nak masak macam ni. Cayalah abang.”
“Tengok oranglah.” Balas abang bangga.

episod 5

Saufa Sakina.

Ne yang buat aku lemah semangat ni. Apa pulak mamat sorang ni nak? Cari aku ke terserempak dengan aku kat sini? Abang. Adik nak balik KL. Sapa sangka, abang tabah menghadapi masalah kitorang kene tangkap basah hari tu. Abang yang uruskan semua sampaikan berita ni tak sampai kat baba dengan mama and also the media. Dan family Faqeh juga tak tau cerita yang sebenar. Diorang tak tahu pun yang aku ni menantu diorang. Thanks a lot to abang. Dan siapa jugak sangka aku dinikahkah 3 hari kemudian setelah kami ambil kursus kahwin. Jadi isteri lelaki pujaan hati juga aku ni. Tapi seronok tu kejap je. Teringat kat cita-cita, sekolah dan benda-benda lain buat aku jadi tak menentu. Terutama sekali mama dan baba. Aku jadi penasaran. Dalam mencari kehidupan sendiri dan meninggalkan tanggungjawab atau menghadapi realiti.
“Adik tak mau. Adik nak pergi jugak daripada sini. Adik tak nak tengok muka dia. Adik nak belajar lagi. Adik tak nak jadi perempuan kampong yang kene kahwin and stay kat rumah. Adik ada cita-cita adik sendiri. Tak kira. Abang cari jalan jugak.”
“Adik, tolonglah abang adik. Abang ni dah penat lah dengan cerita adik. Kejap nak. Kejap tak nak. Ingat abang ni apa? Penat tau tak nak uruskan semuanya. Nak atau tidak adik akan stay kat rumah sampai tamat SPM. Dan lepas tu baru abang akan buat sesuatu untuk adik. Muktamat.”
Tercengang-cengang aku kat situ. Tak pernah-pernah abang buat macam ni kat aku. Sampai hati abang. Tapi salah aku juga. Aku banyak buat salah yang abang terpaksa cover daripada semua. Tak patut aku buat abang macam tu.
“Abang, I’m sorry. Adik ikut cakap abang tapi adik nak abang singkirkan dia daripada sekolah tu. Biar dia mengajar kat tempat lain.”
Dan sebab aku, Faqeh ditukarkan ke kelantan dan aku tak pernah jumpa dia dan aku anggap kisah kami sampai sini sahaja. Tapi, tuhan tu maha adil. Aku yang bergelar isteri kepada Faqeh irman masih perlu melunaskan tugas aku. Sekali lagi takdir menemukan kami. Dalam keadaan yang berbeza mungkin. Atau mungkin sama.
Usai perhimpunan, dan sampai aje kat dalam kelas, enset jadi keutamaan. Abang..!! nama tu aje yang terdetik di hati.
“Assalamualaikum. Abang dah bangun belum ni?”
“Dah la. Kenapa pagi-pagi telephon abang ni? Tak pergi sekolah ker? Adik tak sihat ker?”
“Tak lah adik ok jer. Abang Faqeh ada kat sini.”
“Apa Faqeh ada kat sana?” abang terperanjat besar.
“Ie, dia ader kat sini. Jangan ajar kelas adik dah la. Abang macam mane ni? Adik tak sedia nak jumpa dia lagi.”
“Ok, adik tenang. Nanti pas habis sekolah, abang jumpa adik. Adik tunggu aje kat rumah. Abang sampai petang ni. Adik tenang k? Asalamualaikum.” Perlahan abang mengakhiri perbualan kami.
“Ok, waalaikumsalam.”
Abang, adik takut..! Setitik air mata aku jatuh.
“Kau kenapa Saufa? Ada berita buruk ker?”
“my live is end, Ima.”
“Ha, apa dia, aku tak dengar.”
“Tak ada apa-apa la. Tu cikgu Rosidah dah sampai tu. Kang mengamuk pula dia.”
Dua jam kelas bahasa melayu cikgu Rosidah berlalu dengan cepat. Secepat jantung aku berdegup. Apa yang diajarnya, satu apa pun tak masuk dalam kepala otak aku. Macam mana la nak periksa macam ni? Ada lagi 4 bulan jer ni.


Faqeh Irman.

Jap lagi nak masuk kelas 6 atas ekonomi. Saufa kelas apa agaknya. Dah ready, aku pun berjalan la ke blok akhir, iaitu blok F. Mana kelas 6AE ni? Itu dia. Masih ada cikgu di dalam. Alamak berdebar pulak. Cikgu ni dah keluar dah.
“Cikgu baru ye? Nama saya Rosidah. Cikgu ajar subjek makroekonomi yer?”
“Ye, saya cikgu baru. Masuk pagi tadi. A ah saya ajar subjek makro. Nama saya Faqeh. Baiklah cikgu, saya masuk kelas dulu yer.”
“Ok, saya pergi dulu.” Pamit cikgu rosidah.
“Assalamualaikum semua. Nama saya Faqeh Irman. Panggil saya cikgu Faqeh. Saya akan mengajar anda semua subjek makroekonomi.”
“Waalaikumsalam cikgu” sahut murid 6AE.
“Hari ni saya tak nak mengajar. Saya nak mengenali kamu. Hari ni kira introduction. Saya nak kamu perkenalkan diri, dan daripada aliran apa masa di tingkatan 5. Bermula dari kiri saya.”
Saufa kat dalam kelas ni jugak. Bagus ini peluang aku. Menuntut tanggungjawab dan juga kenapa dia lari daripada aku.
“Nama saya Alima Nuris. Saya dari aliran akaun.”
“Terima kasih. Next.”
“Nama saya Saufa Sakina. Daripada aliran sains tulen.”
“Ok, nice name, belakang?”
“Nama saya Syahida, orang panggil saya Syida. Saya dari aliran akaun. Cikgu ni handsome la. Dah kawin ker?” menakutkan anak gadis yang seorang ni. Terlalu berterus terang. Jangan jadi seperti Saufa sudah. Boleh gila aku nak menangani masalah ni.
“Hish, Syida, mulut. Tak baik lah tanya macam tu. Mintak maaf la cikgu. Kawan saya ni memang macam ni. Tapi kalau cikgu nak jawab solan tu apa salahnya. Kitaorang tak keberatan nak tau.’
“Ok, cukup.” Aku tersenyum.
“Manisnya senyuman cikgu. Pengantin baru yer?”
“Dah. Saya dah kawin dah. Tapi isteri saya hilang entah ke mana. Ok terus kenalkan diri kamu. Kamu yang pakai baju pengawas tu?” aku tergelak besar dengan kenyataan yang keluar daripada mulut aku. dan murid-murid lain ikut ketawa. Mungkin bagi mereka ini cuma lawak jenaka aku.
“Saya?”
“Ya”
“Nama saya siti aisyah. Saya daripada aliran sains.”
“Baru saya perasan kelas kamu ni tak ada lelaki ye? Kamu anti lelaki ataupun lelaki yang takutkan nak masuk dalam kelas kamu? Betul tak Saufa?”
“Ha? Apa?”
“Awak berangan? Saya tak suka dalam kelas saya ada orang berangan. Ok sekarang saya nak tahu sampai mana cikgu lama awak ajar awak. Nanti senang saya nak ajar awak. Oh yer, saya nak tau berapa orang dalam kelas ni ada peluang untuk masuk universiti. Tapi tak masuk. Politeknik mungkin atau private kolej.”
“Ok… ada 15 orang sumernya. Kamu, nama apa? Maaf saya lupa. Kamu dapat kat mana?”
Jariku menunding kearah gadis kecil disebelah pelajar cina.
“Zulaikha cikgu. Saya dapat kat politeknik melaka. Dalam bidang akaun, cikgu.” Jawab Zulaikha.
“Kenapa tak pergi? “
“Masalah keewangan cikgu.”
“Ok, kamu pulak Saufa?”
“Saya dapat kat private kaulej. Persedian tuk ke UK dalam bidang peniagaan. Saya tak pergi sebab baba tak nak support saya kat sana. Baik saya kat form 6 jer. Lagipun sistem pendidikan Malaysia dah cukup bagus.”
“Bagus saya suka pendapat awak tu.”
Kkkrrrriiiiiiinnnggggggg…!!
“Ok sekarang dah rehat. Kita jumpa lagi hari jumaat nanti. Ulangkajilah mana yang patut. Dah dekat sangat nak exam ni. Terima kasih kelas.”

episod 4

Saufa Sakina.
Semuanya tentang aku dan Faqeh berlaku pada dua tahun lalu. Masa aku masih lagi dianggap remaja yang masih lagi mentah dalam kehidupan. Dan hari itu kejutan terbaik untuk Faqeh di hadapan mata kami. KL ni bukanlah besar sangat sampai tak boleh jumpa dengan orang yang kita tak sangka nak jumpa.
Aku tak sangka kekasih Faqeh sanggup buat macam ni. Sedangkan aku tau Faqeh mencintai dia lebih daripada nyawa sendiri. Aku tak bohong dan aku tak tipu sungguh aku tak percaya. Waktu tu aku keluar dengan Faqeh. Nak pergi beli buku rujukan add math. Aku lah sibuk nak suruh Faqeh temankan aku. Yelah diakan cikgu favourite aku. Mestilah aku nak bersama dia sentiasa. Macam-macam alasan yang aku buat untuk terus bersama dia setiap hari walaupun aku tau dia dah berpunya. Tapi apa yang aku nampak depan mata aku kat kedai buku ni buat aku betul-betul terkejut. Manja mariam, kekasih Faqeh irwan berjalan dan bermesra dengan lelaki lain bukannya cikgu favourite aku.
Faqeh juga berada ditempat yang sama memandang ke arah yang sama. Di satu sudut di hujung sana ada gadis dan jejaka yang bergelak ketawa sambil memilih buku rujukan kanak-kanak. Agaknya tuhan memang nak tunjuk kecurangan Manja. Sedangkan cikgu sorang ni nak hantar rombongan meminang bulan depan. Aku tengok saja Faqeh berlalu ke sudut sana dan bertegur sapa dengan pasangan berkenaan. Tak nampak macam orang marah pun. Kekasih jantung hati dan dirampas orang pun boleh buat muka poyo dia tu. Macam muka Hizam kena marah dengan cikgu Wong sebab tak buat essai bahasa inggeris. Aku salah minat orang ke? Orang yang tak berperasaan ke cikgu favourite aku ni?
“Cikgu ok ke? Nampak macam tak ok je?” aku ni menambah minyak kat api yang nak marak pula.
“OK je, kenapa?”
“Saya tengok tadi cikgu pergi tegur diorang macam cikgu ni tak ada perasaan pulak. Nak kata marah tak nampak macam marah. Nak kata suka tak juga. Tu yang risau tu. Sabar je lah cikgu. Banyak lagi manusia yang boleh ganti dia. Contohnya macam saya ni” Mulut ni memang tak ada insurans lah.
“Saya ok saufa sakina. Bagus juga awak ajak saya teman awak beli buku. Tak sangka saya dapat kejutan terbaik hari ini. But, don’t worry. Saya memang dah agak lama tentang hubungan diorang tu. Cumanya hati saya ni tak nak paham per yang logik saya kata.” Kami berlalu ke kaunter untuk membayar harga buku.
“Ok, sudah kan? Jom balik. Saya tak larat lah. Pening kepala penat sangat.”
Aku hanya memandaang dengan pandangan simpati. Aku menyesal paksa dia mengikut aku tadi. Kalau tak semua ni takkan terjadi. Gadis ayu yang aku lihat tadi jauh bezanya daripada cerita yang aku dengar. Siapa sangka lepas peritiwa aku meluah perasaan aku, aku dan Faqeh menjadi baik dan bukan sekali aku berjumpa dengan Manja. Berkali-kali. Faqeh memperkenalkan aku kepada Manja untuk mengelakkan salah faham antara mereka. Dan tentu sekali manja tahu apa yang berlaku antara kami.
“Saufa, awak drive, saya tak laratlah kepala saya pening sangat.” Aku mengambil kunci kereta dalam tangan Faqeh dan kami meninggalkan KLCC pada pukul 10 malam. Aku menghantar Faqeh balik rumah. Tapi macam mana aku nak balik pulak ni. Malam-malam ni takutlah nak naik teksi. Nak suruh abang ambil lah kat rumah Faqeh. Dah sampai kat rumah Faqeh dah ni. Aku telephone abang untuk jemput aku kat rumah Faqeh dan abang hanya sampai setengah jam selepas ini.
“Cikgu, cikgu. Dah saampai rumah cikgu dah ni. Cikgu ok tak ni?”
“Saya tak larat laratlah saufa. Tolong papah saya masuk rumah. Kunci rumah ada kat dalam dashboard.”
“Yelah saya tolong cikgu.” Aku pun tolonglah papah manusia yang tak berperasaan ni masuk kat dalam rumah diaa. Tak sangka pulak, ada kejutan yang lebih ngeri selepas ni.


Faqeh Irman
Memang kepala aku sakit sangat hari tu. Siapa sangka nak jadi macam tu. Ini semua manja punya pasallah. Rasa macam nak meletup kepala otak aku ni. Nasib baik aku keluar dengan saufa tadi. Kalau tak macam mana aku nak balik rumah. Mummy, papa dan along balik Kedah. Ada kenduri disana. Aku hanya akan menyusul hujung minggu ni.
“Saya ambil ubat untuk cikgu. Kat mana peti first aid?” saufa berlalu ke dapur apabila tak dapat jawapan daripada aku. Dia bagi aku makan ubat dan dia duduk disofa berdekatan. Menunggu abangnya sampai untuk menjemput dia. Tapi aku tak sangka benda ni akan jadi lebih buruk lagi.
“Assalamualaikum.” Ketukan dipintu membuatkan tidur ku terganggu.dalam hati terdetik, siapa pula yang datang malam-malam ni? Abang saufa agaknya.
Aku biarkan ajelah, sampai ada pak aji kat depan aku, tepuk-tepuk bahu aku. Siapa pulak ni. Siapa pulak yang pakai serban kat rumah aku malam-malam buta ni. Tiba-tiba otak aku menangkap sesuatu. Aku dengan saufa tadi. Pas tu ada orang pakai serban datang dan kejutkan aku. Nak kata aku dah mati, tak jugak. Sebab aku rasa aku dah sedar. Ini bermakna aku kena tangkap basah. Spontan aku bangun dan
“Tidakkkk.” Aku menjerit sampaikan tok iman tu terkejut.
“Tunjukkan I/c awak,” pak iman ni dah guna kuasa veto dah. Aku pun bagilah. Aku dah tak tau apa yang jadi kat saufa. Yang aku tau apa yang jadi dekat aku jer. Mummy, kenapalah benda macam ni jadi kat Faqeh? Lepas 10 minit barulah abang si saufa ni sampai. Alahai apa aku nak jawab ni. Bawak anak dara orang keluar. Tapi kena tangkap basah kat rumah sendiri pulak ni.
Kkrringgg…!!!!
Loceng pertama persekolahan pada hari selasa bermula. ‘Ok. Faqeh jadi lah cikgu yang terbaik untuk bangsa.’ Detik hati ku menanam azam baru. Aku turun ke perhimpunan ringkas yang diadakan pada setiap pagi untuk menyalurkan maklumat kepada pelajar.
Gementar rasanya, mahu mengenali dunia yang baru daripada sebelumnya. Tak sangka aku dihantar ke sekolah pekan sebegini. Lihat pada luarannya nampak elok. aku berharap dalaman sekolah ini juga secantik landskapnya.
Lagu negaraku dImainkan untuk memulakan perhimpunan pagi ini. Sejurus kemudian, pengawas bertugas memanggil guru yang bertugas, Cikgu Noriani untuk memberi laporan. Bagus sungguh murid-murid kat sini. Senyap bila dalam perhimpunan. Sungguh aku bangga, murid-murid di sini lagi bagus daripada yang dibandar. Walaupun mereka tak sepandai anak-anak dibandar, sekurang-kurangnya disiplin melambangkan peribadi.
“Sekarang saya kenalkan cikgu baru yang berpindah kesekolah kita. Beliau akan mula bertugas disini mulai hari ini dan beliau akan mengajar pelajar form 6. Perkenalkan cikgu Faqeh Irman.”
Bisikan-bisikan kecil menjadi tapak perhimpun menjadi hinggar. Maklumlah, cikgu handsome baru bertugas. Anak-anak gadis mana yang tak terpikat?
“Ok, enough. Nama saya Faqeh Irman bin Tuan Muhammad. Saya berasal daripada Kuala Lumpur dan akan mula bertugas disini. Saya harap anda memberi kerjasama kepada saya. Terima kasih.”
“Terima kasih pada cikgu Faqeh. Di sini ada beberapa pengumuman, pengawas yang di senaraikan sila berjumpa…..”
“Cikgu ni la yang aku tengok semalam. Percaya tak cakap aku. dia memang handsome.”
Bisik Ima perlahan ditelinga.
“Eh kau dah tengok cikgu tu. Alahai handsomenya, kalau aku dapat lah. Dia ajar kelas kita tak?” Siti pula menyampuk.
“Kak, tolong diam, ni perhimpunan kak.“ Hish budak-budak 2 orang ni, buat malu kaum kakak jer. Dah besar panjang pun bercakap lagi dalam perhimpunan.

episod 3

Saufa Sakina

‘Alamak, mamat ni nak nikah pula. Melepas la aku. tak per, jangan risau. Aku nak jugak kat kau, cikgu ensem. Alahai nama dia pun dah buat aku jatuh hati. Ni kan pulak muka dia. Memang cair bangat la.’
“Ala cikgu, lambat lagi nak nikah. Masih ada masa nak ubah keputusan cikgu tu. Apa saya ni tak cukup cantik ke?”
“Saufa, awak ni memang buat lawak antarabangsa la. Dah cepat buat latihan ni. Jap lagi dah time lunch. Nanti risau pula mak awak kat rumah tu.”
Ala, ni yang benci ni. Dia tak layan aku. Apa yang dah jadi? Belum ada lagi yang buat kat aku macam ni. Wahai hati, kenapa la kau jatuh cinta dekat bakal laki orang ni. Macam dah tak der orang lain jer kat Malaysia ni yang kau nak jatuh hati. Ni kat bakal laki orang jugak kau nak jatuh hati. Per kes ni? Ni kene bagitau abang ni. Nak cerita yang adik kesayangan dia ni dah jatuh cinta dengan cikgu sendiri. Adik kesayangan abang dah tak betul. Jatuh hati dengan orang yang sepatutnya.
“Baiklah cikgu.”
Balik jer rrumah.
“Abangggg.!!!!!!”
“Saufa, per yang menjerit tu. Tak malu ker anak dara menjerit sampai nak terkeluar anak tekak.?” Lantang bantahan mama sekali dengan bebelan dan larangan dia termasuk soalan cepu perak.
“Sorry ma.”
“Panggil baik-baik tak boleh ker?” tanya mama garang. Dan bebelan terus berlansung macam siaran lansung jom heboh live kat televisyen tu.
Waduh gawat ni. Abang cepat la datang. Aku dah tersekat dah tak boleh terlepas ni.
‘Abangg..!!’
Cuma dalam hati jer. Kang kalau menjerit depan mama kang tak pasal-pasal kene penampar.
Ni kisah 2 tahun lalu. Aku masih lagi anak gadis yang tak tahu apa itu erti kedewasaan. Yang tak tahu apa itu erti cinta. Dua tahun lalu aku cuma anak yang tak tahu apa erti tidak pada orang dewasa.



Saufa Sakina, mama, baba, kakak dan abang.
Mama, Datin Suti Marla, (canggih tak nama mama aku?) garang orang nya. Mama sangat cantik walaupun dah berusia pertengahan 40 an. Aku kagumi kasih sayang, kesetiaan, dan kesabaran mama (tapi bukan dengan aku dan untuk aku). Aku sayang mama, tapi aku bukan anak kesayangan mama. Mama lebih sayang kakak daripada aku. Kakak segalanya bagi mama.
Aku masih ingat masa aku berusia 7 tahun dan kakak dah berusia 14 tahun. Aku dan kakak bermain bola di hadapan rumah. Dan bola yang aku baling kat kakak tersasar ke jalan yang membuatkan kakak mengejar terus ke jalan raya. Kakak tak sedar ada kereta dan kereta tu terus langgar kakak. Nasib baik sikit ajer. Cuma tangan kakak luka dan kaki kakak retak sedikit. Dan kerana peristiwa itu mama marahkan aku. Mama maki hamun aku. Mama kata aku anak tak guna. Mama kata aku jahat sebab buat kakak jadi macam tu. Tapi aku tak sengaja. mama pukul aku. Mama kata kalau aku main lagi ngan kakak macam tu, mama nak hantar aku duduk ngan tok wan. Macam mana pun mama ngan baba aku tetap sayang kat diorang sebab aku cuma ada mama dan baba.
Baba pulak, ahli perniagaan. Datuk fauzuki noor memiliki antara empayar yang terbesar dalam Malaysia ni. Jarang ada kat rrumah tapi kalau ada kat rrumah mesti rrumah tak senyap sunyi macam ni. Mesti riuh dengan suara baba usik mama, and suara rengekan anak kesayangan baba, kakak, mintak belikan sesuatu. Baba masih lagi segak dalam usia lewat 40 an. Ada jugak anak gadis yang terpikat dengan baba sebab baba terlalu mesra dengan orang lain. Sungguh aku rindu baba. Dah dekat sebulan aku tak jumpa baba. Baba kat Taiwan sekarang. Ada masalah dengan perniagaan dia kat sana.
Abang pulak pelajar tahun akhir dekat UM, amik bidang bioteknologi. Kakak belajar kat luar negara, tapi abang kat dalam negara jer. Bila ditanya kenapa,
“Abang tak nak tinggalkan adik sorang kat sini. Nanti tak ada orang nak jaga adik.”
Otak abang aku yang ni memang power la. Tak kisah lah dari segi apa, baik pelajaran ataupun idea nak mengenakan orang. Falah irwan memang famous. Abang lah tempat aku meluahkan rasa tak puas ati aku terhadap kakak. Tempat aku menceritakan masalah yang melanda aku. Tempat aku meminjam bahu ketika aku menangis rindukan belaian mama. Abang juga tempat aku menumpang kasih sayang yang kurang aku dapat daripada baba dan mama. Abang the great one. Apa yang aku mintak semua dia bagi. Aku sayang sangat kat abang. Nanti kalau abang dah kawin mesti aku dah tak dapat nak manje-manje ngan abang macam sekarang ni.
Saufi atiya pula, anak gadis manis yang berusia 25 tahun. Sekarang ni keje ngan baba. Aku ngan kakak tak berapa nak elok. Ader ajer yang tak kene antara kami. Dan akhirnya aku yang akan mengalah. Sepatutnya anak bongsu yang dapat kasih sayang lebih, but kakak yang dapat semua. Nak wat macam maner memang dah bahagian kakak lebih daripada aku kot.
Saufa Sakina. Aku anak bongsu daripada 3 orang adik beradik. Apa yang istimewa pada aku? Tak ader apa-apa. Aku anak yang tak dihiraukan oleh mama dan baba. Aku baru berusia 19 tahun. Masih lagi blaja di tingkatan 6. Yelah nak pergi luar negara tak ada kelayakan lagipun baba tak nak biayai aku kalau aku pergi pun. Never mind, sistem pendidikan Malaysia pun apa kurangnya. Aku lebih manja ngan abang dan mak (pengasuh aku). Aku amik bidang perniagaan. Aku nak tolong baba nanti. Aku nak baba berbangga suatu hari nanti. Aku nak jadi anak yang di kasihi baba.


Faqeh Irman, Hakim Alias, Tengku Khadijah, Tuan Muhammad.

Faqeh Irman. Aku anak bongsu daripada dua adik beradik. Aku lebih minat menjadi pendidik daripada menguruskan syarikat papa. Aku anak manja. Apa yang aku nak mummy akan cuba untuk dapatkan untuk aku. Sungguh aku bahagia dalam keluarga ni. Cinta hati aku Manja Mariam. Dia yang aku temui masa aku praktikal kat Sarawak hari tu. Dia cantik, sopan dan bertudung. Tak sangka anak gadis Tok Imam daripada melaka ini sanggup bermain kayu tiga di belakang aku. Along, hakim alias, sekarang ni uruskan syarikat papa. Along dah berumur 27 tahun tapi belum bertemu jodoh lagi. Bila agaknya aku dapat merasa nasi minyak along. Papa pula duduk kat rumah jadi penasihat untuk along dan meluangkan masa untuk mummy.
Papa masih lagi segak dapat usia pertengahan 50 an. Mummy pulak baru berusia penghujung 40 dan masih cantik. Mummy daripada kerabat tapi dia telah jauh meninggalkan kelompok keluarganya. Mummy dahulunya tinggal diluar negara bersama-sama Lola yang memang berasal daripada sana. Lalu, mummy sendiri tidak mahu masuk campur dalam urusan kerabat. Lola dah meninggal waktu aku berumur 7 tahun dan sedari itu mummy tak pernah lagi pulang dan meninggalkan segala peninggalan Lola kepada adiknya