BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Glitter Text
Make your own Glitter Graphics

24 April 2009

episod 11

Saufa sakina

Aku memandu laju meredah kegelapan malam ke kuala Lumpur. Abang kemalangan dengan lori dalam perjalanan pulang ke kuala Lumpur. Maki hamun mama berlalu bagaikan angin. Aku tak ambil tahu. Yang aku nak tahu, keadaan abang.

“ya allah selamatkan lah abangku daripada perkara buruk.”

Ini semua salah aku, kalau aku tak tampar alima tadi, abang takkan datang perak semata-mata nak bela aku. abang takkan balik ke kuala Lumpur dalam keadaan penat dan serabut dengan masalah aku. Maki hamun mama ada betulnya. Aku manusia yang hanya mendatangkan masalah.

Sampai sahaja diperkarangan hospital kuala Lumpur, aku tak bertanggunh untuk berjumpa dengan abang.

‘Abang, adik datang abang.’

Mama, baba, kak atiya dan bakal keluarga mertua kak atiya juga berada dihujung sana. Aku melangkah laju kearah mama, ingin tunduk mencium tangan mama, tapi tamparan mama terlebih dahulu menyinggah ke muka aku.

“Anak tak guna, hidup kau memang menyusahkan orang. Kalau aku tahu, aku bunuh kau masa kecik lagi. Kau tengok apa dah jadi dengan abang. Kalau apa-apa terjadi dengan abang, aku tak mengaku kau anak aku lagi” lantang suara mama memarahi aku. Bakal mak mertua kak atiya kulihat menggosok-gosok belakang mama tanda menyabaarkan.

“Ma, maafkan saufa, tadi saufa tak bagi abang balik, tapi abang nak balik jugak…”

“Alasan. Kau memang anak tak guna, aku ingat lepas kau berambus daripada rumah aku, hidup aku dan anak-anak aku akan aman. Tapi kau perosak. Tau tak perosak.” Sungguh aku terlalu terluka dengan kata-kata mama. Aku anak siapa? Bukan anak mama? Aku melutut dihadapan mama, cuba meraih simpati mamaa, tapi buat kali kedua, mukaku dihadiahkan dengan tamparan. Seorang lelaki berpakaian seperti doktor mendekati kelompok ini dan menyatakan,

“Pihak kami telah mencuba sedaya-upaya untuk menyelamatkannya, tapi Allah lebih menyayangi arwah. Harap bersabar.” Sesaat kemudian aku terdengar raungan mama sebelum dunia aku gelap.

Faqeh irman

Panggilan telephon daripada along hakim berkaitan dengan abang saufa sakinah menyesak dada. Baru petang tadi aku berjumpa dengan dia. Tak sangka ada musibah yang menanti dalam perjalanan pulang yang dilalui oleh falah irwan. Aku bergegas bergerak ke kuala Lumpur. Aku sampai ketika melihat saufa jatuh menyembah lantai hospital HKL ini. Laju langkah ku ingin mengangkat tubuh itu dalam pelukan aku, tapi tak sempat, Datuk fauzuki terlebih dahulu mengangkat tubuh itu dibantu oleh MA HKL. Datin marla lesu dalam pelukan mummy. Aku mendekati kelompok ini, dan dari along hakim aku ketahui falah irwan telah menjadi arwah. Innallillah wa innallillah warajiun. Along menyuruh aku melihat saufa, mungkin ada apa-apa yang yang diperlukan oleh isteriku itu. Wajah along bagai menyimpan seribu satu rahsia yang akhirnya akan menjadi milikku jua. Pantas aku berlalu ke saufa sakina yang terbaring diatas katil. Dia masih lagi kaku, sisa air mata masih dipi dan hijau yang menghiasi pipi saufa menjadi tanda tanya. ‘Kena tampar ke bini aku ni.’ Aku usap lembut tangan saufa. Aku lihat dia bergerak-gerak dan seterusnya dia bangun dengan mengejut bagai teringat dengan apa yang berlaku, dia terus menjerit memanggil abang. Esakan dan raungan saufa membuatkan aku terus memeluk dia dengan erat. Akhirnya sekali lagi saufa rebah dalam pelukan aku.

“Saufa, bangun saufa. Ya allah kenapa ni. Nurse.” Jeritku kuat memanggil nurse yang kebetulan lalu disitu.

“Kenapa encik.” Banyak soal plak nurse ni, aku bagi sebijik karang.

“Tak nampak dia pengsan ke?” soalku marah.

“Encik tunggu kat luar dulu, saya nak periksa pesakit.”

“Saya suami dia, saya tak nak keluar.” Sejurus kemudian doktor, sekilas aku lihat nama di name tag nya, hanim.

“Tak boleh, encik kena keluar jugak.”

“Kenapa ni nurse?”

“encik ni tak nak keluar.”

“Saya suami dia, saya taknak keluar.” Sampuk ku pantas.

“Biarkan dia.” Kulihat wajah nurse tadi tak puas hati. Aku tak kira, cukuplah selama ni aku mengalah. Aku nak dekat selalu dengan dia. Apa gunanya aku sebagai suami kalau tak berada disisi isteri. Sejenak kemudian, doktor hanim menghampiri ku.

“Jangan risau encik, dia cuma terlalu tertekan dan mungkin tak dapat menerima kenyataan. Saya dah suntikkan ubat tidur. Dia akan tidur sehingga pagi esok. Elok encik balik berehat.”

“terima kasih doktor. Biarlah saya jaga dia kat sini.”

Aku berlalu kembali ke kelompok ‘keluarga kami’. Datin marla masih lagi lesu, datuk marzuki sibuk menguruskan prosedur untuk membawa pulang jenazah. Aku bagitahu dekat along hakim yang tengah pujuk kak atiya, tentang kondisi saufa. Kak atiya cuma mendengar tanpa perasaan. Dengusan bertaut sendu keluar daripada mulut comel kak atiya.

“Adik tak guna. Kenapa dia tak mampus terus. Senang hidup semua orang. Kalau tak sebab dia, abang takkan mati.” Esakan kak atiya bertambah kuat. Aku terpinga-pinga. Papa mendekati aku dan menepuk bahu ku perlahan. Bagaikan mengerti perasaan aku ketika ini. Akhirnya mereka semua pulang kerumah dan aku disini menjaga saufa sakina. Aku memandang saufa dengan perasaan kasihan dan sayang yang tak mampu aku ucapkan. Sejak aku bertukar ke kelantan dahulu, aku tak pernah berjumpa lagi dengan wajah ini sehinggalah dua bulan lalu. Akhirnya aku tertidur sambil memegang tangan saufa. Aku tertidur dengan nyenyak seolah-olah aku terlalu bahagia. Aku hanya terjaga apabila, saufa mengerakkan aku.

“Cikgu, bangun cikgu. Apa cikgu buat kat sini. Kenapa saya kat sini. Saya nak balik.”

“Awak pengsan semalam. Doktor tidurkan awak. Saya jagakan awak sebab tak ada orang nak jagakan awak. Yang lain semua dah balik untuk menyelesaikan pengkebumian falah.” Ujarkan perlahan sambil memegang erat tangan saufa sakina. Sesaat aku merenung wajah yang sarat dengan kedukaan itu sebelum aku menyambung kata.

“Jom lah balik. Awak taknak hadiri pengkebumian abang awak ke?” esakan kecil yang terdengar daripada saufa membuat aku jadi serba salah.

“kenapa ni sayang?” lalu aku peluk saufa bagi menenangkan perasaannya yang berkocak hebat. Getaran asing terasa dalam hati ku usir jauh-jauh.

0 comments: