BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Glitter Text
Make your own Glitter Graphics

26 April 2009

episod 13

Faqeh irman

‘La menangis lagi. Aku ingat dah ok dah tadi.’

“Saufa, dah la tu. Bukan salah sapa-sapa. Dah takdir cakap macam tu kenalah terima. Tahukan hukum meratap orang telah meninggalkan kita? Sesiapa yang menolak takdir Allah adalah orang-orang yang munafik.”

‘Harap-harap lah brain bini aku ni boleh terimalah apa aku cakap.’

“Saya terima, tapi kenapa parent saya sanggup buat saya macam ni. Saya anak dorang jugak. Sampai ati baba.” Esakan saufa terkesan dalam hati aku, sungguh aku menyaksikan apa yang terjadi tadi. Aku jugak terkejut. Patutlah saufa duduk kat perak sorang-sorang. Kalau tak ada falah agaknya, anak gadis ini telah di buang jauh dulu lagi. Patutlah, falah yang walikan dia masa nikah dulu. Aku tak pernah terfikir sampai ke situ. Masih ada lagi manusia yang tak menghargai apa yang ada di hadapan mata.

Masalah aku skang, macam mana nak bagitau mummy ngan papa. Naik pulak darah tinggi mummy tu karang. Tak pasal-pasal ajer. Dah la bermasalah kat sana, takkan kat sini pun nak bermasalah jugak. Macam mana ni? Dengan mengejut kereta ku hentikan di bahu jalan. Lambat laun, aku kene bagitau diorang juga, unless kalau aku dah ceraikan dia. Macam mana ne? Lagu molek dendangan Elyana mengganggu ketegangan dalam kereta proton waja aku ni. Saper pulak ni? Dah la tengah serabut. Namun, aku jenguk jugak siapa yang berada di talian. Gambar along hakim terpapar di skrin. Lantas aku jawab panggilan yang tertera. Suara papa menusuk ditelinga.

“Assalamualaikum…”

“Waalaikumsalam, papa. Kenapa?”

“Faqeh kat mana ni? Baliklah, bawak saufa sekali.” Berdentum jantung aku mendengar kata-kata papa.

“Bawak saufa? Mana papa tau Faqeh dengan saufa ni?” bingung. Mana papa dapat tau ni? Tak kan daripada along hakim kot.

“Balik dulu. Nanti kita bincang.” Selepas salam, papa mematikan talian.

“Saufa, kita balik rumah keluarga abang yer? Papa dah tunggu kat rumah tu.” anggukan lesu saufa disebelah cukup melegakan aku. Proton waja biru metallic yang ku beli ketika tahun pertama di alam perkerjaan, kupandu cermat. Kira value la kereta ni. Buka duit aku semua pun, down payment papa yang bayar. Bulan-bulan jer yang aku bayar. Nasib baiklah gaji tetap, kalau tak mati aku nak bayar duit kereta ni. Apa agaknya yang berlaku sekarang ini. Jantung aku berdegup kencang. Saufa sakina, anak orang yang tak ku taahu asal usulnya. Aku kahwini dia atas dasar menutup malu. Tanggungjawab aku pada dia tak pernah terlaksana. Rahsia yang terkunci, tiada siapa yang tahu. Selepas bertahun baru ku bongkar kepada satu-satunya abang kesayangan aku, dan kematian falah membawa rahsia yang ada terus ke liang lahad. Dan sekarang, daripada papa tahu tentang semua ni? Saufa disebelah ku renung sayu. Apalah nasib anak gadi ini jika bukan aku jodohnya.

Apa lah alasan yang aku nak bagi kat papa and mummy ni? Macam mana aku nak jawab yang aku ni tertangkap basah ngan si saufa ni? “Along, tolong Faqeh.” Ketukan di tingkap kereta mengejutkan aku..

“Aik, dah sampai? Bila pulak aku masuk dalam pagar rumah ni? Eei, confiuse-confiuse…”

“Faqeh, turun lah cepat. Kejutkan saufa tu.” alahai budak ni tido ker? Penat menangis kot. Aduhai sayang, apelah nasib kau.

“Saufa, Saufa, bangun. Dah sampai ni. Mummy ngan papa dah tunggu tu.” seruku perlahan sambil tangan aku menepuk lembut bahu saufa. Alahai, susahnya dia ni nak bangun. Tido mati ker? Mati? Eh mana boleh, aku belum lagi start episode bahagia dengan saufa ni. Mana boleh mati lagi.

Saufa sakinah

Macam ader orang panggil aku ni. Siapa agaknya yang menganggu tidur nyenyakku ini. Ni yang nak marah ni. Asal sakit je belakang aku ni. Aku tido kat mana agaknya ni? Tadi aku kat mana? Bukan dalam kereta Faqeh ker? Macam mana ni? Mesti Faqeh yang kejutkan aku ni. Nak bukak mata ke taknak ni? Kalau tak buka karang, mamat kesayangan (zaman dulu-dulu je lah) ni kata aku maati pulak. So, apa choice yang ada? Bukak je lah mata, dan lepas tu buat lah muka tak bersalah aku tu. Bukan dia tahu pun kan? Betul tak?

“Herm, saya ader kat mana ni cikgu?” laju jer bibir comel aku ni mengajukan soalan.

“Kat rumah saya lah, kaat mana lagi. Awak tempat lain lagi ke nak pergi?”

Soalan Faqeh buat aku sebak. Aku sedar dirilah aku ni dibuang orang.

‘Baba, mama kenapa buat saufa macam ni? Tak kesian kat saufa ke? Apa salah saufa sampai mama sanggup halaau saufa? Sampai baba, tak nak tengok lagi muka saufa? Kenapa? Apa salah saufa?’

Tangisan aku bergema lagi. Semakin lama semakin kuat, hingga membuatkan keluarga itu keluar dan melihat apa yang terjadi.

“Faqeh apa yang faaqeh dah buat ni? Kenapa saufa menangis ni?”

“Faqeh tak buat apa-apa pun mummy. Dia yang menangis tiba-tiba, mana Faqeh tau.”

Serentak itu, perempuan itu memeluk aku, erat.

“Mari saufa, kita masuk dulu. Apa-apa hal kita cakap kat dalam.”

Kaki ku hanya mengikut langaakah perempaun jelita separuh umur ini. Aku betul-betul letih, tak larat dan segala macam perasaan lagi yang maksudnya penat. Sungguh, dengan apa yang telah terjadi hari ini, aku memerlukan kekuatan untuk menerima kenyataan yang aku masih lagi isteri Faqeh, dan aku juga telah dibuang keluarga, dan aku juga telah kehilangan satu-satunya kehidupan aku.

Aku masih lagi perlu memikirkan segala-galanya, pelajaran aku, kehidupan aku dan sebagainya. Ataupun, dengan kematian abang aku sekaligus ‘mati’?

‘Mak jah, tolong ambilkan air untuk saufa.” Terkedek-kedek pembantu umur yang sebaya mak berlalu ke dapur.

“Saufa cube cerita ngan mummy apa yang dah jadi tadi?” suara perempuan jelita separuh umur yang membahasakan dirinya mummy tu menusuk kedalam hati aku. Kalau lah mama sebaik ini kepada aku. Ya allah, betapa beruntungnya aku.

“Entah, saya tak tahu kenapa mama ngan baba halau saya. Sedangkan bukan salah saya abang mati.” Esakan aku berlansung lagi.

“Awak ni, budak tu dah lah tengah sedih, lagi nak tanya ke? Dah bagi dia makan, suruh dia berehat esok kita boleh tanya saufa lagi.” Serentak itu juga, wanita yang dipanggil Mak Jah tadi, datang membawa minuman.

“Mak Jah, siapkaan makanan. Saufa dengan Faqeh belum makan laagi ni.” Arahan yang diberikan oleh lelaki itu dipatuhi. Siapalah diorang ni. Kenalkan diri pun tak. Ke mana lah si Faqeh ni bawa aku ni. Orang baik ke orang jahat ni? Sudah, entah-entah nak jual aku kat pasaran gelap kot. Eii, menakutkan. Apa lah yang akan terjadi nanti…

3 comments:

Anonymous said...

ciannyer kt saufa.....nk lagi please....

Anonymous said...

mana sambunganya?????
next n3 please.....

Craftsnut said...

Assalamualaikum... bila nak sambung lagi? Rindu dah nak baca ni. :)