BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Glitter Text
Make your own Glitter Graphics

08 April 2009

episod 4

Saufa Sakina.
Semuanya tentang aku dan Faqeh berlaku pada dua tahun lalu. Masa aku masih lagi dianggap remaja yang masih lagi mentah dalam kehidupan. Dan hari itu kejutan terbaik untuk Faqeh di hadapan mata kami. KL ni bukanlah besar sangat sampai tak boleh jumpa dengan orang yang kita tak sangka nak jumpa.
Aku tak sangka kekasih Faqeh sanggup buat macam ni. Sedangkan aku tau Faqeh mencintai dia lebih daripada nyawa sendiri. Aku tak bohong dan aku tak tipu sungguh aku tak percaya. Waktu tu aku keluar dengan Faqeh. Nak pergi beli buku rujukan add math. Aku lah sibuk nak suruh Faqeh temankan aku. Yelah diakan cikgu favourite aku. Mestilah aku nak bersama dia sentiasa. Macam-macam alasan yang aku buat untuk terus bersama dia setiap hari walaupun aku tau dia dah berpunya. Tapi apa yang aku nampak depan mata aku kat kedai buku ni buat aku betul-betul terkejut. Manja mariam, kekasih Faqeh irwan berjalan dan bermesra dengan lelaki lain bukannya cikgu favourite aku.
Faqeh juga berada ditempat yang sama memandang ke arah yang sama. Di satu sudut di hujung sana ada gadis dan jejaka yang bergelak ketawa sambil memilih buku rujukan kanak-kanak. Agaknya tuhan memang nak tunjuk kecurangan Manja. Sedangkan cikgu sorang ni nak hantar rombongan meminang bulan depan. Aku tengok saja Faqeh berlalu ke sudut sana dan bertegur sapa dengan pasangan berkenaan. Tak nampak macam orang marah pun. Kekasih jantung hati dan dirampas orang pun boleh buat muka poyo dia tu. Macam muka Hizam kena marah dengan cikgu Wong sebab tak buat essai bahasa inggeris. Aku salah minat orang ke? Orang yang tak berperasaan ke cikgu favourite aku ni?
“Cikgu ok ke? Nampak macam tak ok je?” aku ni menambah minyak kat api yang nak marak pula.
“OK je, kenapa?”
“Saya tengok tadi cikgu pergi tegur diorang macam cikgu ni tak ada perasaan pulak. Nak kata marah tak nampak macam marah. Nak kata suka tak juga. Tu yang risau tu. Sabar je lah cikgu. Banyak lagi manusia yang boleh ganti dia. Contohnya macam saya ni” Mulut ni memang tak ada insurans lah.
“Saya ok saufa sakina. Bagus juga awak ajak saya teman awak beli buku. Tak sangka saya dapat kejutan terbaik hari ini. But, don’t worry. Saya memang dah agak lama tentang hubungan diorang tu. Cumanya hati saya ni tak nak paham per yang logik saya kata.” Kami berlalu ke kaunter untuk membayar harga buku.
“Ok, sudah kan? Jom balik. Saya tak larat lah. Pening kepala penat sangat.”
Aku hanya memandaang dengan pandangan simpati. Aku menyesal paksa dia mengikut aku tadi. Kalau tak semua ni takkan terjadi. Gadis ayu yang aku lihat tadi jauh bezanya daripada cerita yang aku dengar. Siapa sangka lepas peritiwa aku meluah perasaan aku, aku dan Faqeh menjadi baik dan bukan sekali aku berjumpa dengan Manja. Berkali-kali. Faqeh memperkenalkan aku kepada Manja untuk mengelakkan salah faham antara mereka. Dan tentu sekali manja tahu apa yang berlaku antara kami.
“Saufa, awak drive, saya tak laratlah kepala saya pening sangat.” Aku mengambil kunci kereta dalam tangan Faqeh dan kami meninggalkan KLCC pada pukul 10 malam. Aku menghantar Faqeh balik rumah. Tapi macam mana aku nak balik pulak ni. Malam-malam ni takutlah nak naik teksi. Nak suruh abang ambil lah kat rumah Faqeh. Dah sampai kat rumah Faqeh dah ni. Aku telephone abang untuk jemput aku kat rumah Faqeh dan abang hanya sampai setengah jam selepas ini.
“Cikgu, cikgu. Dah saampai rumah cikgu dah ni. Cikgu ok tak ni?”
“Saya tak larat laratlah saufa. Tolong papah saya masuk rumah. Kunci rumah ada kat dalam dashboard.”
“Yelah saya tolong cikgu.” Aku pun tolonglah papah manusia yang tak berperasaan ni masuk kat dalam rumah diaa. Tak sangka pulak, ada kejutan yang lebih ngeri selepas ni.


Faqeh Irman
Memang kepala aku sakit sangat hari tu. Siapa sangka nak jadi macam tu. Ini semua manja punya pasallah. Rasa macam nak meletup kepala otak aku ni. Nasib baik aku keluar dengan saufa tadi. Kalau tak macam mana aku nak balik rumah. Mummy, papa dan along balik Kedah. Ada kenduri disana. Aku hanya akan menyusul hujung minggu ni.
“Saya ambil ubat untuk cikgu. Kat mana peti first aid?” saufa berlalu ke dapur apabila tak dapat jawapan daripada aku. Dia bagi aku makan ubat dan dia duduk disofa berdekatan. Menunggu abangnya sampai untuk menjemput dia. Tapi aku tak sangka benda ni akan jadi lebih buruk lagi.
“Assalamualaikum.” Ketukan dipintu membuatkan tidur ku terganggu.dalam hati terdetik, siapa pula yang datang malam-malam ni? Abang saufa agaknya.
Aku biarkan ajelah, sampai ada pak aji kat depan aku, tepuk-tepuk bahu aku. Siapa pulak ni. Siapa pulak yang pakai serban kat rumah aku malam-malam buta ni. Tiba-tiba otak aku menangkap sesuatu. Aku dengan saufa tadi. Pas tu ada orang pakai serban datang dan kejutkan aku. Nak kata aku dah mati, tak jugak. Sebab aku rasa aku dah sedar. Ini bermakna aku kena tangkap basah. Spontan aku bangun dan
“Tidakkkk.” Aku menjerit sampaikan tok iman tu terkejut.
“Tunjukkan I/c awak,” pak iman ni dah guna kuasa veto dah. Aku pun bagilah. Aku dah tak tau apa yang jadi kat saufa. Yang aku tau apa yang jadi dekat aku jer. Mummy, kenapalah benda macam ni jadi kat Faqeh? Lepas 10 minit barulah abang si saufa ni sampai. Alahai apa aku nak jawab ni. Bawak anak dara orang keluar. Tapi kena tangkap basah kat rumah sendiri pulak ni.
Kkrringgg…!!!!
Loceng pertama persekolahan pada hari selasa bermula. ‘Ok. Faqeh jadi lah cikgu yang terbaik untuk bangsa.’ Detik hati ku menanam azam baru. Aku turun ke perhimpunan ringkas yang diadakan pada setiap pagi untuk menyalurkan maklumat kepada pelajar.
Gementar rasanya, mahu mengenali dunia yang baru daripada sebelumnya. Tak sangka aku dihantar ke sekolah pekan sebegini. Lihat pada luarannya nampak elok. aku berharap dalaman sekolah ini juga secantik landskapnya.
Lagu negaraku dImainkan untuk memulakan perhimpunan pagi ini. Sejurus kemudian, pengawas bertugas memanggil guru yang bertugas, Cikgu Noriani untuk memberi laporan. Bagus sungguh murid-murid kat sini. Senyap bila dalam perhimpunan. Sungguh aku bangga, murid-murid di sini lagi bagus daripada yang dibandar. Walaupun mereka tak sepandai anak-anak dibandar, sekurang-kurangnya disiplin melambangkan peribadi.
“Sekarang saya kenalkan cikgu baru yang berpindah kesekolah kita. Beliau akan mula bertugas disini mulai hari ini dan beliau akan mengajar pelajar form 6. Perkenalkan cikgu Faqeh Irman.”
Bisikan-bisikan kecil menjadi tapak perhimpun menjadi hinggar. Maklumlah, cikgu handsome baru bertugas. Anak-anak gadis mana yang tak terpikat?
“Ok, enough. Nama saya Faqeh Irman bin Tuan Muhammad. Saya berasal daripada Kuala Lumpur dan akan mula bertugas disini. Saya harap anda memberi kerjasama kepada saya. Terima kasih.”
“Terima kasih pada cikgu Faqeh. Di sini ada beberapa pengumuman, pengawas yang di senaraikan sila berjumpa…..”
“Cikgu ni la yang aku tengok semalam. Percaya tak cakap aku. dia memang handsome.”
Bisik Ima perlahan ditelinga.
“Eh kau dah tengok cikgu tu. Alahai handsomenya, kalau aku dapat lah. Dia ajar kelas kita tak?” Siti pula menyampuk.
“Kak, tolong diam, ni perhimpunan kak.“ Hish budak-budak 2 orang ni, buat malu kaum kakak jer. Dah besar panjang pun bercakap lagi dalam perhimpunan.

0 comments: