BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Glitter Text
Make your own Glitter Graphics

08 April 2009

episod 5

Saufa Sakina.

Ne yang buat aku lemah semangat ni. Apa pulak mamat sorang ni nak? Cari aku ke terserempak dengan aku kat sini? Abang. Adik nak balik KL. Sapa sangka, abang tabah menghadapi masalah kitorang kene tangkap basah hari tu. Abang yang uruskan semua sampaikan berita ni tak sampai kat baba dengan mama and also the media. Dan family Faqeh juga tak tau cerita yang sebenar. Diorang tak tahu pun yang aku ni menantu diorang. Thanks a lot to abang. Dan siapa jugak sangka aku dinikahkah 3 hari kemudian setelah kami ambil kursus kahwin. Jadi isteri lelaki pujaan hati juga aku ni. Tapi seronok tu kejap je. Teringat kat cita-cita, sekolah dan benda-benda lain buat aku jadi tak menentu. Terutama sekali mama dan baba. Aku jadi penasaran. Dalam mencari kehidupan sendiri dan meninggalkan tanggungjawab atau menghadapi realiti.
“Adik tak mau. Adik nak pergi jugak daripada sini. Adik tak nak tengok muka dia. Adik nak belajar lagi. Adik tak nak jadi perempuan kampong yang kene kahwin and stay kat rumah. Adik ada cita-cita adik sendiri. Tak kira. Abang cari jalan jugak.”
“Adik, tolonglah abang adik. Abang ni dah penat lah dengan cerita adik. Kejap nak. Kejap tak nak. Ingat abang ni apa? Penat tau tak nak uruskan semuanya. Nak atau tidak adik akan stay kat rumah sampai tamat SPM. Dan lepas tu baru abang akan buat sesuatu untuk adik. Muktamat.”
Tercengang-cengang aku kat situ. Tak pernah-pernah abang buat macam ni kat aku. Sampai hati abang. Tapi salah aku juga. Aku banyak buat salah yang abang terpaksa cover daripada semua. Tak patut aku buat abang macam tu.
“Abang, I’m sorry. Adik ikut cakap abang tapi adik nak abang singkirkan dia daripada sekolah tu. Biar dia mengajar kat tempat lain.”
Dan sebab aku, Faqeh ditukarkan ke kelantan dan aku tak pernah jumpa dia dan aku anggap kisah kami sampai sini sahaja. Tapi, tuhan tu maha adil. Aku yang bergelar isteri kepada Faqeh irman masih perlu melunaskan tugas aku. Sekali lagi takdir menemukan kami. Dalam keadaan yang berbeza mungkin. Atau mungkin sama.
Usai perhimpunan, dan sampai aje kat dalam kelas, enset jadi keutamaan. Abang..!! nama tu aje yang terdetik di hati.
“Assalamualaikum. Abang dah bangun belum ni?”
“Dah la. Kenapa pagi-pagi telephon abang ni? Tak pergi sekolah ker? Adik tak sihat ker?”
“Tak lah adik ok jer. Abang Faqeh ada kat sini.”
“Apa Faqeh ada kat sana?” abang terperanjat besar.
“Ie, dia ader kat sini. Jangan ajar kelas adik dah la. Abang macam mane ni? Adik tak sedia nak jumpa dia lagi.”
“Ok, adik tenang. Nanti pas habis sekolah, abang jumpa adik. Adik tunggu aje kat rumah. Abang sampai petang ni. Adik tenang k? Asalamualaikum.” Perlahan abang mengakhiri perbualan kami.
“Ok, waalaikumsalam.”
Abang, adik takut..! Setitik air mata aku jatuh.
“Kau kenapa Saufa? Ada berita buruk ker?”
“my live is end, Ima.”
“Ha, apa dia, aku tak dengar.”
“Tak ada apa-apa la. Tu cikgu Rosidah dah sampai tu. Kang mengamuk pula dia.”
Dua jam kelas bahasa melayu cikgu Rosidah berlalu dengan cepat. Secepat jantung aku berdegup. Apa yang diajarnya, satu apa pun tak masuk dalam kepala otak aku. Macam mana la nak periksa macam ni? Ada lagi 4 bulan jer ni.


Faqeh Irman.

Jap lagi nak masuk kelas 6 atas ekonomi. Saufa kelas apa agaknya. Dah ready, aku pun berjalan la ke blok akhir, iaitu blok F. Mana kelas 6AE ni? Itu dia. Masih ada cikgu di dalam. Alamak berdebar pulak. Cikgu ni dah keluar dah.
“Cikgu baru ye? Nama saya Rosidah. Cikgu ajar subjek makroekonomi yer?”
“Ye, saya cikgu baru. Masuk pagi tadi. A ah saya ajar subjek makro. Nama saya Faqeh. Baiklah cikgu, saya masuk kelas dulu yer.”
“Ok, saya pergi dulu.” Pamit cikgu rosidah.
“Assalamualaikum semua. Nama saya Faqeh Irman. Panggil saya cikgu Faqeh. Saya akan mengajar anda semua subjek makroekonomi.”
“Waalaikumsalam cikgu” sahut murid 6AE.
“Hari ni saya tak nak mengajar. Saya nak mengenali kamu. Hari ni kira introduction. Saya nak kamu perkenalkan diri, dan daripada aliran apa masa di tingkatan 5. Bermula dari kiri saya.”
Saufa kat dalam kelas ni jugak. Bagus ini peluang aku. Menuntut tanggungjawab dan juga kenapa dia lari daripada aku.
“Nama saya Alima Nuris. Saya dari aliran akaun.”
“Terima kasih. Next.”
“Nama saya Saufa Sakina. Daripada aliran sains tulen.”
“Ok, nice name, belakang?”
“Nama saya Syahida, orang panggil saya Syida. Saya dari aliran akaun. Cikgu ni handsome la. Dah kawin ker?” menakutkan anak gadis yang seorang ni. Terlalu berterus terang. Jangan jadi seperti Saufa sudah. Boleh gila aku nak menangani masalah ni.
“Hish, Syida, mulut. Tak baik lah tanya macam tu. Mintak maaf la cikgu. Kawan saya ni memang macam ni. Tapi kalau cikgu nak jawab solan tu apa salahnya. Kitaorang tak keberatan nak tau.’
“Ok, cukup.” Aku tersenyum.
“Manisnya senyuman cikgu. Pengantin baru yer?”
“Dah. Saya dah kawin dah. Tapi isteri saya hilang entah ke mana. Ok terus kenalkan diri kamu. Kamu yang pakai baju pengawas tu?” aku tergelak besar dengan kenyataan yang keluar daripada mulut aku. dan murid-murid lain ikut ketawa. Mungkin bagi mereka ini cuma lawak jenaka aku.
“Saya?”
“Ya”
“Nama saya siti aisyah. Saya daripada aliran sains.”
“Baru saya perasan kelas kamu ni tak ada lelaki ye? Kamu anti lelaki ataupun lelaki yang takutkan nak masuk dalam kelas kamu? Betul tak Saufa?”
“Ha? Apa?”
“Awak berangan? Saya tak suka dalam kelas saya ada orang berangan. Ok sekarang saya nak tahu sampai mana cikgu lama awak ajar awak. Nanti senang saya nak ajar awak. Oh yer, saya nak tau berapa orang dalam kelas ni ada peluang untuk masuk universiti. Tapi tak masuk. Politeknik mungkin atau private kolej.”
“Ok… ada 15 orang sumernya. Kamu, nama apa? Maaf saya lupa. Kamu dapat kat mana?”
Jariku menunding kearah gadis kecil disebelah pelajar cina.
“Zulaikha cikgu. Saya dapat kat politeknik melaka. Dalam bidang akaun, cikgu.” Jawab Zulaikha.
“Kenapa tak pergi? “
“Masalah keewangan cikgu.”
“Ok, kamu pulak Saufa?”
“Saya dapat kat private kaulej. Persedian tuk ke UK dalam bidang peniagaan. Saya tak pergi sebab baba tak nak support saya kat sana. Baik saya kat form 6 jer. Lagipun sistem pendidikan Malaysia dah cukup bagus.”
“Bagus saya suka pendapat awak tu.”
Kkkrrrriiiiiiinnnggggggg…!!
“Ok sekarang dah rehat. Kita jumpa lagi hari jumaat nanti. Ulangkajilah mana yang patut. Dah dekat sangat nak exam ni. Terima kasih kelas.”

0 comments: