BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Glitter Text
Make your own Glitter Graphics

08 April 2009

episod 6

Saufa Sakina.

Tak lupa lagi dia pada aku. Apa yang dia buat kat sini. Mencari aku aku atau pun satu kebetulan? Ya allah, bantulah aku. Abang, cepat la sampai. Bunyi kereta diluar rumah mengejutkan aku. Secepat mungkin aku membukakan pintu untuk abang.
“Abang adik rindu abang.” Aku memeluk abang dengan tangisan halus. Sungguh aku rindu abang. Aku rindu mama. Aku jugak rindu baba. Tapi sekarang baba ngan mama dah tak menetap kat Malaysia. Diorang duduk kat Paris. Katanya saja nak tukar angin. Tapi aku tak tahu pun masa baba ngan mama bertolak ke paris. Agaknya baba ngan mama dah lupa yang diorang ada anak selain kakak dan abang kot.
“Adik, adik ok tak ni. Faqeh mengajar kat sini ke?”
“Ya.” Sahut ku lemah.
“Adik, abang mintak maaf. Abang tak tahu pun yang dia mengajar kat sini. Abang dah lama tak jenguk adik. Abang rindu adik. Dah la, adik jangan nangis lagi ye. Insyaallah, semuanya satu kebetulan aje.”
“Abang you are the best abang in this world. I love you so much.”
“Ok dah. Abang tak makan dek puji tau. Adik masak tak? Abang lapar nie. Tak lunch lagi.” Abang tersenyum sambil memegang perut memandang kearah aku dengan pandangan yang simpati.
“Ada, adik tau abang mesti tak makan lagi. Adik masak sambal sotong tadi. Jom la kedapur,” ajak ku. Dialah segala-galanya bagi aku.
“Apa lagi yang ditunggu abang sayang? Nak makan ke tak ni?” sergah ku, apabila melihat abang masih di sofa.
“Ok, ok, abang datang ni.” Sahut abang.
Aku menyediakan makanan untuk abang. Alhamdullilah, sejak baba menghantar aku duduk disini aku dah pandai menguruskan rumah sendiri. Aku dah tau memasak sendiri dan buat kerja sendiri.
“Abang nak tidur sini tak malam ni? Ke abang nak balik KL?”
“Abang nak tidur sini nak teman adik. Abang pun cuti 3 hari ni. Hujung minggu ni, kita balik KL. Baba ngan mama dah balik.”
“Lama ke baba ngan mama balik Malaysia?”
“Baba kata balik terus. Mama kata kat sana tak sesuai dengan gaya hidup mama. Lagipun, kakak nak bawak teman lelaki dia, jumpa ngan baba dan mama,” terang abang panjang lebar. Aku cuma tersenyum tawar.
“Ok. Tapi malam ni kita makan kedai ye. Adik malas la nak masak. Esok abang hantar adik pergi sekolah. Adik malas la nak drive,” pinta ku Manja. Aku tau abang akan turutkan apa yang aku nak.
“Ok,” jawapan abang membuat aku menjerit kegirangan.
Malam, selepas pulang dari makan abang bertanya tentang Faqeh.
”Adik, adik sayang lagi ke kat Faqeh tu? Hari tu, abang adaa terserempak ngan Faqeh. Tak tau dengan siapa. Mesra jer gayanya. Mungkin seseorang bagi dia kot,” lembut tutur kata abang menusuk bagai duri menusuk dalam hati aku.
“Entahlah. Adik tak tau. Abang kenapa adik selalu dirundung malang? Apa salah adik sampai mama ngan baba tak pernah sayang adik? Mama ngan baba tak pernah amik tau pasal adik. Adik cuma ada abang. Abang jangan tinggalkan adik ye,” balas ku sayu. Aku merebahkan kepala ku ke ribaan abang.
“Entahlah adik. Abang pun tak tahu kenapa. Bersabarlah. Semoga Allah memberi yang terbaik untuk adik suatu hari nanti,”kata abang sambil mengusap lembut kepala aku. Akhirnya ku terlena di situ. Sampai ke pagi.
”Adik, bangun. Dah pagi. Pergi mandi, solat pas tu abang hantar pergi sekolah. Cepat skit. Kita solat jemaah yer.”
Dengan separuh sedar aku bangun untuk mandi.
Pukul 7 tepat, abang menjerit memanggil aku untuk kesekolah.
“Ok. Kejap. Adik pakai kasut.”


Falah irwan.
Apa yang dah jadi dulu memang takdir yang menentukannya. Jodoh mungkin tapi aku tak sangka adik sanggup buat macam ni walaupun dia kata dia sayang dan cintakan Faqeh sangat-sangat. Tapi bila dah dapat dia buang Faqeh macam tu aje. Faqeh sendiri tak dapat menjalankan tanggung jawab sebagai suami dan aku berdosa sebab ikut cakap saufa. Apalah yang ada dalam kepala otak adik aku tu?
“Assalamualaikum. Adik kat mana ni? Abang kat depan sekolah ni,” tanyaku sejurus Saufa mengangkat telephon.
“adik ada kat dalam kelas ni. Ada perjumpaan kelab. Jap lagi sudah la ni. Abang tunggu aje lah kat dalam kereta tu,” serentak itu talian dImatikan tanpa pamitan.
‘Adik, abang sayang adik. Andai abang boleh ulang masa. Abang takkan bagi adik kahwin ngan Faqeh dulu. Tak payah lah adik nak lari macam ni..’
Aku menunggu sambil mengenang kenangan antara aku dan Saufa sakina. Adik yang paling aku sayangi. Aku masih ingat betapa cerianya dia ketika dia berada disamping keluarga. Walaupun kakak selalu menyakitkan hati dia. Tapi adik tak pernah amik pusing. Aku tau, dia sayang kakak, sayang mama, baba, tapi dia tak dapat kasih sayang daripada mereka.


Saufa Sakina.
Apalah yang di menungkan oleh abang tu. Sampai aku duduk sebelah pun tak sedar.
“Helo, kanda. Dok pikir per tu?” soalku manja.
“Aik tak ada reaction pun. Kenapa pula abang aku ni,” aku mengawang tanganku di hadapan muka abang. Tapi macam tak sedar jer. Kenapa pulak abang ni.
“Kanda sayang, pikir apa tu? Puteri kayangan dari dewata ke?” sergah ku kuat di telinga. Serentak dengan itu tawaku lepas bebas. Kelakar tengok muka bingung abang.
“Adik, pekak telinga abang la.”
“Jangan lah marah sayang. Kanda, I love you la la. Tak kan nak marah kot. Abang tu yang berangan tak sedar adik masuk kereta apa kes nya?” balasku. Masih dengan senyuman mengejek. “Ada nampak puteri ke?”
Abang tak tunggu lama untuk terus berlalu dari sekolah.
“Tak ada maknanya. Abang nak berangan pun tak senanglah dengan adik ni. Dasar penyibuk. Busy body,” jawapan abang buat aku tertawa senang. Dah start nak merajuk pula dah.
“Buruklah kalau orang tua tak sedar diri macam abang ni merajuk.”
“Eh mulut tu, abang cili nak? Mana belajar mulut kurang ajar ni?”
“Alolo, bucuk-bucuk masyam adik. Takkan merajuk kot. Abang sayang adik malas la nak masak kita makan kat luar yer?” pujukku, mesra.
“Takpayah, abang dah masak dah kat rumah tu.”
“Abang pandai masak ke? Tak percayala. Ntah-ntah beli kat kedai. Pas tu claim abang yang masak. Ala taktik tak laku la,” kata ku. Tak percaya la abang masak. Lelaki idaman Malaya ni boleh masak. Blaja kat mana.
“Tak nak percaya dah. Yang penting abang tak tipu. Mak yang ajar abang masak. Abang masak macam mak masak. Tapi tak lah sesedap mak masak.”
“Sungguh ni? Abang tak tipu adik?” balas aku kurang percaya.
“Wait and see,” jawapan abang buat aku jadi tak tentu arah. Kang kalau sakit perut makan masakan abang, macam mana pula. Takkan nak amik mc kot. Ya Allah selamatkan la perut aku. Senyuman abang yang tengah drive ni, makin menakutkaan aku. Bukan tak pernah abang masak tapi, akhirnya, semua kene pergi klinik sebab sakit perut. Aku, kakak, mama, mak termasuk abang sekali terpaksa pergi klinik. Tak pasal-pasal kitorang dapat mc. Karang kalau tak makan kecik pula hati, jantung and limpa abang aku ni kang. Satu hal pula nak pujuk dia. Tak per lah tunggu dan lihat aje lah.
Sesampai jer kat rumah, abang suh aku mandi, solat dan tukar baju, baru makan. Dalam semayang kang kene doa banyak-banyak yang makanan abang selamat tuk dImakan.
Usai solat, aku bergegas ke dapur. Nak makan. Perut aku dah menyanyi lagu rock dah ni. “Ya Allah selamatkan lah perut aku. amin.” Doaku dalam hati sebelum menghadap makanan.
“Apa yang ditenung tu dik? Tak sudi nak makan ke? Sedap tau abang masak.”
Dengan muka bersalah aku bertanya, “Selamat untuk dimakan ke ni abang? Kang tak pasal-pasal kene mc.”
“Selamat lah dik. Mak dah iktiraf masakan abang tau.”
“Ok, adik cuba. Kalau sakit perut adik, siaplah abang,” dengan lafaz bismilah aku menyuap makroni cheese kedalam mulut. Abang ni, tengah hari macam ni masak makanan macam ni. Ni yang aku lemah ni. Aku dah biasa makan nasi. Jangan kebulur dah la. Urm, boleh tahan. Sedap. Macam mak masak.
“Urm, sedap lah abang. Adik salute la abang boleh masak macam mak masak. Adik pun tak past lagi nak masak macam ni. Cayalah abang.”
“Tengok oranglah.” Balas abang bangga.

0 comments: