BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Glitter Text
Make your own Glitter Graphics

08 April 2009

episod 7

Faqeh Irman.

Dah masuk 2 bulan aku kat sini. Cuti pertengahan semester pun dah start. Sekolah ni ok. Tak banyak masalah. Cuma masalah aku sekarang macam mana nak dekatkan diri aku dengan Saufa. Nak wat cara baik ke, cara jahat? Cara dia pandang aku, aku tau dia sayang lagi kat aku. tapi macam mana nak wat dia dekat ngan aku. Pening kepala aku nak pikir. Alamak lapar pulak perut ni. Malasnya nak masak. Nak kuar pun malas. Hujan pula tu. Maggie aje lah jawab nya. Ne yang tak best dok jauh-jauh daripada mummy ni. Tak dapat nak makan sedap-sedap. Rindu pula kat mummy. Esok sabtu, tak ada aktiviti. Nak balik la. Urm, nanti balik nak suruh mummy masak tom yam putih la. Sedapnya lah. Nanti kalau nak cari isteri kena pandai masak tomyam putih. Tapi, Saufakan dahl jadi isteri aku, pandai ke dia memasak?
Kan dia anak orang berada berpunya, banglo je, dah berbuah-buah. Belum lagi duit yang berkepuk-kepuk kat bank tu. Tak masuk dengan aset-aset didalam mahupun luar negara. Nak dibandingkan dengan aku, apa yang ada. Mummy memang anak orang yang berpangkat dan berpunya, tapi papa orang biasa. Harta pun tak ada. Setakat Usahasama Sendari tu aje lah yang family aku ada. Itu pun cuma syarikat kecil yang terlibat dalam bidang perlancongan. Along hakim je yang minat dalam bidang perniagaan, aku lebih minat jadi cikgu. Kalau tak jadi cikgu dulu tak payah lah aku jadi macam ni. Menggalas tanggungjawab yang tak sepatutnya. Tak sepatutnya aku kahwin dengan saufa dulu. Astagfirullahulazim. Tak baik menyalahkan takdir. Aku ni macam orang yang tak beriman pulak. Lebih baik aku pergi solat. Isyak belum sembahyang lagi ni. Esok-esok boleh pikir lagi tentang si gadis manis Saufa tu.


Saufa Sakina.

Apa yang aku nak buat ni? Nak keluar, karang kena marah pulak ngan mama. Apa aku nak buat ni. Abang pulak pergi meeting. Aku nak ikut dia tak bagi. Nak pujuk abang lah. Aku rasa macam nak pergi holiday lah. Kalau lah dapat pujuk baba pergi kat port dikson pun jadilah. Tapi baba bagi ke? Kalau pergi dengan abang mesti baba kata ok punye la. Tapi abang ader projek baru kan? Cubalah pujuk baba dulu. Mana tau dia nak bagi aku pergi alone ke. Yelah cuti sekolah. Kalau kakak dulu, mana nak pergi baba bawa, aku tinggal ngan mak. Duduk dapur belajar masak. Mak kata perempuan kene tau masak. Jangan jadi anak dara yang tak tahu apa-apa. Nanti mak mertua tak suka.
‘Tolong mak kat dapur la.’ Aku pun bergegas ke dapur, tolong mak buat makan petang. Selalu baba nak makan kuih petang-petang macam ni. Mak buat kuih apa petang ni agaknya. Bolehlah aku menambah resepi sedia ada. Sibuk nampaknya mak kat dapur. Datang pulak rancangan jahat aku nak kejutkan mak.
“HHaaa,” sergahku sambil tetawa kecil melihat telatah mak. Mak ajelah yang paham aku selain abang.
“Allahuakbar, Ina. Terkejut mak. Kalau mak ada sakit jantung, dah mati tau mak Ina wat macam tu.”
“Ala mak, jangan lah marah. Mak masak apa? Boleh Ina tolong?”
“Ina minta maaf ye mak sebab kejutkan mak. Mak jangan lah marah Ina. Bertambah berkedut muka mak tu.”
“Ina, mak ni dah tua memanglah muka berkedut. Mak dah siap dah lah. Mak buat karipap pusing. Ada kat bawah tudung saji tu kalu Ina nak makan.”
“Sedapnya. Sayang mak. Macam tau-tau aje Ina nak makan karipap. Mak lah pujaan hati Ina.”
Dalam rumah ni, mak sorang jer yang panggil aku Ina. Memang daripada aku kecil lagi mak panggil aku Ina. Mak kata, mak suka nama Ina bila aku Tanya dia kenapa dia tak panggil aku Saufa. Tapi aku suka mak panggil aku Ina. Rasa special sangat. Yelah. Orang semua panggil aku Saufa.
“Ina, tolong mak angkat hidang ni ke taman. Panggil baba ngan mama minum petang.”
“Ala, mak lah yang panggil, Ina tolong angkat ajelah.”
“Yelah. Mak pergi panggil.” Aku pun angkatlah hidangan yang mak dah siapkan ke taman. Aku tengok baba memang dah ada kat meja. Aku pun letak dan hidangkanlah untuk baba. Dan aku juga tahu, baba tak kan ajak aku makan bersama dengan dia. Mama pun macam tu. Rasa aku macam tak berguna je kat rumah ni. Kesempatan dah datang.
“Baba, Saufa nak minta izin. Saufa ingat nak pergi jalan-jalan kat mana-mana cuti sekolah ni. Baba bagi tak Saufa pergi?” tanyaku penuh debaran. Minta-minta bolehlah.
“Nak pergi mana? Dengan siapa?”
“Seoranglah kot. Ingat nak ajak abang tapi, mungkin abang banyak kerja.”
“Apa yang dia nak?” Tanya mama, angkuh. Mama lupa kot yang aku ni anak mama juga. Aku juga ada perasaan.
“Entah. Nak holiday katanya. Minta izin. Hah awak tak ke mana-mana? Boleh lah pergi dengan Saufa. Dia tak berteman.” Cara baba cakap ngan mama macam dah boleh je. Tapi mama macam mana pula.
“Tak kuasa saya. Kakak kan nak bertunang lagi sebulan. Banyak kerja saya nak buat. Kalau nak bercuti sangat biar dia pergi seorang. Kalau nak minta ditemankan, jangan diizinkan.” Hah, dah dekat nak boleh dah ni. Sikit je lagi.
“Tak pe ma, Saufa boleh pergi sorang. Saufa kan dah besar.” Aku terus melobi untuk mendapat keizInan baba dan mama.
“Sukatilah Saufa. Comformkan bilik dan tempatnya. Nanti kalau ada masalah apa-apa senang.” Izin baba.
“Thanks baba. Thank you a lot. Love you.” Sahut ku riang. Tangan baba dan mama ku salam lalu ku cium. Tanda terima kasih aku. masuk je dapur. Mak ku peluk erat dan pipi mak ku cium berkali-kali.
“Hai anak mak sayang. Apa yang gembira sangat ni?” Tanya mak sangsi.
“Baba ngan mama bagi Ina gi holiday, mak.”
“Ina nak pergi mana?”
“Ina ingat nak pergi port dikson jer mak. Nak pergi jauh-jauh mana Ina ada duit. Lainlah kalau mama ngan baba nak support.”
“Heh banyak cantik muka. Awak yang nak pergi berjalan. Tanggung la sendiri. Sibuk nak pergi sana sini macam dah bergaji jer. Sedar awak tu belajar lagi. Baba lagi yang tanggung awak tu. Jangan nak mengada-ngada mintak abang duit pulak. Kalau mama dapat tau, siap lah Saufa.” Sergah mama. Lantang. Aduh, salah ngomong pulak. Apalah nasib diri dihamun macam tu. Depan mak pula tu. Buat malu jer. Mama berlalu pergi. Serentak itu mak aku peluk erat dan air mata yang aku tahan didepan mama mengalir laju menuruni lekuk pipi aku.
“Mak, apa salah Ina mak?” Tanyaku sendu.
“Sabarlah Ina. Allah bersama-sama dengan orang yang sabar. Insyaallah, suatu hari nanti kita akan tau kenapa mama Ina bersikap macam tu. Dah kesat air mata tu. Tak baik anak dara menangis macam ni.” Pujuk mak seraya mata ku dikesat lembut.
“Tolong mak masak makan malam nak? Malam ni ada tamu kakak nak datang. Mak tak mula masak lagi ni. Kalau Ina tolong mak, cepat sikit mak masak.”
Air mata yang bersisa aku kesat lembut. Aku tersenyum hambar pada mak.
“Terima kasih mak. Setiap kalinya, mak aje lah yang akan menenangkan hati Ina.. tamu? Kakak nak bawak boyfriend dia ke?”
“Ye, kakak kata satu kelurga lelaki tu akan datang malan nanti. Sekadar berkenal-kenalan.”
“Ok, Saufa tolong mak masak. Kita nak masak apa ni mak? Tomyam putih nak mak?”
“Mak ingat nak masak ayam panggang. Kita buat nasi ayam panggang lah.”
Mama tak pernah kata tidak pada masakan mak. Kalau ada tamu mak yang akan tentukan menu. Mama tak kisah sebab mama tahu, mak akan masak sesuatu yang istimewa.
Sudah terhidang lima jenis masakan mak yang dibantu oleh aku. Sedapnya. Harap-harap tamu kakak suka makanan ni. Kakak dah bersiap berdandan cantik. Blouse pink dipadankan dengan skirt labuh berwarna hitam. Rambut disanggul tinggi. Persis model. Kakak merenung aku lama.
“Takkan nak makan dengan tamu dengan pakaian macam ni? Pergilah tukar baju. Mandi. Solat sekali.”
“Ok, kakak, you are so beautiful lady tonight.” Puji ku ikhlas. Lantas aku berlalu ke bilik untuk mandi, solat dan bersedia menyambut tetamu kakak. Aku memilih kemeja pendek hijau dan dipadankan dengan skirt bawah lutut berona sama. Rambut aku ikat satu dan aku memakai pelembab bibir.
Tetamu sudah sampai ketika aku turun. Bakal mak dan ayah mertua kakak aku salam. Aku sekadar tunduk hormat kearah lelaki yang duduk di sofa berangkai.
“Semua dah ada. Marilah kita menjamu selera. Sudi-sudilah menikmati apa yang disediakan malam ni. Jangan malu, kita bukan siapa-siapa lagi.” Aku lihat kakak tersipu malu. Kami pun bergerak ke meja makan untuk menikmati hidangan yang telah mak dan aku sediakan.

0 comments: