BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Glitter Text
Make your own Glitter Graphics

24 June 2009

episod 18

Saufa sakinah
Aku merasakan ada yang tak kena dengan perhubungan kami. Aku bahagia selama ini. Berbulan kami hidup bersama segala-galanya damai, tenang tak berkocak. Tapi aku merasakan segala sentuhan Faqeh bukan dengan cinta. Entah aku tak tahu bagaimana untuk menggambarkan segala-galanya. Aku tak tahu apa yang diperlukan lagi oleh Faqeh. Segala-galanya telah aku berikan, aku tatang dia bagai minyak yang penuh. Aku belai dia dengan penuh rasa cinta dan sayang. Aku merasakan sentuhannya saban malam hanya sebagai memenuhi rasa tanggung jawab. Adakah aku belum dapat cintanya lagi? Kadang kala aku hairan, dia termenung di jendela melihat anak-anak jiran bermain, ku kira dia sunyi dan telah ku khabarkan bahawa dia juga bakal punya anak. Tetapi kelazimannya tak pernah berubah, bahkan bertambah. Asalkan ada waktu terluang, termenung jadi santapan mindanya. Apa yang ada difikirannya tidak dapat ku baca.
Usai peperiksaan, Faqeh pula diberi cadangan oleh Along Hakim untuk mengambil alih jawatannya sebagai yang utama di dalaam syarikat kami, Derilma Sdn Bhd. Apa yang merasuk Faqeh aku tak tahu, dengan serta merta surat perletakkan jawatan sebagai guru dihantar. Apa yang dicari? Kami hidup damai selama ini. Mengapa harus mengambil keputusan untuk kembali ke tempat asal? Tempat yang pernah menghancur lumatkan hati kami. Perkahwinan yang bakal berlansung dalam masa tiga bulan lagi membawa kami pulang ke Kuala Lumpur menolong persiapan perkahwinan. Hatiku berdetak hebat. Bagaikan ada yang akan berlaku selepas ini.
“Saufa, buaat apa tu? Tolong mummy gubah hantaran ni.” Panggilan mummy membuatkan aku tersentak. Jauh benar aku mengelamun.
“Ye my. Saufa datang ni.” Aku berlalu ke ruang rehat yang di jadi tempat kerja mama menyiapkan hantaran Along Hakim. Aku dulu, tak ada hantaran, tak ada kenduri kendara. Kahwin koboi kata orang. Tetapi perkahwinan inilah yang membela aku daripada jatuh dan rebah menyembah bumi. Perkahwinan yang tiada langsung kenangan pada tarikh aku di ijab kabulkan inilah yang memberikan aku kebahagian. Memberikan aku kesempatan menjadi isteri kepada lelaki yang ku puja. Memberikan aku kesempatan menjadi ibu, menjadi wanita yang lengkap fitrahnya sebagai seorang wanita.
Faqeh ke pejabat, belajar apa yang patut sebelum semuanya diserahkan kepadanya. Along Hakim akan berpindah dan bekerja dengan baba. Perniagaan yang dahulunya di terajui oleh along hakim kini bakal beralih kepada suamiku. Perniagaan yang dahulunya di terajui oleh Dato’ Fauzuki noor akan beralih tampuk kepada hakim alias bin tuan Muhammad.
“Mummy tengok Saufa ok je. Tak macam mummy dulu, morning sickness sampai bulan keempat. Dah tiga bulan dah kan kandungan Saufa tu? mummy gembira sangat, mummy nak dapat menantu dalam masa tiga bulan lagi, and soon, mummy dapat cucu pulak.” Mummy memecah ruang sepi antara kami. Aku yang sedang tekun menggubah sejadah untuk dijadikan hantaran hanya tersenyum mendengar omelan mummy.
“My, Saufa nak tanya sikit boleh?” tanyaku lembut. Mummy memandang tepat kearah ku. Isyarat matanya menyuruh bertanya.
“Tak adalah, pada mummy, perasaan bercinta tu bagaimana?”
“Cinta? Feeling yang buat kita rasa di awang-awangan. Perasaan yang membuatkan kita rasa bertanggungjawab atas segalanya, membuat kita jadi manusia yang takut, takut kehilangan. Cinta selalu pendorong bagi segala sebab yang kita lakukan untuk orang yang kita cintai. Bagi mummy, cukup sekadar kita bahagia dengan cara kita sendiri dan tidak mengongkong orang yang kita cintai. Kenapa tiba-tiba tanya pasal cinta ni? Saufa jatuh cinta?” soal mummy lembut. Tangannya mendarat diatas bahuku. Membelai lembut rambut ku bak ibu yang bergitu mengasihi dan mrindui anaknya.
“Mummy rasa, Faqeh cintakan Saufa tak?” soalku perlahan.
“Kenapa tanya macam tu? Faqeh ada buat sesuatu dekat Saufa ke?”
“Tak adalah mummy, Saufa cuma tanya. Saufa rasa macam Faqeh tak cintakan Saufa. Dia berada dengan Saufa cuma kerana tanggungjawab dia. Sebab Saufa isteri dia.”
“Saufa kenapa fikir macam tu? Kalau dia tak cintakan Saufa, takkan ada anak ni.” Perlahan perutku diusap oleh mummy. Aku memeluk mummy dengan seribu satu macam perasaan yang tak dapat aku nak gambarkan. perbualan kami terhenti disitu apabila azan asar mencecah pendengaran kami. Aku berlalu ke bilik dengan perasaan yang sarat dengan sangsi. Aku mengambil wuduk dan menunaikan solat asar. Ku sambung dengan solat sunat. Semoga perasaan gundah gulana tadi hilang.


Faqeh Irman.
“Faqeh, balik dah? Papa dengan along mana?” soal mummy daripada pagoda. Aku mendekati mummy, menyalami dan mencium pipi mummy. Kebiasaan yang tak dapat aku buang. Aku tidak pernah memperlakukan Saufa sebegini pun, walaupun aku outstation.
“Papa dengan along jumpa klien. Papa pesan tadi, dia tak makan kat rumah.” Ku lihat mummy hanya mengangguk lembut. Senyuman yang terukir di bibir mummy, hambar. Bagai ada perkara yang menganggu. Apalah agaknya yang tak kena ni? Lain macam je muka mummy kesayanganku ini.
“Mummy, kenapa ni my? Ada yang tak kena ke?” soalku lembut. Aku mengambil tempat disebelah mummy. Cawan yang kosong ku isi dengan kopi buatan Mak Jah. Aku mencicip perlahan kopi yang masih berasap di dalam cawan. Sedap…
“Faqeh cintakan Saufa?” kenapa soalan mummy berkaitan dengan cinta?
“Cinta? Kenapa pulak mummy tanya soalan macam ni? Kalau tak cinta takkan lah mummy bakal dapat cucu.” Jawab ku dengan senyuman di bibir. Soalan yang ku kira kelakar pada pendengaran ku.
“Bersama dengan perempuan, bukan ertinya semata-mata kerana cinta. Kemungkinan sebab nafsu ataupun mungkin hanya satu tanggung jawab.”
Aku hanya mengeluh perlahan mendengar hujah mummy. Betul apa yang mummy cakap tu, tapi kenapa topik itu dibincangkan sekarang? Saat aku masih tak sedia menceritakan segala-galanya. Mummy menyambung kata.
“Faqeh, mummy bukan nak masuk campur dalam rumah tangga Faqeh, tapi mummy dapat rasakan yang Faqeh hanya sayangkan Saufa. Bukan cintakan Saufa. Faqeh tak nak cerita dengan mummy?” mummy merenung tepat ke dalam anak mata aku. Buat aku terkedu. Rahsia yang kusimpan utuh jauh di dalam hati bagai dapat di baca oleh mummy. Aku menghela nafas panjang sebelum menyusun kata.
“My, dia isteri Faqeh. Faqeh sayang dia. Dia memang baik dan Faqeh beruntung mendapatkan dia. Tapi perlukah rasa cinta dalam hati untuk sesuatu perkahwinan?” aku membalas kata-kata mummy lembut. Mummy hanya terdiam mendengar tingkahku.
“Perkahwinan Faqeh dengan dia bukan kerana cinta, kerana terpaksa. Faqeh dah cuba untuk mencintai dia tapi, Faqeh tak mampu. Dia memang baik, isteri terbaik, tapi Faqeh tak merasa getaran bila bersama dengan dia. Rasa sayang memang ada. Dia tanggung jawab Faqeh. Mummy, tak payah fikir bukan-bukan ye.” Jawabku. Aku dengan yakin meluahkan isi hatiku kepada mummy yang mengandungkan aku, membesarkan aku melakukan apa sahaja untuk aku, tanpa aku ketahui ada yang terluka mendengar kata-kataku.
“Faqeh dah besar, dah nak jadi papa dah. Fikirlah baik-baik. Jangan lukakan hati Saufa. Dia baik. Dia dah cukup terluka. Biarkan dia mengecapi bahagia.” Kata-kata mummy meresap jauh kedalam sudut hati aku. Perbincangan kami hanya sampai di situ apabila aku meminta izin untuk berlalu. Mummy ku tinggalkan. ‘Saufa maafkan abang.’ Hanya itu yang mampu aku ucapkan. Bukan aku tak mencuba tetapi aku memang tak mampu untuk mencintai Saufa. Solat asar ku tunaikan, aku berteleku lama di atas sejadah. Memikir dan mencari jawapan. Aku hanya bangun apabila matahari terbenam di ufuk barat.
Kami menunaikan solat magrib dan isyak bersama-sama. Sungguh aku lapang dengan keadaan ini. Doa kami panjang malam itu. Aku berdoa lafaz yang sama dengan sebelumnya. Aku pohon dengan air mata. Penyesalan yang teramat.
Usai solat, kami turun makan bersama mummy. Sambil kami berehat didalam bilik, aku mengusap perut Saufa lembut, bertanya akan keperluannya jika tiada. Bertanyakan aktivitinya hari ini. Bertanyakan tentang makanannya, tentang amalnnya untuk anak aku. Dan akhirnya aku mengalah apabila hatiku mendesak bertanyakan tentang cinta kepadanya. Apakah dia tahu perasaan yang hadir dalaam hatiku hanya perasaan sayang bukan cinta. Aku hanya ingin menguji apa yang terkandung jauh di dalam sudut hati isteriku ini.
“Sayang, apa ertinya cinta pada sayang?” soalku perlahan.
“Cinta? Perasaan yang membuatkan Saufa bahagia. Abang bahagia tak dengan Saufa?”
“Bahagia. Abang bahagia sangat hidup dengan Saufa. Terima kasih untuk semuanya. Kebahagian ini dan anak ini.” ucapku penuh ikhlas. Perlahan tangan Saufa ku kucup lembut. Aku ikhlas, tetapi hatiku bagaikan kosong tiada berisi. Apa lagi yang aku inginkan? Aku punya segala-gala yang aku mahu.
“Abang. Nanti nak tidur tutup lampu ye. Saufa mengantuk. Nak tidur dah ni.” Aku hanya mengangguk.
“Ok, good nite abang. Assalamualaikum.”
“Waalaikumsalam.”

0 comments: