BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Glitter Text
Make your own Glitter Graphics

30 January 2010

episod 29

Faqeh irman.


Wajah itu tak pernah berubah walau bertahun-tahun telah berlalu. Masih still ayu, masih cantik dan jelita, masih lagi manja renungan matanya, tapi satu yang bertambah, kanta mata. Menunjukkan kematangan sebagai wanita berkejaya dan yakin. Sungguh jantung aku bagaikan tak menjalankan tugasnya apabila aku terpandang wajah mulus itu. Sungguh, aku rindu dia.

“Abang, taknak tido lagi ker?” teguran aina membawa aku kembali ke jalan yang benar. Menghadap realiti dihadapan bukan mengulit fantasi. Lalu dengan perlahan tangan aina ku pimpin ke mahligai beradu kami. Anak-anak telah lama di ulit mimpi indah. Walau sudah bertahun-tahun, sungguh wajah itu tak pernah aku lupa. Tak pernah aku tinggalkan dalam memoriku. Alangkah bagusnya kalau dia datang dan kembali dalam hidup aku seperti dulu. Menghiasi hidupku dengan penuh warna-warna yang indah, sentiasa membuai perasaan dan tak pernah berpaling dari ku.

Sambil menemani aina tidur, aku terus membezakan antara dua gadis dalam hidup aku ini. Satu yang menemani ku bertahun-rahun dan satu laginya pernah singgah tetapi membawa satu kenangan yang indah, tapi aku yang buta menilai cinta gadis itu. Mulia sungguh gadis yang singgah dalam hidup aku dulu, membawa kecerian segenap hati dan ruang rumah kedua orang tuaku. Sehinggakan saat aku mengabaikan dia, dia masih mengikuti perkembangan aku dan sesuatu yang aku tak pernah sangka, sanggup gadis yang polos itu menandatangani surat izin poligami. Memang dia gadis terhebat tapi kehebatan dia tak dapat menandingi cinta ku terhadap aina.

Aina anak gadis kelahiran melaka, cantik dan matang. Menarik dan terlalu berdikari. Perkenalan pertama di majlis perkahwinan along hakim memutik cinta antara kami. Dari saat itu, dengan perkenalan yang sangat singkat, aku menikahi aina saat saufa bertarung nyawa melahirkan zuriatku yang pertama. Aku khayal terhadap cinta yang tak pernah aku alami selepas aku ditinggal oleh Manja. Aku lupa ada terhadap zuriat yang menjadi tanggung jawabku. Aina bergitu menarik sehinggakan aku tak pernah lalai terhadap dia. Cinta aku terhadap aina hanya mati yang dapat memisahkan.

Biarlah orang nak berkata apa, aku tahu apa yang hati aku mahu. Selama bertahun ni tak pernah sesiapa dalam keluarga aku atau pun keluarga mertua kami yang menyentuh atau membangkitkan tentang saufa. Bertahun-tahun aku cuba melupakan saufa, melindungi kebenaran daripada aina, siapa sebenarnya gadis yang yang sanggup berkongsi suami. Tapi aku tahu aku gagal. Aku masih tetap teringat padanya, keletah manjanya, malunya ketika kami bersatu dahulu. Nakalnya dirumah dan disekolah, tak pernah hilang dari kotak fikiranku ini. Sungguh rindu ini tak pernah hilang.



Saufa sakinah.



“Ain, cepat turun sarapan. Karang lambat pergi sekolah.”

“Jap mama, ain tak jumpa gunting. Ain lupe ain letak kat mana semalam. Mak tolong ain.” Jerit anak kecil dari tingkat atas.

“Apa lagi la ain ni, semalam tak nak kemas pagi ni baru nak kelam kabut. Tak per mak biar ina tengok ain.” Halangku apabila mak ingin membantu ain di atas. Aku berlalu ke tingkat atas dan membaantu ain mencari gunting yang di missplace kan. Akhirnya gunting yang di cari berada di bawah meja.

“Ain, ni bukan gunting ain ke? Mama selalu pesan apa?” soalku tegas.

“Maaf ma, ain tak sengaja. Malam tadi ain mengantuk sangat. Tak sempat nak kemas buku. And that gunting maybe jatuh mase ain nak masuk tidur semalam kot.” Muka polos ain aku tenung sayang.

“Mama tak marah, mama cume taknak ain cuai. Masa tu kan emas. Ain pun blaja kan tu kat sekolah?”

“Ye ma. Maafkan ain ye, ain tak buat lagi dah.” Redup mata anak itu memandang aku memohon kemaafan atas kesalahnya.

“Lain kali jangan buat lagi tau. Jom, ari ni mama anta ain pegi sekolah. Nanti balik sekolah mama jemput kita pegi makan kat McD.” Ujarku lembut sambil kami beriringan ke tingkat bawah untuk bersarapan.

“Mama tak keje ker?” laju mulut anak itu bertanya.

“Tak. Mama nak bawak anak mama yang manja ni pergi jalan-jalan petang nanti, sebab nanti hujung minggu mama nak pegi outstation. Nanti anak mama rindu kat mama pulak.”

“Yes, mama nanti kita g toy’r’us tau. Nak barbie yang macam dalam tv tuh.”

“Mak kata kan tak baik bawak anak patung masuk dalam rumah.” Sampuk mak.

“Tau, nanti malaikat tak masuk rumah.” Jawab ain perlahan.

“Pandai pun. Makan cepat karang lewat.” Kata-kata mak membuat aku dan ain menutup mulut dan menghabiskan sarapan di pinggan. Tu tandanya mak dah marah. Timbul niat nakal ku ingin mengusik mak yang bermuka serius. Sehabis sarapan, aku mengenyit mata ke arah ain, dan seperti biasa, aku menghampiri mak dan menyalami mak. Memeluk mencium mak, bergitu juga ain. Dan pagi bertambah ceria dengan jeritan latah mak apabila aku mencucuk perlahan pinggang mak. Aku dan ain berlari anak ke kereta untuk mengelak dari di bebel oleh mak.

“Ina, ain, nanti balik tau lah mak nak buat apa dengan korang. Oo, kenekan mak yer.” Jeritan mak ku balas dengan ketawa. Satu lagi pagi yang ceria.

0 comments: