BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Glitter Text
Make your own Glitter Graphics

30 January 2010

episod 30

Faqeh irman.




Janji ku kepada aina yang sarat itu untuk membawa mereka berjalan. Kami memilih parkson untuk mengakhiri hari ini. Kebetulan aku mahu mencari kemeja baru. Aku memilih kemeja lengan panjang berwrna coklat muda, warna kegemaran aku dan saufa satu ketika dulu. Masih kah dia meminati coklat? Sedang aku memilih untuk kemeja yang kedua ku lihat aina bersembang dengan ceria dengan seseorang yang membelakangi ku. Aku menghampiri kumpulan itu. Ada anak kecil yang manis dan wanita yang cantik di situ. Siapa ye. Hati berdetak laju.

“Tu dia suami kak aina. Saufa tak pernah jumpa kan?”

“Tak kak, akak kawin pun saufa tak tahu.”

Aku tersenyum lebar sambil menghampiri aina. Ku peluk pinggang isteri ku manja.

“Tu lah, tak ada siapa pun di rumah yang menjawab tentang saufa. Dah lama dah akak kawin. Ni anak yang ke-4 dah. Insyaalah sebulan lagi.” Sahut aina ceria sambil mengosok perut. Lantas aku memandang siapa yang di panggil saufa oleh aina. Mata bertentang mata, jantung ku tak menjalankan tugasnya, sedangkan muka gadis cantik itu tetap selamba, menghulurkan senyuman tanda perkenalan.

“Alhamdullillah. Jangan lupa bagitau saufa nanti bile dah deliver baby baru ni.” Senyuman itu tampak ikhlas. Aku terkaku, diam membisu. Aku telah melupakan kemeja coklat muda yang memikat hati ku tadi.

“Ni anak siapa? Cantiknya dia.” Soal aina.

“Anak saufa la kak. Amira nurain. Salam aunti and uncle sayang.” Pinta gadis cantik itu kepada anknya. Anak itu menurut kata. Tangan aina diambil dan di cium begitu juga tangan aku. Cantik muka, budi bahasa anak ini walaupun baru 7-8 tahun ku kiranya umurnya. Anak saufa dengan siapa. Hati ku merintih pilu.

“Kak ini no telefon saufa, apa-apa hal nanti akak telefon la saufa yer. Saufa dah janji dengan ain nak makan McD. Saufa pergi dulu yer.”

“Saufa, Saufa tak nak balik rumah ke? Kenalkan anak dan suami pada mama dan baba? Dah bertahun saufa tak balik. Balik lah jenguk diorang. Apa-apa pun diorang tetap mama dan baba saufa.” Aku cuma melihat dia tersenyum pahit sebelum dia merangkul aina, memeluk kejap dan menyalami serta mencium tangan isteriku itu. Dengan perlahan dia beransur pergi tanpa pamitan. Ku lihat mata aina basah. Perlahan isteriku mengesat air mata yang berjuraian keluar.

“kenapa ni sayang. Siapa tu?”

“Sedih. Adik Atiya. Aina dah anggap dia macam adik aina sendiri. Dah lama aina tak jumpa dia. Rindu sangat.” Ujarnya perlahan. Aku sekadar memejam mata bagai menanggung kesalahan yang berat.

“Dah la tuh, mama tak mau la sedih-sedih macam ni. Nanti baby cengeng.”ujar ku memujuk hatinya. Lantas ku pegang tangan aina membawa dia pergi. Aku dah lupa pasal kemeja lengan panjang berwarna coklat muda kegamaran aku dan aina dahulu. Aku berlalu sambil memikir anak siapa itu. Anak manis itu memikat hatiku dengan cepatnya. Manis, manja dan berbudi bahasa.

Usai makan malam, usai menidurkan anak, usai mendodoikan ina, aku berlalu keluar, memikirkan persoalan yang satu itu. Anak siapa dengan saufa sakninah yang ke jumpa tadi. Pada pandangan kasarku anak itu mirip sangat dengan saufa. Apa selama bertahun-tahun ini saufa telah bernikah lain? Hati ku tak keruan. Resah tak terkata. Cemburu, mungkin itu yang utama mungkin. Sedih kerana dengan senang dia berlakon bagaikan tak pernah mengenali aku. Sakit hati aku bagai di hiris sembilu. Tetapi mata anak yang di gelar amira nurain itu seperti seseorang. Amira nurain? Bukankah itu nama anak kami? Anak yang aku tinggalkan tanggung jawab yang patut aku galas terhadap saufa. Anak yang tak ku sambut kelahirannya.

Ya Allah besar sungguh keagungan-Mu Ya Allah. Menemukan aku dengan anak yang ku rindu. Aku bersyukur. Dengan sedikit gopoh aku berlalu ke bilik air untuk berwuduk dan sujud syukur. Akhirnya aku jumpa semula dengan saufa dan anak ku. Aku ingin menebus kembali masa yang hilang bersama anak ku itu. Dia membesar menjadi anak gadis yang baik dan berbudi bahasa. Saufa tak lalai dalam mendidik anak. Ya Allah, aku bersukur pada mu ya Allah.

0 comments: