Faqeh irman.
Pangilan telefon yang ku terima awal tengah hari tadi membuat jantung ku hampir jatuh. Aku hanya mendengar Aina jatuh tangga, cepat datang HKL. Sejurus itu aku langsung ke mari. Keadaan jalan raya yang sesak membuat aku hampir hilang kawalan diri. Mujur masih ada lagi kesabaran di dalam diri. Sampai disana, mummy dan papa sedia menanti di luar dewan bedah. Hati ku berdegup laju menahan rasa tidak senang yang bertandang. Aku memeluk mummy, meminjam kekuatan. Papa hanya menepuk-nepuk belakang ku memberi kekuatan.
Aku menanti dengan penuh kesabaran. Mulut ku tidak pernah berhenti dari mengalunkan kalimah-kalimah Allah untuk meredakan perasaan ku. Zikir dan Yassin jadi mainan bibir semasa menunggu. Dari detik ke minit, dari minit ke jam, aina masih di dalam dan kesabaran aku bagaikan sudah menipis. Mataku tidak lekang dari memandang pintu dewan bedah. Beberapa ketika kemudian, Kamal, rakan di universiti dahulu, diikuti dengan jururawat keluar dari dewan bedah yang menempatkan aina safiah. Aku dengan pantas menerpa.
“Kamal macam mana dengan isteri aku?”
“Bawa bersabar Faqeh. I dont think that she can survive. Dia mengalami tumpah darah.”
“Kau merepek apa ni Kamal. Aina akan selamat. Aku tau.” Ujarku sedikit gementar.
“Kau merepek apa ni Kamal. Aina akan selamat. Aku tau.” Ujarku sedikit gementar.
“Aku nak tengok dia. Bagi aku tengok dia.” Ujarku bagaikan orang gila. Sungguh aku tak tahu apa yang akan terjadi jika aina betul-betul meninggalkan aku keseorangan di sini dengan anak-anak. Apa yang patut aku lakukan. Aku di bawa ke dalam dewan bedah yang menempatkan aina. Wajah pucat lesi aina aku tatap penuh rasa sayang. Tangan aina ku kucup penuh rasa kerinduan. Terima kasih ya Allah kerana memberi dia kepada aku. Terima kasih ya Allah kerana kau mengurniakan kami zuriat. Terima kasih ya Allah.
“Aina sayang. Abang ni aina.”
“Abang. Aina sakit abang. Sakit sangat.”
“Sakit kenapa aina? Sakit kat mana tunjuk kat abang.” Lantas aina memegang dada nya.
“Kenapa sakit kat situ?” soalku pelik. Orang baru lepas bersalin sakit kat dada ke? Aina hanya memdiamkan diri. Desah nafas yang ku dengar semakin pendek. Jangan lah Kau ambil dia dari aku ya Allah.
“Abang... aina dah tahu semua. Aina tahu siapa dia selama ni yang aina rampas hak nya. Aina bersalah bang. Aina rasa bersalah yang teramat. Dia seorang yang pernah bergelar adik pada aina.” Aku hanya mendiamkan diri. Sungguh aku tak pernah tahu cerita ini.
“Abang. Dalam diari aina ada dua pucuk surat buat abang dan juga saufa. Tolong sampaikan pada saufa. Berserta maaf sekali. Sampaikan maaf aina pada semua. Aina sayang abang. Jaga anak kita baik-baik ye.” aina bagaikan menyatakan hasrat terakhir nya. Dengan suara tersekat-sekat dan tenggelam timbul tidak sukar bagi aku untuk memahami apa yang dikatakan. Semua yang ada bagaikan memahami apa yang dikatakan.
“Ajarkan aina mengucap faqeh.” suruh papa. Aku membisikkan kalimah syahadah ke telinga aina. Pegangan aina juga semakin longgar dan akhirnya terkulai.
“Ya Allah.” Kamal datang sejurus kemudian dan memeriksa nadi aina. Dia hanya memegang bahuku sambil menggeleng. Aku hanya tertunduk lesu. Ya Allah, dari kau dia datang, kepada kau juga dia kembali. Inilah ujian yang paling perit. Orang yang paling aku cinta pergi dahulu meninggalkan aku dengan zuriat yang masih merah.
Acara pengkebumian telah selesai. Anak-anak sibuk bertanya kenapa mama ada dalam tanah? Aku hanya diam membisu seribu bahasa. Kenyataan yang datang belum lagi dapat aku terima. Bukan mudah untuk aku menjaga anak-anak seorang diri seramai orang, dengan irfan naufal yang masih bayi lagi. Kekuatan mana yang harus aku pinjam agar hati ini berhenti dari menidakkan kenyataan? Dari mana hendak ku carikan manusia yang bergelar perempuan untuk aku sandarkan harapan dalam menjaga dan mendidik anak-anak aku dan aina. Kepada siapa harus aku nyatakan hasrat hati yang tak mungkin orang lain akan faham.
‘Ya Allah sungguh berat ujian yang kau berikan kepada aku yang Allah. Sesunggunya engkau la yang maha mengetahui apa yang terjadi di langit dan bumi. Engkau jualah yang menentukan hidup aku sebagai hamba mu. Ya Allah kau berikan lah aku kekuatan, keberanian dan kefahaman terhadap apa yang telah terjadi dalam hidup ku.’