BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Glitter Text
Make your own Glitter Graphics

30 January 2010

episod 30

Faqeh irman.




Janji ku kepada aina yang sarat itu untuk membawa mereka berjalan. Kami memilih parkson untuk mengakhiri hari ini. Kebetulan aku mahu mencari kemeja baru. Aku memilih kemeja lengan panjang berwrna coklat muda, warna kegemaran aku dan saufa satu ketika dulu. Masih kah dia meminati coklat? Sedang aku memilih untuk kemeja yang kedua ku lihat aina bersembang dengan ceria dengan seseorang yang membelakangi ku. Aku menghampiri kumpulan itu. Ada anak kecil yang manis dan wanita yang cantik di situ. Siapa ye. Hati berdetak laju.

“Tu dia suami kak aina. Saufa tak pernah jumpa kan?”

“Tak kak, akak kawin pun saufa tak tahu.”

Aku tersenyum lebar sambil menghampiri aina. Ku peluk pinggang isteri ku manja.

“Tu lah, tak ada siapa pun di rumah yang menjawab tentang saufa. Dah lama dah akak kawin. Ni anak yang ke-4 dah. Insyaalah sebulan lagi.” Sahut aina ceria sambil mengosok perut. Lantas aku memandang siapa yang di panggil saufa oleh aina. Mata bertentang mata, jantung ku tak menjalankan tugasnya, sedangkan muka gadis cantik itu tetap selamba, menghulurkan senyuman tanda perkenalan.

“Alhamdullillah. Jangan lupa bagitau saufa nanti bile dah deliver baby baru ni.” Senyuman itu tampak ikhlas. Aku terkaku, diam membisu. Aku telah melupakan kemeja coklat muda yang memikat hati ku tadi.

“Ni anak siapa? Cantiknya dia.” Soal aina.

“Anak saufa la kak. Amira nurain. Salam aunti and uncle sayang.” Pinta gadis cantik itu kepada anknya. Anak itu menurut kata. Tangan aina diambil dan di cium begitu juga tangan aku. Cantik muka, budi bahasa anak ini walaupun baru 7-8 tahun ku kiranya umurnya. Anak saufa dengan siapa. Hati ku merintih pilu.

“Kak ini no telefon saufa, apa-apa hal nanti akak telefon la saufa yer. Saufa dah janji dengan ain nak makan McD. Saufa pergi dulu yer.”

“Saufa, Saufa tak nak balik rumah ke? Kenalkan anak dan suami pada mama dan baba? Dah bertahun saufa tak balik. Balik lah jenguk diorang. Apa-apa pun diorang tetap mama dan baba saufa.” Aku cuma melihat dia tersenyum pahit sebelum dia merangkul aina, memeluk kejap dan menyalami serta mencium tangan isteriku itu. Dengan perlahan dia beransur pergi tanpa pamitan. Ku lihat mata aina basah. Perlahan isteriku mengesat air mata yang berjuraian keluar.

“kenapa ni sayang. Siapa tu?”

“Sedih. Adik Atiya. Aina dah anggap dia macam adik aina sendiri. Dah lama aina tak jumpa dia. Rindu sangat.” Ujarnya perlahan. Aku sekadar memejam mata bagai menanggung kesalahan yang berat.

“Dah la tuh, mama tak mau la sedih-sedih macam ni. Nanti baby cengeng.”ujar ku memujuk hatinya. Lantas ku pegang tangan aina membawa dia pergi. Aku dah lupa pasal kemeja lengan panjang berwarna coklat muda kegamaran aku dan aina dahulu. Aku berlalu sambil memikir anak siapa itu. Anak manis itu memikat hatiku dengan cepatnya. Manis, manja dan berbudi bahasa.

Usai makan malam, usai menidurkan anak, usai mendodoikan ina, aku berlalu keluar, memikirkan persoalan yang satu itu. Anak siapa dengan saufa sakninah yang ke jumpa tadi. Pada pandangan kasarku anak itu mirip sangat dengan saufa. Apa selama bertahun-tahun ini saufa telah bernikah lain? Hati ku tak keruan. Resah tak terkata. Cemburu, mungkin itu yang utama mungkin. Sedih kerana dengan senang dia berlakon bagaikan tak pernah mengenali aku. Sakit hati aku bagai di hiris sembilu. Tetapi mata anak yang di gelar amira nurain itu seperti seseorang. Amira nurain? Bukankah itu nama anak kami? Anak yang aku tinggalkan tanggung jawab yang patut aku galas terhadap saufa. Anak yang tak ku sambut kelahirannya.

Ya Allah besar sungguh keagungan-Mu Ya Allah. Menemukan aku dengan anak yang ku rindu. Aku bersyukur. Dengan sedikit gopoh aku berlalu ke bilik air untuk berwuduk dan sujud syukur. Akhirnya aku jumpa semula dengan saufa dan anak ku. Aku ingin menebus kembali masa yang hilang bersama anak ku itu. Dia membesar menjadi anak gadis yang baik dan berbudi bahasa. Saufa tak lalai dalam mendidik anak. Ya Allah, aku bersukur pada mu ya Allah.

episod 29

Faqeh irman.


Wajah itu tak pernah berubah walau bertahun-tahun telah berlalu. Masih still ayu, masih cantik dan jelita, masih lagi manja renungan matanya, tapi satu yang bertambah, kanta mata. Menunjukkan kematangan sebagai wanita berkejaya dan yakin. Sungguh jantung aku bagaikan tak menjalankan tugasnya apabila aku terpandang wajah mulus itu. Sungguh, aku rindu dia.

“Abang, taknak tido lagi ker?” teguran aina membawa aku kembali ke jalan yang benar. Menghadap realiti dihadapan bukan mengulit fantasi. Lalu dengan perlahan tangan aina ku pimpin ke mahligai beradu kami. Anak-anak telah lama di ulit mimpi indah. Walau sudah bertahun-tahun, sungguh wajah itu tak pernah aku lupa. Tak pernah aku tinggalkan dalam memoriku. Alangkah bagusnya kalau dia datang dan kembali dalam hidup aku seperti dulu. Menghiasi hidupku dengan penuh warna-warna yang indah, sentiasa membuai perasaan dan tak pernah berpaling dari ku.

Sambil menemani aina tidur, aku terus membezakan antara dua gadis dalam hidup aku ini. Satu yang menemani ku bertahun-rahun dan satu laginya pernah singgah tetapi membawa satu kenangan yang indah, tapi aku yang buta menilai cinta gadis itu. Mulia sungguh gadis yang singgah dalam hidup aku dulu, membawa kecerian segenap hati dan ruang rumah kedua orang tuaku. Sehinggakan saat aku mengabaikan dia, dia masih mengikuti perkembangan aku dan sesuatu yang aku tak pernah sangka, sanggup gadis yang polos itu menandatangani surat izin poligami. Memang dia gadis terhebat tapi kehebatan dia tak dapat menandingi cinta ku terhadap aina.

Aina anak gadis kelahiran melaka, cantik dan matang. Menarik dan terlalu berdikari. Perkenalan pertama di majlis perkahwinan along hakim memutik cinta antara kami. Dari saat itu, dengan perkenalan yang sangat singkat, aku menikahi aina saat saufa bertarung nyawa melahirkan zuriatku yang pertama. Aku khayal terhadap cinta yang tak pernah aku alami selepas aku ditinggal oleh Manja. Aku lupa ada terhadap zuriat yang menjadi tanggung jawabku. Aina bergitu menarik sehinggakan aku tak pernah lalai terhadap dia. Cinta aku terhadap aina hanya mati yang dapat memisahkan.

Biarlah orang nak berkata apa, aku tahu apa yang hati aku mahu. Selama bertahun ni tak pernah sesiapa dalam keluarga aku atau pun keluarga mertua kami yang menyentuh atau membangkitkan tentang saufa. Bertahun-tahun aku cuba melupakan saufa, melindungi kebenaran daripada aina, siapa sebenarnya gadis yang yang sanggup berkongsi suami. Tapi aku tahu aku gagal. Aku masih tetap teringat padanya, keletah manjanya, malunya ketika kami bersatu dahulu. Nakalnya dirumah dan disekolah, tak pernah hilang dari kotak fikiranku ini. Sungguh rindu ini tak pernah hilang.



Saufa sakinah.



“Ain, cepat turun sarapan. Karang lambat pergi sekolah.”

“Jap mama, ain tak jumpa gunting. Ain lupe ain letak kat mana semalam. Mak tolong ain.” Jerit anak kecil dari tingkat atas.

“Apa lagi la ain ni, semalam tak nak kemas pagi ni baru nak kelam kabut. Tak per mak biar ina tengok ain.” Halangku apabila mak ingin membantu ain di atas. Aku berlalu ke tingkat atas dan membaantu ain mencari gunting yang di missplace kan. Akhirnya gunting yang di cari berada di bawah meja.

“Ain, ni bukan gunting ain ke? Mama selalu pesan apa?” soalku tegas.

“Maaf ma, ain tak sengaja. Malam tadi ain mengantuk sangat. Tak sempat nak kemas buku. And that gunting maybe jatuh mase ain nak masuk tidur semalam kot.” Muka polos ain aku tenung sayang.

“Mama tak marah, mama cume taknak ain cuai. Masa tu kan emas. Ain pun blaja kan tu kat sekolah?”

“Ye ma. Maafkan ain ye, ain tak buat lagi dah.” Redup mata anak itu memandang aku memohon kemaafan atas kesalahnya.

“Lain kali jangan buat lagi tau. Jom, ari ni mama anta ain pegi sekolah. Nanti balik sekolah mama jemput kita pegi makan kat McD.” Ujarku lembut sambil kami beriringan ke tingkat bawah untuk bersarapan.

“Mama tak keje ker?” laju mulut anak itu bertanya.

“Tak. Mama nak bawak anak mama yang manja ni pergi jalan-jalan petang nanti, sebab nanti hujung minggu mama nak pegi outstation. Nanti anak mama rindu kat mama pulak.”

“Yes, mama nanti kita g toy’r’us tau. Nak barbie yang macam dalam tv tuh.”

“Mak kata kan tak baik bawak anak patung masuk dalam rumah.” Sampuk mak.

“Tau, nanti malaikat tak masuk rumah.” Jawab ain perlahan.

“Pandai pun. Makan cepat karang lewat.” Kata-kata mak membuat aku dan ain menutup mulut dan menghabiskan sarapan di pinggan. Tu tandanya mak dah marah. Timbul niat nakal ku ingin mengusik mak yang bermuka serius. Sehabis sarapan, aku mengenyit mata ke arah ain, dan seperti biasa, aku menghampiri mak dan menyalami mak. Memeluk mencium mak, bergitu juga ain. Dan pagi bertambah ceria dengan jeritan latah mak apabila aku mencucuk perlahan pinggang mak. Aku dan ain berlari anak ke kereta untuk mengelak dari di bebel oleh mak.

“Ina, ain, nanti balik tau lah mak nak buat apa dengan korang. Oo, kenekan mak yer.” Jeritan mak ku balas dengan ketawa. Satu lagi pagi yang ceria.

17 January 2010

episod 28

Saufa sakinah.


“Mama, mama ni naper? Ain panggil mama dah banyak kali.” Terkejut aku mendengar suara tinggi daripada Ain.

”Ain, mama cakap apa? Dengan orang tua jangan tinggi suara. No matter what. Ain belajar apa kat sekolah? Belajar nak tinggi suara kat mama ke?” Ain mampir dan memeluk aku daripada belakang.

“Ain mintak maaf. Ain cuma nak mintak tolong mama untuk buat kerja ni. Ain panggil mama banyak kali tapi mama tak jawab. Mama janganlah marah Ain” memang anak ini pandai mengawal kemarahan dan kesedihan aku.

“Mama tak marah ain. Mama terkejut dengar suara ain kuat sangat tadi. Maafkan mama ye.” Ain, permata hati. Menyakiti dia ibarat membunuh aku, melihat air mata dia ibarat melukakan aku. Anak yang jadi peneman dan pengubat rindu aku kepada semua di masa silam aku. Sungguh anugerah yang tak ternilai setelah aku melalui segala-galanya dengan sengsara.

“Dah, Ain buat kerja sekolah tu. Mama pergi buat hot choc tuk ain. Nanti mama tolong buat kerja sekolah tuh.” Pujuk ku meleraikan rasa resah di hati anakku.

“Ok, sayang mama. Tengkiu mama.” Aku turun ke dapur.

“Ina, kenapa ni? Mak dengar ina marah ain tadi ye?” sapaan mak mengejutkan aku.

“Urm ina tak sengaja.”

“Ina ada masalah ke?”

“Kenapa mak tanya ina macam tu? Muka ina ada nampak macam orang bermasalah ke?” soalku kembali.

“Mak tengok daripada Ina balik tadi, asyik menung je. Mak panggil banyak kali pun Ina tak dengar. Ina ada masalh kerja ke? Mari dudduk sini, cerita dengan mak.” Lembut suara mak memujuk aku.

“Tak ada apa-apa lah mak. Ina ok je. Mak tak nampak ni?” aku mempamerkan senyuman dengan gaya yang melucukan. “Mak jangan risau ye.” Potong ku sebelum aku berlalu menyudahkan hot choc kegemaran aina. Setelah meminta izin dari mak, aku kembali ke atas.

08 January 2010

tq to all...

Kepada semua peminat saufa sakinah, tq bebanyak la bagi support selama ni. Buat semua, cerita ini terpaksa di HOLD sebentar atas alasan kesibukan kuliah dan kekurangan idea. sesiapa yang ada idea extra tuh buleh la tolong su untuk menyudahkan n3 ini. penat dah pikir dah berbulan tapi idea tentang si saufa ni tak keluar jugak...
jangan sedih ye, insyaallah, su akan keluar dengan idea yang lebih dalam mase berehat ni.