BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Glitter Text
Make your own Glitter Graphics

24 June 2009

episod 18

Saufa sakinah
Aku merasakan ada yang tak kena dengan perhubungan kami. Aku bahagia selama ini. Berbulan kami hidup bersama segala-galanya damai, tenang tak berkocak. Tapi aku merasakan segala sentuhan Faqeh bukan dengan cinta. Entah aku tak tahu bagaimana untuk menggambarkan segala-galanya. Aku tak tahu apa yang diperlukan lagi oleh Faqeh. Segala-galanya telah aku berikan, aku tatang dia bagai minyak yang penuh. Aku belai dia dengan penuh rasa cinta dan sayang. Aku merasakan sentuhannya saban malam hanya sebagai memenuhi rasa tanggung jawab. Adakah aku belum dapat cintanya lagi? Kadang kala aku hairan, dia termenung di jendela melihat anak-anak jiran bermain, ku kira dia sunyi dan telah ku khabarkan bahawa dia juga bakal punya anak. Tetapi kelazimannya tak pernah berubah, bahkan bertambah. Asalkan ada waktu terluang, termenung jadi santapan mindanya. Apa yang ada difikirannya tidak dapat ku baca.
Usai peperiksaan, Faqeh pula diberi cadangan oleh Along Hakim untuk mengambil alih jawatannya sebagai yang utama di dalaam syarikat kami, Derilma Sdn Bhd. Apa yang merasuk Faqeh aku tak tahu, dengan serta merta surat perletakkan jawatan sebagai guru dihantar. Apa yang dicari? Kami hidup damai selama ini. Mengapa harus mengambil keputusan untuk kembali ke tempat asal? Tempat yang pernah menghancur lumatkan hati kami. Perkahwinan yang bakal berlansung dalam masa tiga bulan lagi membawa kami pulang ke Kuala Lumpur menolong persiapan perkahwinan. Hatiku berdetak hebat. Bagaikan ada yang akan berlaku selepas ini.
“Saufa, buaat apa tu? Tolong mummy gubah hantaran ni.” Panggilan mummy membuatkan aku tersentak. Jauh benar aku mengelamun.
“Ye my. Saufa datang ni.” Aku berlalu ke ruang rehat yang di jadi tempat kerja mama menyiapkan hantaran Along Hakim. Aku dulu, tak ada hantaran, tak ada kenduri kendara. Kahwin koboi kata orang. Tetapi perkahwinan inilah yang membela aku daripada jatuh dan rebah menyembah bumi. Perkahwinan yang tiada langsung kenangan pada tarikh aku di ijab kabulkan inilah yang memberikan aku kebahagian. Memberikan aku kesempatan menjadi isteri kepada lelaki yang ku puja. Memberikan aku kesempatan menjadi ibu, menjadi wanita yang lengkap fitrahnya sebagai seorang wanita.
Faqeh ke pejabat, belajar apa yang patut sebelum semuanya diserahkan kepadanya. Along Hakim akan berpindah dan bekerja dengan baba. Perniagaan yang dahulunya di terajui oleh along hakim kini bakal beralih kepada suamiku. Perniagaan yang dahulunya di terajui oleh Dato’ Fauzuki noor akan beralih tampuk kepada hakim alias bin tuan Muhammad.
“Mummy tengok Saufa ok je. Tak macam mummy dulu, morning sickness sampai bulan keempat. Dah tiga bulan dah kan kandungan Saufa tu? mummy gembira sangat, mummy nak dapat menantu dalam masa tiga bulan lagi, and soon, mummy dapat cucu pulak.” Mummy memecah ruang sepi antara kami. Aku yang sedang tekun menggubah sejadah untuk dijadikan hantaran hanya tersenyum mendengar omelan mummy.
“My, Saufa nak tanya sikit boleh?” tanyaku lembut. Mummy memandang tepat kearah ku. Isyarat matanya menyuruh bertanya.
“Tak adalah, pada mummy, perasaan bercinta tu bagaimana?”
“Cinta? Feeling yang buat kita rasa di awang-awangan. Perasaan yang membuatkan kita rasa bertanggungjawab atas segalanya, membuat kita jadi manusia yang takut, takut kehilangan. Cinta selalu pendorong bagi segala sebab yang kita lakukan untuk orang yang kita cintai. Bagi mummy, cukup sekadar kita bahagia dengan cara kita sendiri dan tidak mengongkong orang yang kita cintai. Kenapa tiba-tiba tanya pasal cinta ni? Saufa jatuh cinta?” soal mummy lembut. Tangannya mendarat diatas bahuku. Membelai lembut rambut ku bak ibu yang bergitu mengasihi dan mrindui anaknya.
“Mummy rasa, Faqeh cintakan Saufa tak?” soalku perlahan.
“Kenapa tanya macam tu? Faqeh ada buat sesuatu dekat Saufa ke?”
“Tak adalah mummy, Saufa cuma tanya. Saufa rasa macam Faqeh tak cintakan Saufa. Dia berada dengan Saufa cuma kerana tanggungjawab dia. Sebab Saufa isteri dia.”
“Saufa kenapa fikir macam tu? Kalau dia tak cintakan Saufa, takkan ada anak ni.” Perlahan perutku diusap oleh mummy. Aku memeluk mummy dengan seribu satu macam perasaan yang tak dapat aku nak gambarkan. perbualan kami terhenti disitu apabila azan asar mencecah pendengaran kami. Aku berlalu ke bilik dengan perasaan yang sarat dengan sangsi. Aku mengambil wuduk dan menunaikan solat asar. Ku sambung dengan solat sunat. Semoga perasaan gundah gulana tadi hilang.


Faqeh Irman.
“Faqeh, balik dah? Papa dengan along mana?” soal mummy daripada pagoda. Aku mendekati mummy, menyalami dan mencium pipi mummy. Kebiasaan yang tak dapat aku buang. Aku tidak pernah memperlakukan Saufa sebegini pun, walaupun aku outstation.
“Papa dengan along jumpa klien. Papa pesan tadi, dia tak makan kat rumah.” Ku lihat mummy hanya mengangguk lembut. Senyuman yang terukir di bibir mummy, hambar. Bagai ada perkara yang menganggu. Apalah agaknya yang tak kena ni? Lain macam je muka mummy kesayanganku ini.
“Mummy, kenapa ni my? Ada yang tak kena ke?” soalku lembut. Aku mengambil tempat disebelah mummy. Cawan yang kosong ku isi dengan kopi buatan Mak Jah. Aku mencicip perlahan kopi yang masih berasap di dalam cawan. Sedap…
“Faqeh cintakan Saufa?” kenapa soalan mummy berkaitan dengan cinta?
“Cinta? Kenapa pulak mummy tanya soalan macam ni? Kalau tak cinta takkan lah mummy bakal dapat cucu.” Jawab ku dengan senyuman di bibir. Soalan yang ku kira kelakar pada pendengaran ku.
“Bersama dengan perempuan, bukan ertinya semata-mata kerana cinta. Kemungkinan sebab nafsu ataupun mungkin hanya satu tanggung jawab.”
Aku hanya mengeluh perlahan mendengar hujah mummy. Betul apa yang mummy cakap tu, tapi kenapa topik itu dibincangkan sekarang? Saat aku masih tak sedia menceritakan segala-galanya. Mummy menyambung kata.
“Faqeh, mummy bukan nak masuk campur dalam rumah tangga Faqeh, tapi mummy dapat rasakan yang Faqeh hanya sayangkan Saufa. Bukan cintakan Saufa. Faqeh tak nak cerita dengan mummy?” mummy merenung tepat ke dalam anak mata aku. Buat aku terkedu. Rahsia yang kusimpan utuh jauh di dalam hati bagai dapat di baca oleh mummy. Aku menghela nafas panjang sebelum menyusun kata.
“My, dia isteri Faqeh. Faqeh sayang dia. Dia memang baik dan Faqeh beruntung mendapatkan dia. Tapi perlukah rasa cinta dalam hati untuk sesuatu perkahwinan?” aku membalas kata-kata mummy lembut. Mummy hanya terdiam mendengar tingkahku.
“Perkahwinan Faqeh dengan dia bukan kerana cinta, kerana terpaksa. Faqeh dah cuba untuk mencintai dia tapi, Faqeh tak mampu. Dia memang baik, isteri terbaik, tapi Faqeh tak merasa getaran bila bersama dengan dia. Rasa sayang memang ada. Dia tanggung jawab Faqeh. Mummy, tak payah fikir bukan-bukan ye.” Jawabku. Aku dengan yakin meluahkan isi hatiku kepada mummy yang mengandungkan aku, membesarkan aku melakukan apa sahaja untuk aku, tanpa aku ketahui ada yang terluka mendengar kata-kataku.
“Faqeh dah besar, dah nak jadi papa dah. Fikirlah baik-baik. Jangan lukakan hati Saufa. Dia baik. Dia dah cukup terluka. Biarkan dia mengecapi bahagia.” Kata-kata mummy meresap jauh kedalam sudut hati aku. Perbincangan kami hanya sampai di situ apabila aku meminta izin untuk berlalu. Mummy ku tinggalkan. ‘Saufa maafkan abang.’ Hanya itu yang mampu aku ucapkan. Bukan aku tak mencuba tetapi aku memang tak mampu untuk mencintai Saufa. Solat asar ku tunaikan, aku berteleku lama di atas sejadah. Memikir dan mencari jawapan. Aku hanya bangun apabila matahari terbenam di ufuk barat.
Kami menunaikan solat magrib dan isyak bersama-sama. Sungguh aku lapang dengan keadaan ini. Doa kami panjang malam itu. Aku berdoa lafaz yang sama dengan sebelumnya. Aku pohon dengan air mata. Penyesalan yang teramat.
Usai solat, kami turun makan bersama mummy. Sambil kami berehat didalam bilik, aku mengusap perut Saufa lembut, bertanya akan keperluannya jika tiada. Bertanyakan aktivitinya hari ini. Bertanyakan tentang makanannya, tentang amalnnya untuk anak aku. Dan akhirnya aku mengalah apabila hatiku mendesak bertanyakan tentang cinta kepadanya. Apakah dia tahu perasaan yang hadir dalaam hatiku hanya perasaan sayang bukan cinta. Aku hanya ingin menguji apa yang terkandung jauh di dalam sudut hati isteriku ini.
“Sayang, apa ertinya cinta pada sayang?” soalku perlahan.
“Cinta? Perasaan yang membuatkan Saufa bahagia. Abang bahagia tak dengan Saufa?”
“Bahagia. Abang bahagia sangat hidup dengan Saufa. Terima kasih untuk semuanya. Kebahagian ini dan anak ini.” ucapku penuh ikhlas. Perlahan tangan Saufa ku kucup lembut. Aku ikhlas, tetapi hatiku bagaikan kosong tiada berisi. Apa lagi yang aku inginkan? Aku punya segala-gala yang aku mahu.
“Abang. Nanti nak tidur tutup lampu ye. Saufa mengantuk. Nak tidur dah ni.” Aku hanya mengangguk.
“Ok, good nite abang. Assalamualaikum.”
“Waalaikumsalam.”

episod 17

Faqeh Irman.
‘Alahai, kopak lah aku bulan ni. Barang dapur je dah sampai RM 300++. Nasib baik aku tak bayarkan baju-baju dia masa kat mid valley tadi. Kalau tak maunya aku pengsan kat situ jugak tadi. Ne yang aku nak jadi enemy dengan dia ni. Hish, benci betulah, ingat aku ni buat duit ke?’
Ni yang lemah seluruh badan aku ni, dah tak bermaya dah ha. Nak makan apa hujung bulan nanti? Makan pasir? Agak-agaklah berbelanja pun.
“Dahlah, jom kita balik. Karang kalau duduk lagi kat sini bankrap saya awak buatkan.” Saufa hanya menganggukkan kepala tanda setuju. ‘Aah memang lah setuju, dah dok perabih duit aku. Nak bagi belanja sekolah kat kau lagi.’
Pening kepala aku. Ni yang kene pikir banyak kali ni. Nak berhenti ke tak nak. Tolong Along Hakim kat pejabat lagi lumayan gaji aku. Tapi jadi cikgu ni cita-cita aku daripada kecil.
“Cikgu marah saya ke?” pertanyaan Saufa memecah segala monolog dalaman ku.
“Nak marah pun tak guna. Dah jadi. Lagipun, awakkan dah biasa dengan duit, jadi saya tak boleh nak salahkan awak juga. Saya ni cikgu biasa baru graduate tak sampai lima tahun pun, berapa sangat gaji saya. Tapi saya minta, tolong lah berjimat. Gaji saya yang ada nilah nak bayar duit sewa rumah, duit kereta, duit makan minum kita lagi. Duit belanja awak lagi. Segala jenis bil lagi nak kena bayar. Duit simpanan tuk awak nak belajar lagi.”
“Maafkan saya kalau saya dah susahkan cikgu. Saya ni memang menyusahkan orang je. Ke mana-mana saya pergi semua orang susah kerana saya.” Jawabnya sayu.
“Dahlah tu. jangan menangis pulak. Saya ni tak reti nak memujuk perempuan menangis.”
Setengah jam kemudian kami sampai ke rumah sewa aku. Disebabkan oleh hari dah malam, tak dapatlah kami ambil barang-barang Saufa dekat rumah tok dia. Masalahnya esok. Dia nak pergi sekolah melenggang aje ker? Takkan nak suruh ponteng. Dah berapa hari dia ponteng dan berapa hari pulak aku bercuti. Macam mana nak buat ni? Macam mana apanya, kalau aku nak suruh Saufa pergi sekolah pun takkan nak pakai jeans dengan tee. Ingat ni sekolah kat luar negara ke. Ponteng lagi lah nampaknya budak bertuah ni. Tak per lah esok balik sekolah, aku pergi ambil barang-barang dia kat rumah tok dia.
“Saufa, dah solat belum nih? Dah pukul berapa ni? Dah nak habis dah magrib ni.”
“Saya tak boleh sembahyang lagilah. Tak ingat ke?” balas Saufa. Lemah.
“Oh, tak boleh lagi ye? Opss, sorry. Tapi ni kenapa pulak ni? Tadi ok je, ni muka pucat ni. Awak sakit apa pulak ni?” Soalku cemas. Dah kenapa pulak dengan budak ni, tadi ok je, la ni, muka macam ayam berak kapur je. Macam-macam masalah lah pulak. Janganlah buat hal lagi Saufa. Dalam diam-diam hati aku berdoa supaya musibah menjauhi dia.
“Tak ada apalah cikgu. Saya sakit perut je. Senggugut. Ada minyak panas tak?” Perlahan bibir comel itu menuturkan kata. Pulak dah apa aku nak buat ni.
“Ada, ada kejap saya ambilkan.” Aku berlalu ke bilik mengambil minyak panas untuk Saufa. minyak panas yang disapu tadi membawa kesan kekurangan. Ku kira. Kelegaan yang tertera di wajahnya membuatkan aku mengurut dada perlahan. Azan yang berkumandang dikaca television membawa aku ke alam nyata. Mata yang sedari tadi merenung wajah polos Saufa yang telah tertidur beralih ke kaca television. Aku berlalu menunaikan solat isyak.
Doa dan wiridku panjang sekali malam itu. Aku memohon agar Allah menjaga rumah tangga aku. Agar Allah menambahkan rasa cinta aku kepada Dia. Agar Allah menetapkan hati aku hanya untuk Saufa. Aku mengakui, masih sukar ku pupuk rasa cinta di hati, walaupun bertahun aku menjejaki. Mungkin rasa tanggungjawab yang menebal buat aku tak betah tiada Saufa di sisi aku. Aku juga berharap agar segala masalah yang timbul dapat di atasi dengan sebaik-baiknya.
Seusai solat aku berlalu melihat Saufa di ruang depan, tapi sufa tiada. Aku berlalu ke bilik ku dan ku lihat Saufa damai di atas katil, berselimut. Nyenyak nampaknya anak gadis ini. Aku berlalu menyiapkan segala keperluan untuk esok. Baju dan peralatan mengajar. Setelah ku siapkan, aku berlalu ke bilik dan merebahkan badan di sebelah Saufa dan terlena. Hanya bangun setelah jam menunjukkan pukul 6.30 pagi. Rutin harian berlangsung lagi. Entah mengapa aku merasa lagi selesa dan gembira, mungkin sebab dia ada di sisiku.
Segala-galanya berlangsung seperti biasa. Damai, tenang tak beriak. Hidup kami bagaikan air sungai yang mengalir tanpa henti. Tiada masalah sehingga Saufa menduduki peperiksaan STPM dan yang paling menyenangkan aku, mummy dan papa, Saufa hamil 2 bulan. Along hakim dengan Kak Atiya masih merancang untuk mendirikan rumahtangga. Ku akui, walau macam mana aku cuba untuk mencintai dia, aku gagal. Aku cuma ada rasa sayang bukan rasa cinta. Walaupun benih aku sedang membesar dan membentuk satu umat Muhammad yang lain di dalam rahim dia. Apa yang aku cari aku tak tahu. Saufa memang isteri terbaik. Apa yang aku perlukan semua jadi keutamaan kepada dia. Aku memang tak sangka anak gadis kota metropolitan, membesar dalam taburan duit menjadi seorang anak gadis yang lengkap serba serbi. Bukan sahaja cekap di dapur bahkan bijak menangani segala-gala dalam rumah tangga. Masa dibahagi dengan baik sekali. Antara pelajar dan isteri orang, Saufa melakukan yang terbaik. Aku sendiri tak tahu apa yang aku cari. Jiwaku kosong ibarat padang pasir. Tiada berair, tiada berpohon. Sedangkan aku memerlukan sesuatu yang dapat menghiburkan aku. Aku akui anak yang dikandung menjadi bukti rasa cinta tetapi aku cuma menganggap itu satu tanggung jawab aku sebagai suami yang patut aku penuhi.

episod 16

Faqeh Irman
Perlahan wajah merah Saufa ku pandang. Aku tahu dia cuba untuk menahan tangisan. Aku mengagak yang dia tidak pernah mengalami perasaan yang bergini bersama keluarga dia. Kesiannya. Lagi kesian kat aku karang, alahai kopaklah poket. Mesti minah ni pakai barang-barang branded. Tak main lah yang cikai-cikai. Takkan nak tenyeh kad credit kot. Matilah aku nak bayar hujung bulan nanti.
Selesai sarapan kami berlalu dari ruang makan, berehat-rehat. Tepat jam sepuluh nanti kami akan pergi untuk menghabiskan duit yang tak berapa nak cukup bulan ni. Matilah aku. Nak makan apa hujung bulan nanti. Takkan nak mintak along kot. Jatuhlah maruah aku. ‘Come on , Faqeh fikir-fikir. Macam mana nak buat solution untuk money yang tak berapa nak cukup dalam poket ni.’
Sambil aku dok memikir kat dalam bilik ni, Saufa masuk dengan sepasang baju. Baju mummy la tu. Nasib baiklah badan mummy tu solid molid. Buatnya badan mummy macam badan Mak Jah, teruk lah. Dan, nasib baik jugak badan aku ni kecik molek sedikit lah. Ye ke? Ntah-ntah badan dia yang besar sikit kot. Hehehe… Apa lah yang engkau mengarut ni Faqeh? Jam menunjukkan sembilan setengah. Alamak, aku tak siap lagi, kang sebulan mummy membebel belum tentu habis. Bab-bab shopping ni, mummy memang on time (benda lain pun mummy on time jugak, saja nak buat spekulasi sikit…). Lambat pulak perempuan ni bersiap. Berjam dalam bilik air buat apa lah agaknya.
“Cik Saufa sakinah, cepatlah, saya nak masuk toilet ni. Kang lambat, membebel pulak mummy tu.”
Serentak itu, Saufa keluar dengan skirt labuh dan kemeja rona serupa. Kaler fovourite teman tuh, kaler hijo. Ne yang buat teman rase terpaku tak bergorak-gorak ni. Aku mengelengkan kepala. ‘Hish Faqeh, apalah yang merapu cakap perak pepagi bute ni? Ni penangan Saufa lah ni. Alahai comel, cantik, lawa, kiut miut bini aku ni. Kang terberanak juga perempuan ni aku buat karang.’ -Jangan tiru ayat ni bagi yang budak-budak dibawah 18 tahun dan mereka yang masih belum bernikah.- Hehehe… cakap dalam hati je lah. Ego kene tunjuk, macho mesti di jaga. Aku berlalu ke toilet. Saufa masih lagi di depan meja solek masa aku dah siap pakai baju. Menyisir rambut yang hampir separas pinggang tu. Alangkah indahnya kalau rambut yang keperang-perangan itu ditutup dengan jilbab. Angan-angan ajelah kot buat sementara waktu ni. Sebelum mataku terbeliak melihat Saufa mengenakan scarf di kepala. Macam boleh baca je apa dalam kepala otak aku ni. Bahaya ni. Cantik pulak. Walaupun scarf tu tak menutup sepenuhnya rambut yang keperang-perangannya itu.
Usai bersiap. Kami turun ke bawah menanti yang lain. Nak Jalan-jalankan. Mestilah best. Tapi sat g kopaklah poket aku. Mummy ni pulak ajak g mid valley. Cuba lah ajak pergi masjid India ke? Sehelai baju kat mid valley tu boleh dapat tiga helai baju kat masjid India. Selamat duit aku. Tak perlah.
Along naik kereta ngan papa dan mummy. Aku naik kereta aku lah. Mestilah dengan Saufa. Ahad, sesak doh kat KL ni. Malasnya nak drive. Bersesak-sesak. Kang kat mid valley bukan satu hal lagi dah, dua, tiga hal pulak kang.
“Cantik baju.” Aku memulakan perbualan.
“Baju mummy. Saya mana ada baju.”
“Taulah baju mummy, tapi padanlah dengan awak. Oklah tu. urm Saufa, abang nak cakap sikit ni.”
Dia mengangkat kening, tanda menyoal.
“Nanti jangan pilih baju mahal-mahal ye, abang takut tak cukup duit nak bayarkan nanti. Lagipun taulah kan, mid valley, sehelai pun dah beratus.” Muka aku dah kebas ni. Malu… Cakap kat dia yang aku tak cukup duit.
“Tak per lah Saufa ada duitlah. Nanti Saufa keluarkanlah duit. Jangan risau lah. Beli sehelai dua untuk baju nak g jalan-jalan je. Baju duk umah, beli je kat Giant.” Brilliant. Selamat duit aku. Bukan apa aku cuma memikirkan masa depan.
“Abang minta maaf. Bukan abang tak berduit, ada duit tapi yelah, takut hujung bulan nanti tak tau nak makan apa. Kalau abang seorang tak per. Takkan abang nak bagi Saufa makan maggi kot. Duit Saufa tu simpan ajalah. Buat waktu sesak nanti.” Ujarku plastik. Ego kene tunjuk, macho ke jaga.
Kami membeli belah dengan happy. Nasib baik semua baju Saufa tenyeh kad credit papa. Mummy lah yang suruh. Papa pun mengangguk je. Aku pun ok je. Along Hakim senyum aje. Al-maklumlah dia pun dapat sepasang tuxsedo free. Papa belanja. Aku? aku dapat baju kemeja dengan tie. Saufa, tak payah cakap daripada luar ke dalam semua mummy tenyeh kad credit papa. Botaklah kepala papa hujung bulan ni. Aku senyum ajalah. Nak bantah, tak sanggup aku nak bayar semua tu. Saufa pun dah serba salah. Puas dia pujuk mummy, jangan beli yang mahal-mahal. Mummy buat tak tahu je. Yelah, mummy mana ada anak perempuan, nak tunggu along nikah lambat lagi. Saufalah dapat benefitnya.


Saufa sakinah.

Hailo mummy cukup-cukuplah tu. Botaklah papa nak bayar hutang kad credit hujung bulan nati. Beli banyak-banyak pun, bukan aku pakai sangat. Bukan pergi mana pun, pergi sekolah, balik duduk kat rumah. Takkan nak pakai lawa-lawa kot. Laki aku tu cikgu je mummy. Bukannya businessman macam Along Hakim tu. Kalau aku ikut jejak mummy, botaklah kepala suami aku tu. Aku hanya mampu membiarkan. Papa pun buat tak tau aje. At last tengok, tangan papa, mummy, aku, along, Faqeh penuh dengan barang-barang ‘kami’. ‘Kami’ means aku dengan mummy jer. Giler r shopping today. Kalah mama ngan Kak Atiya shopping.
“Jom mama belanja makan kat McD.” Kami bergerak ke Mcd. Selepas makan kami memilih untuk solat zuhur dimasjid berdekatan dan lepas tu baliklah. Kan aku dengan Faqeh dah nak balik perak.
“Seronok shopping tadi?” soal Faqeh, jengkel.
“Tak jugak. Sebab pakai duit orang. Bukan duit sendiri. Nanti kesian papa nak bayar hutang kad credit.” Jawabku lembut berbaur simpati. Aku seboleh-bolehnya menyabarkan diri. Aku sedar diri aku menumpang dekat rumah orang.
“Kemas lah apa yang patut, pukul enam karang kita gerak. Awal sampai kita singgah amik barang Saufa dulu. Parent Saufa dah izinkan Saufa amik barang-barang Saufa kat rumah tu.” Rasa macam nak melompat jer. Seronok sangat boleh amik barang-barang aku kat rumah tok. Nampaknya buat sementara ni aku tinggal dengan Faqeh dulu lah. Mana lagi aku nak duduk? Aku bukan ada siapa-siapa lagi. Redho ajerlah. Tanggungjawab yang sepatutnya aku pikul dua tahun lalu terpaksa aku galas sekarang. Ya Allah berikan aku kekuatan, keampunanan dan keredhoan-Mu dalam menjalani hidup sebagai seorang isteri yang solehah. Berikan aku jugak kesetian yang abadi terhadap suami aku dan berikan kami kehidupan yang baik dan diredhoi. Kalau di izinkan KAU ya Allah, aku berharap agar cinta kami biar sampai ke syurga-Mu.
Doa yang bermain dibibirku setelah aku di paksa menerima kenyataan yang aku bukan siapa-siapa lagi.
Tepat jam enam petang, kami bertolak pulang ke Perak. Perjalanan yang hanya ditemani sepi antara kami. Aku teringat muka mummy waktu melepaskan kami tadi. Merah. Macam nak menangis je. Hish, jahatnya mulut aku ni. Buat apa mummy nak menangis. Sayang sangat ke mummy kat Faqeh tu?
“Urm, cikgu nak tumpang tanya boleh tak?” soalku perlahan. Ketika itu kereta Faqeh sudah membelok melepasi tol Behrang. Katanya nak ke Family Mart, beli barang-barang dapur sebelum pulang ke rumah.
“Nak tanya apa?”
“Tak per ke saya duduk dengan cikgu ni? Takut cikgu tak selesa pulak.”
“Kalau awak tak duduk dengan saya awak nak duduk dengan siapa? Dah la tu, redhokan aje apa yang dah jadi, Allah Maha Mengetahui, Dia tahu apa yang terbaik untuk kita. Dah sampai pun, jom turun beli barang. Kat rumah saya tu tak ada barang. Semua dah habis. Ambil lah apa yang Saufa selalu beli. Saya bayar.” Di dalam pasar raya aku mengira-ngira barang yang patut aku beli.
‘Urm nak beli apa ya? Kalau ikut kepala otak aku ni banyak aku nak beli ni. Milo, teh, biskut, nescafe 3 in 1, beras, sardine, telur, gula, bawang, sos cili, kicap manis, kicap masin, perencah, urm, apa lagi ye? Ha, ‘roti kering’, sabun basuh, sabun mandi, shampoo dan lain-lain. Tengok berapa banyak barang aku amik, mengamuklah si Faqeh ni nak membayar. Tu lah tadi dok tinggalkan aku, pergi nak tengok baju konon. Bayar je lah ye cikgu Faqeh Irman.’
“Banyaknya awak ambil. Ni untuk stok setahun ker?” Faqeh mengelengkan kepala. Tak percaya dengan troli yang aku bawak tu. ye lah, mana tak nya, penuh satu troli dengan barang-barang. Muka kelat Faqeh waktu mengeluarkan duit yang tertera di mesin cash ku pandang lucu. Senang-senang je RM323.95 aku belanjakan dalam masa tak sampai sejam. Kata semua barang tak ada, aku belilah, takkan nak marah kot. Percaya atau tak bukan masalah aku… Hati aku ketawa riang tengok muka Faqeh macam ayam berak kapur masa bayar tadi. Itulah bagi lagi aku membeli belah. Siapa suruh. Aku kalau babbab barangan dapur ni expert sikit. Kalau bab-bab baju ke, kasut ke, alat mekap ke, aku kurang sikit. Yelah aku kan ikut mak je pergi shopping, bukan ikut mama. Kalau ikut mama macam Kak Atiya pandai lah aku nak shopping baju ke, kasut ke. Ni ikut mak, mestilah mak g shopping barang dapur. Tak kan lah mak nak pergi Suria KLCC pergi shoping ikan dengan sayur kot. Baju mak pun, baju kurung yang dia jahit sendiri. Baju aku pulak, abang yang belikan.

episod 15

Saufa Sakinah
Selesanya aku tidur, kat mana lah agaknya? Panas jer, selesa pulak tu. Kat mana lah aku agaknya ni? Perlahan-lahan aku bukak mata nak tengok aku ada kat mana. Tekejut besar bila aku sedar aku damai dalam pelukan lelaki yang bernama Faqeh Irman. Macam mana lah aku boleh lupa yang aku ada kat rumah dia ni? Apa yang jadi semalam membuatkan aku sedar, aku tak ada sesiapa selain lelaki yang memeluk aku ni. Aku anak yang terbiar. Aku tak ada duit, tak ada tempat tinggal, dan aku tak ada keluarga. Apalah yang akan jadi kalau Faqeh membiarkan aku, meninggalkan aku sendirian? Kat mana aku tidur malam tadi agaknya, jalanan?
‘Alahuakbar, Allah Maha Besar, mulai hari ini aku mesti menjalani hidup aku dengan apa yang ada. Belajar untuk menerima Faqeh dan cuba belajar untuk menjadi insan berguna di atas muka bumi Allah ini. Tingkatkan ilmu dunia juga akhirat.’
Azan subuh berkumandang menjengah telinga. Dah subuh, nak bangun mandi. Aku perlu mula hari ini dengan semangat yang baru. Eh, mamat ni tak reti nak bangun ke? Macam mana ni? Aku tak boleh bangun ni. Nak bangunkan tak sampai hati, macam penat sangat jer. Perlahan tangan Faqeh aku tolak dan aku berjaya jugak bangun. Hehehe, tidur macam baby. Agaknya kalah baby tu. Aku berlalu ke bilik air. Mandi dan bersiap. Pakai jelah baju malam tadi, aku mana ada baju lain. Usai aku bersiap, jarum jam menunjukkan enam setengah pagi. Faqeh tak bangun lagi ni. Tak solat ker? Nak kata uzur, takkan lah, bukannya dia perempuan.
“Cikgu bangun, dah pukul enam setengah dah ni. Cikgu tak solat ke?” eh, tarik selimut balik? Macam mana lah nak bimbing aku kalau diri sendiri pun tak terbimbing.
‘Haila, kekasih pujaan hati, tamau bangun ye, taulah aku nak buat apa. Hehehe, tak bangun lagi ye.’
Selimut yang menyelimuti Faqeh aku rentap kuat sebelum air sejuk dalam gayung aku curahkan perlahan. Sesaat kemudian, macam terkena kejutan elektrik Faqeh bangun dari pembaringan. Mata yang sedia ada bulat dibulatkan lagi. Terkejut aku.
“Opocot mak kau. Hantu mana yang bangun tak bagi salam ni. Ehh…” segera tangan yang menutup mulut, dan gayung tadi tercampak atas kepala Faqeh.
Kuk… “Aduh, sakit mummy.” Jerit Faqeh kuat. “Awak nak bunuh saya ker?” melengking suara guru muda itu memecah suasana dipagi hari. Alamak, dia dah marah lah. Pantas tangan aku mengosok kepala Faqeh, meniup mengurangkan kesakitan. Sambil mulut tak berhenti-henti memohon maaf. Ingatkan nak bergurau jer, tapi ini pulak jadinya.
“Nak kejut orang pun agak-agakla. Tak payah nak siram-siram. Kejut baik-baik tak boleh ke? Ni tak main siram-siram pulak. Ingat saya ni apa? Anak patung ke? Tak ada perasaan? Dah tak payah nak tiup-tiup, saya nak pergi solat. Awak dah siapkan? Tunggu apa lagi. Pergi turun bawah, tolong Mak Jah buat sarapan. Awak ingat awak princess ke kat dalam rumah ni?” pewhh, macam peluru yang tak berapa nak berpandu keluar daripada mulut dia. Pedas dan berapi. Semalam kononnye, sibuk bersayang-sayang, berabang-abanglah. Hari ni amik kau, segala jenis bahasa keluar. Terima aje lah, salah sendiri. Perlahan aku turun ke dapur, ingin membantu apa yang patut. Aku kenalah sedar diri, menumpang rumah orang. Ini hari ni, esok lusa tak tau lagi. Dah lah baju sehelai pun tak ada. Duit, ada baper ratus je kat dalam bank personal aku tu. Cukup ke tak ni? Ni kene buat part time ni.
“Assalamualaikum, Mak Jah, apa yang saya boleh tolong?” terkejut orang tua tu. Apalah aku ni hari ni, asyik dok nak mengejutkan orang je. Aku cuma tersenyum memandang Mak Jah.
“Waalaikumsalam, terkejut Mak Jah. Ingatkan siapa tadi. Kawan Faqeh rupanya. Nama apa ye? Maaflah Mak Jah ni pelupa orangnya.”
“Nama saya Saufa sakinah, panggil saya Saufa je. Mak Jah nak masak apa? Biar Saufa tolong.”
“Oh, Saufa. masak nasi lemak pagi ni. Si Faqeh tu minat benar dengan nasi lemak. Kalau dia balik tak sah kalau tak buatkan dia nasi lemak. Takut merajuk pulak. Lagipun dia bukan selalu balik ke sini. Oh ye, cakap-cakap, Saufa kenal mana dengan Faqeh ni?”
“Saya anak murid dia. Kenal masa saya tingkatan lima lagi tapi baru-baru ni jumpa balik kat sekolah yang cikgu baru tukar tu.”
“Oh macam tu ye? Tolong Mak Jah kopek ikan bilis ni lah. Nak buat sambal ikan bilis.”
Aku tersenyum dan mengangguk lembut ke arah Mak Jah. Leka aku membuat kerja sehingga tak sedar perempuan cantik semalam yang menggelarkan diri dia mummy ada kat belakang aku.
“Saufa, buat apa tu?” tanya perempuan cantik itu, lembut.
“Oh, err makcik, eh aunty, tengah kopek ikan bilis.” Sahut ku tergagap-gagap, tak tau nak panggil perempuan cantik ni apa. Manisnya senyuman dia. Terpana aku sebentar.
“Panggil mummy. Mummy ni mummy Faqeh. Panggil mummy ye Saufa. Urm pergilah basuh tangan tu, mummy ada hal nak cakap dengan Saufa.” pantas aku bangun dan membasuh tangan di singki. ‘Mummy, macam tak best je.’ Sempat lagi tu nak komen. Lantas tangan ku di tarik meninggalkan ruang dapur, memasuki bilik yang penuh dengan buku. ‘Bilik bacaan agaknya ni.’
‘Sekarang bermula lah sesi bersama ibu mertua. Jeng…jeng…jeng…’
“Saufa, meh duduk sebelah mummy ni. Mummy ada banyak benda nak tanya Saufa. Saufa tentu ingatkan? Kita berjumpa beberapa bulan yang lalu, makan malam bersama dengan family Saufa. Mummy minta maaf mummy tak tau yang Saufa ni dah nikah dengan Faqeh. Memang pada awalnya mummy sedih sangat, tapi mungkin ini ketentuaan Allah Yang Esa, membantu orang yang memerlukan. Along Hakim dah cerita semua pada mummy dengan papa. Tak sangka, Saufa dah lama jadi menantu di rumah ni. Dulu, mummy dengar pasal Saufa dua tahun lepas sewaktu, Faqeh masih bersama manja. Tentu Saufa ingat manja mariam kan?”
Mummy berhenti sejenak mengambil nafas dan menunggu jawapan aku bagi soalannya. Kepalaku yang sedikit menunduk ku angguk perlahan. Mummy mengambil nafas panjang sebelum menyambung percakapannya yang terhenti sebentar tadi.
“Macam-macam cerita Faqeh ceritakan tentang Saufa. Saufa macam tu, Saufa macam ni. Hari ni Saufa buat macam ni. Semalam Saufa ajak pergi situ lah. Semua pasal Saufa. Tak sangka Saufa seberani itu. Dan pernah terdetik di hati mummy untuk menjadikan Saufa menantu di rumah ini. Hanya Saufa yang boleh buat Faqeh yang manja tu impress dan tak boleh nak bantah apa Saufa cakap. Dia kata tak suka tapi dia ikut jugak apa yang Saufa cakap, ajak. Tapi sampai suatu masa Faqeh berhenti membicarakan tentang Saufa. Mummy tertanya-tanya kenapa? Boleh Saufa jawab mummy kenapa?”
Aku menarik nafas panjang sebelum menjawab soalan mummy.
“Semua salah Saufa, selepas di ijab kabulkan, Saufa menentang pernikahan kami, dan abang sedaya upaya menyingkirkan Faqeh daripada sini, Faqeh dihantar ke Kelantan tak lama kemudian dan Saufa dihantar ke perak. Rumah tok. Tak sangka jodoh kami kuat. Sehingga di pertemukan semula. Maafkan Saufa mummy, Saufa tak sepatutnya buat macam tu. Mungkin ini pengajaran yang tuhan nak bagi kat Saufa.” jawabku perlahan, sedaya upaya menahan air mata supaya tidak keluar daripada kolamnya.
“Semua orang buat salah. Manusia tak sesempurna mana. Alhamdullilah sekarang ni Faqeh dan Saufa kan dah bersatu balik. Mummy gembira sangat-sangat. Mummy harap, Saufa jangan buat macam tu lagi. Erm sepadan Saufa dengan baju Faqeh.”
Aku cuma tersenyum lembut. Tunduk merenung baju yang dipakai. Baju warna merah. Daripada atas kebawah semuanya merah.
“Esok sekolahkan? Petang ni Saufa balik ngan Faqeh ye? Nanti mummy cuba tanya parents Saufa, kalo Saufa boleh amik buku-buku sekolah dan baju-baju Saufa kat rumah tok Saufa dekat kampung. Sementara ni, redho je lah dengan apa yang ada. Faqeh tu manja sikit, jangan amik hati sangat apa yang dia buat dan cakap.” Cantiknya senyuman dia, tak hairan lah kalau Faqeh tu handsome. Ikut mummy la tu agaknya. Aku cuma mengangguk.
“Jom lah kita sarapan. Lepas ni boleh pergi beli baju dan keperluan Saufa yang lain. Nanti nak keluar tengok baju mummy muat tak dengan Saufa.”
Kami meninggalkan bilik bacaan dan berlalu ke ruang makan. Yang lain semua dah berada di situ. Lenggok mata Faqeh yang tajam memandang aku, aku sedar yang dia masih lagi marah dengan aku. Aku hanya menunduk dan berlalu duduk di sebelahnya. Maka riuhlah ruang makan, dengan gurauan anak beranak yang mencuit hati ku. Nasi lemak yang ku telan macam pasir, kesat.
“Faqeh lepas ni kita pergi shopping ye, beli barang Saufa. kesian dia tak berbaju.”
“Eh ni dia pakai baju ni. Mana pulak dia tak berbaju ni mummy. Ok mummy. Nak pergi pukul berapa? Nak pergi mana?” bersambung-sambung gelak dia dapat mengenakan aku.
“Faqeh nak balik perak pukul berapa?” soalan Faqeh dijawab dengan soalan oleh mummy.
“Malam lah kot. Tengoklah nanti petang macam mana.”
“Kalau macam tu kita keluar pukul 10 ajelah. Kita keluar ramai-ramai, lunch kat luar ajelah. Mummy teringinlah nak makan McD. Ok tak papa?” sahut mummy pantas. Kami yang lain hanya memandang dan mendengar butir bicara dua beranak ini.
“Along setuju. Mummy belanja lah macam tu?”
“Papa ok je, lama tak dating dengan mummy kamu. Lagi pun, kalau tak ikut, kad credit siapa yang nak di tenyehkan kat mall tu karang? Mummy kau orang ni alasan je nak beli barang-barang Saufa. Kejap lagi tengoklah barang siapa yang paling banyak.” Memerah muka mummy diusik sebegitu rupa.
“Papa ni. Jatuhlah standart mummy depan Saufa. Malulah mummy. Apa salahnya, mummy pun dah lama tak shopping. Setakat sesekali tu, tak luaklah duit papa yang berkepuk-kepuk tu. betul tak along?”
“Heherm… Betul-betul. Along setuju.” Anggukan along dengan suara yang dikecilkan ketika bercakap, mengundang gelak dan ketawa. Meniru suara ipin di dalam siri animasi upin dan ipin di tv9. Riuh sekali masa breakfast kami. ‘Aduhai hati bahagianya. Kalaulah aku yang mendapat bahagia sebegini, demi Allah, akulah orang yang paling bahagia.’
Aku cuma tersenyum. Sampai bila agaknya aku akan menderita sebegini rupa?

episod 14

Faqeh Irman
“Faqeh, dah sudah nanti bawak Saufa berehat. Dia tentu dah penat.” Aku hanya mengangguk lesu. Jam dinding hamper kepada 12. Mata aku mengantuk sangat ni. Cepat la cik Saufa oi.
“Dah Saufa? Abang dah mengantuk sangat-sangat ni. Mak Jah pun dah nak tidur tu. kesian dia, makan la cepat sikit.” Aku memujuk lembut.
“Dah, kalau cikgu ngantuk pergi lah tidur dulu. Saya nak kemas ni dulu nanti sayaa naik. Tapi saya nak dudk bilik mana?” lembut je suara Saufa ni. Aku ni dah lah kat awangawangan ni. Kaarang terlelap jugak aku kat sini karang.
“Kat bilik abang lah. Naik ikut tangga tu, belok kanan, naanti nampak bilik ada nama abang kat depan pintu tu. Nanti Saufa naiklah, abang dah ngantuk sangat ni.” Aku membiarkan Saufa mengemas bekas makanan kami tadi. Papa, mummy dengan Along Hakim semua dah tidur. Aku pun ngantuk sangat dah ni. Al-maklumlah penat. ‘Kesian kat bini aku tu.’ Apa lah yang akan jadi esok? Dapatkah mummy dengan papa terima kenyataan dan penyataan yang akan keluar daripada mulut aku nanti?
Pintu yang bilik ku tutup perlahan. Aku mengambil tuala dan berlalu ke bilik air untuk mandi dan bersolat. Sibuk-sibuk tadi lupa pulak nak solat isyak. Apalah yang lalai sangat aku ni? Macam mana nak jadi pemimpin yang baik dalam rumah tangga aku nanti? Solat pun tunggang terbalik, macam manalah aku nak jaga Saufa nanti? Dah la dia budak lagi. Baru 19 tahun. Entah cukup entah tidak 19 tahun lagi. Ya allah, restuilah kami dan tunjukkanlah kami ke jalan yang benar.
Usai solat, aku terus menunaikan solat hajat, supaya aku dan hidup keluarga aku direstui Allah. Aku berdoa panjang. Aku pinta agar, aku hidup dijalan yang diredhoi Allah, agar mummy dan papa diampuni Dia yang satu, supaya aku dapat menjalankan amanah dan tanggungjawab aku dengan sebaik-baiknya sebagai suami Saufa. Sebaik aku berpaling, mataku tertancap terus kepada Saufa yang hampir terlena dikerusi panjang. Mendung terlakar diwajahnya walaupun sedang tidur. Memang berat mata memandang tapi berat lagi bahu yang memikul. Aku cuma boleh membantu tapi tak dapat nak menyelami dan merasai perasaan yang berada jauh didalam hati dia. Perlahan bahu Saufa kutepuk. Mata yang terbuka keletihan. ‘Aduhai sayang, sabarlah.’
“Bangun lah, boleh solat tak? Kalau boleh pergilah mandi, nanti abang carikan telekung.”
“Saya… herm, saya… tak boleh solat la.”
“Tak perlah, pergilah mandi. Malam ni Saufa pakai baju abang dulu. Esok baru kita pergi beli baju baru.” Tuala ku keluarkan dalam almari kuhulur kepada Saufa. Perlahan Saufa bangun dan berlalu. Aku mengeluarkan tracks bottom dan tshirt yang aku agak sepadan dengan Saufa. Aku berlalu mengetuk pintu bilik air.
“Saufa, ambil baju ni.” Pintu direnggangkan dan baju tadi kuhulurkan. Aku pun berlalu ke katil merehatkan badan dan fikiran yang penat. Nak tidur, mengantuk dan penat. Tak laratnya. Tak lama kemudian Saufa keluar dengan keadaan yang lebih selesa, kukira.
“Boleh tak pakai baju abang tu? Ok lah nampaknya, tak lah besar sangat. Esok kita cari baju baru.”
“Saya nak tidur kat mana cikgu?” laju je mulut tumembahasakan aku cikgu. Tak ingat ke tak sedar yang aku ni suami dia.
“La kan katil ni besar, tidur je lah kat sini. Tak ader orang nak datang tangkap basah kita lah.” Gurauan aku disambut dingin. Ini lah first night aku ngan manusia yang bernama perempuan. Ni, mula datang akal jahat aku ni. Nafsu, bersabarlah.
“Tak ada bilik lain ker yang boleh saya tidur?”
“Ader, tapikan dah malam ni, Mak Jah dah tidur lah, takkan nak kejutkan Mak Jah suruh kemas bilik. Kesian dekat Mak Jah. Alah, Saufa tidur jer kat sebelah sana, abang tak usik Saufa lah.”
“Tak per ker? Saya tidur kat sofa je, tak boleh ker?”
“Jangan nak mengada-ngada, lagipun Saufa kan tengah bulan mengambang, abang mana boleh kacau Saufa. Berdosa.” Muka Saufa dah memerah dah. Nampak comel pulak bini aku ni. Ni yang aku geram ni. Gelak jahat dah bergema dalam hati aku ni. Hish laki sapa lah ni, rakus.
Perlahan Saufa memanjat katil. Lampu ku padamkan. Akhirnya dapat juga aku tidur, penatnya. Mata aku dah nak tutup dah sebelum aku dengar esakan yang berpanjangan kat sebelah aku ni. ‘Apehal pulak lagi ni, aku dah ngantuk gila-gila babun ni. Menangis kenapa pulak ni.’ Bahu Saufa ku sentuh, perlahan badan Saufa ku raih kedalam pelukan.
“Kenapa ni? Cuba cakap dengan abang kenapa menangis lagi ni?” soalku lembut. Sedangkan hati aku dah nak meletup ni, aku nak tidur lah, perempuan. Mengantuk ni. Perempuan ni buat hal pulak. Wuua mummy, Faqeh nak tidur.
Esakan masih berlanjutan. Aku dah ngantuk sangat ni. Tak larat la. Karang dengan aku sekali yang menangis kang. Ni yang aku benci dengan perempuan ni. Nasib baik lah bini aku ni comel. ‘Aduyai dinda pujaan kesuma jantung hati kanda, tidur lah, mengantuk ni’. Tengah aku dok memikir ni,
“Diam pun. Dah tidur lah ni. Alhamdullilah akhirnya dapat jugak aku tidur dengan aman.” Bisikku jahat. Nak buat macam mana aku memang tak pernah nak share tempat tidur dengan orang lain. Ni tempat aku, tapi malam ni, darurat, kenalah share tempat tidur. Tak kisah lah, janji aku tidur.