BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Glitter Text
Make your own Glitter Graphics

24 June 2009

episod 15

Saufa Sakinah
Selesanya aku tidur, kat mana lah agaknya? Panas jer, selesa pulak tu. Kat mana lah aku agaknya ni? Perlahan-lahan aku bukak mata nak tengok aku ada kat mana. Tekejut besar bila aku sedar aku damai dalam pelukan lelaki yang bernama Faqeh Irman. Macam mana lah aku boleh lupa yang aku ada kat rumah dia ni? Apa yang jadi semalam membuatkan aku sedar, aku tak ada sesiapa selain lelaki yang memeluk aku ni. Aku anak yang terbiar. Aku tak ada duit, tak ada tempat tinggal, dan aku tak ada keluarga. Apalah yang akan jadi kalau Faqeh membiarkan aku, meninggalkan aku sendirian? Kat mana aku tidur malam tadi agaknya, jalanan?
‘Alahuakbar, Allah Maha Besar, mulai hari ini aku mesti menjalani hidup aku dengan apa yang ada. Belajar untuk menerima Faqeh dan cuba belajar untuk menjadi insan berguna di atas muka bumi Allah ini. Tingkatkan ilmu dunia juga akhirat.’
Azan subuh berkumandang menjengah telinga. Dah subuh, nak bangun mandi. Aku perlu mula hari ini dengan semangat yang baru. Eh, mamat ni tak reti nak bangun ke? Macam mana ni? Aku tak boleh bangun ni. Nak bangunkan tak sampai hati, macam penat sangat jer. Perlahan tangan Faqeh aku tolak dan aku berjaya jugak bangun. Hehehe, tidur macam baby. Agaknya kalah baby tu. Aku berlalu ke bilik air. Mandi dan bersiap. Pakai jelah baju malam tadi, aku mana ada baju lain. Usai aku bersiap, jarum jam menunjukkan enam setengah pagi. Faqeh tak bangun lagi ni. Tak solat ker? Nak kata uzur, takkan lah, bukannya dia perempuan.
“Cikgu bangun, dah pukul enam setengah dah ni. Cikgu tak solat ke?” eh, tarik selimut balik? Macam mana lah nak bimbing aku kalau diri sendiri pun tak terbimbing.
‘Haila, kekasih pujaan hati, tamau bangun ye, taulah aku nak buat apa. Hehehe, tak bangun lagi ye.’
Selimut yang menyelimuti Faqeh aku rentap kuat sebelum air sejuk dalam gayung aku curahkan perlahan. Sesaat kemudian, macam terkena kejutan elektrik Faqeh bangun dari pembaringan. Mata yang sedia ada bulat dibulatkan lagi. Terkejut aku.
“Opocot mak kau. Hantu mana yang bangun tak bagi salam ni. Ehh…” segera tangan yang menutup mulut, dan gayung tadi tercampak atas kepala Faqeh.
Kuk… “Aduh, sakit mummy.” Jerit Faqeh kuat. “Awak nak bunuh saya ker?” melengking suara guru muda itu memecah suasana dipagi hari. Alamak, dia dah marah lah. Pantas tangan aku mengosok kepala Faqeh, meniup mengurangkan kesakitan. Sambil mulut tak berhenti-henti memohon maaf. Ingatkan nak bergurau jer, tapi ini pulak jadinya.
“Nak kejut orang pun agak-agakla. Tak payah nak siram-siram. Kejut baik-baik tak boleh ke? Ni tak main siram-siram pulak. Ingat saya ni apa? Anak patung ke? Tak ada perasaan? Dah tak payah nak tiup-tiup, saya nak pergi solat. Awak dah siapkan? Tunggu apa lagi. Pergi turun bawah, tolong Mak Jah buat sarapan. Awak ingat awak princess ke kat dalam rumah ni?” pewhh, macam peluru yang tak berapa nak berpandu keluar daripada mulut dia. Pedas dan berapi. Semalam kononnye, sibuk bersayang-sayang, berabang-abanglah. Hari ni amik kau, segala jenis bahasa keluar. Terima aje lah, salah sendiri. Perlahan aku turun ke dapur, ingin membantu apa yang patut. Aku kenalah sedar diri, menumpang rumah orang. Ini hari ni, esok lusa tak tau lagi. Dah lah baju sehelai pun tak ada. Duit, ada baper ratus je kat dalam bank personal aku tu. Cukup ke tak ni? Ni kene buat part time ni.
“Assalamualaikum, Mak Jah, apa yang saya boleh tolong?” terkejut orang tua tu. Apalah aku ni hari ni, asyik dok nak mengejutkan orang je. Aku cuma tersenyum memandang Mak Jah.
“Waalaikumsalam, terkejut Mak Jah. Ingatkan siapa tadi. Kawan Faqeh rupanya. Nama apa ye? Maaflah Mak Jah ni pelupa orangnya.”
“Nama saya Saufa sakinah, panggil saya Saufa je. Mak Jah nak masak apa? Biar Saufa tolong.”
“Oh, Saufa. masak nasi lemak pagi ni. Si Faqeh tu minat benar dengan nasi lemak. Kalau dia balik tak sah kalau tak buatkan dia nasi lemak. Takut merajuk pulak. Lagipun dia bukan selalu balik ke sini. Oh ye, cakap-cakap, Saufa kenal mana dengan Faqeh ni?”
“Saya anak murid dia. Kenal masa saya tingkatan lima lagi tapi baru-baru ni jumpa balik kat sekolah yang cikgu baru tukar tu.”
“Oh macam tu ye? Tolong Mak Jah kopek ikan bilis ni lah. Nak buat sambal ikan bilis.”
Aku tersenyum dan mengangguk lembut ke arah Mak Jah. Leka aku membuat kerja sehingga tak sedar perempuan cantik semalam yang menggelarkan diri dia mummy ada kat belakang aku.
“Saufa, buat apa tu?” tanya perempuan cantik itu, lembut.
“Oh, err makcik, eh aunty, tengah kopek ikan bilis.” Sahut ku tergagap-gagap, tak tau nak panggil perempuan cantik ni apa. Manisnya senyuman dia. Terpana aku sebentar.
“Panggil mummy. Mummy ni mummy Faqeh. Panggil mummy ye Saufa. Urm pergilah basuh tangan tu, mummy ada hal nak cakap dengan Saufa.” pantas aku bangun dan membasuh tangan di singki. ‘Mummy, macam tak best je.’ Sempat lagi tu nak komen. Lantas tangan ku di tarik meninggalkan ruang dapur, memasuki bilik yang penuh dengan buku. ‘Bilik bacaan agaknya ni.’
‘Sekarang bermula lah sesi bersama ibu mertua. Jeng…jeng…jeng…’
“Saufa, meh duduk sebelah mummy ni. Mummy ada banyak benda nak tanya Saufa. Saufa tentu ingatkan? Kita berjumpa beberapa bulan yang lalu, makan malam bersama dengan family Saufa. Mummy minta maaf mummy tak tau yang Saufa ni dah nikah dengan Faqeh. Memang pada awalnya mummy sedih sangat, tapi mungkin ini ketentuaan Allah Yang Esa, membantu orang yang memerlukan. Along Hakim dah cerita semua pada mummy dengan papa. Tak sangka, Saufa dah lama jadi menantu di rumah ni. Dulu, mummy dengar pasal Saufa dua tahun lepas sewaktu, Faqeh masih bersama manja. Tentu Saufa ingat manja mariam kan?”
Mummy berhenti sejenak mengambil nafas dan menunggu jawapan aku bagi soalannya. Kepalaku yang sedikit menunduk ku angguk perlahan. Mummy mengambil nafas panjang sebelum menyambung percakapannya yang terhenti sebentar tadi.
“Macam-macam cerita Faqeh ceritakan tentang Saufa. Saufa macam tu, Saufa macam ni. Hari ni Saufa buat macam ni. Semalam Saufa ajak pergi situ lah. Semua pasal Saufa. Tak sangka Saufa seberani itu. Dan pernah terdetik di hati mummy untuk menjadikan Saufa menantu di rumah ini. Hanya Saufa yang boleh buat Faqeh yang manja tu impress dan tak boleh nak bantah apa Saufa cakap. Dia kata tak suka tapi dia ikut jugak apa yang Saufa cakap, ajak. Tapi sampai suatu masa Faqeh berhenti membicarakan tentang Saufa. Mummy tertanya-tanya kenapa? Boleh Saufa jawab mummy kenapa?”
Aku menarik nafas panjang sebelum menjawab soalan mummy.
“Semua salah Saufa, selepas di ijab kabulkan, Saufa menentang pernikahan kami, dan abang sedaya upaya menyingkirkan Faqeh daripada sini, Faqeh dihantar ke Kelantan tak lama kemudian dan Saufa dihantar ke perak. Rumah tok. Tak sangka jodoh kami kuat. Sehingga di pertemukan semula. Maafkan Saufa mummy, Saufa tak sepatutnya buat macam tu. Mungkin ini pengajaran yang tuhan nak bagi kat Saufa.” jawabku perlahan, sedaya upaya menahan air mata supaya tidak keluar daripada kolamnya.
“Semua orang buat salah. Manusia tak sesempurna mana. Alhamdullilah sekarang ni Faqeh dan Saufa kan dah bersatu balik. Mummy gembira sangat-sangat. Mummy harap, Saufa jangan buat macam tu lagi. Erm sepadan Saufa dengan baju Faqeh.”
Aku cuma tersenyum lembut. Tunduk merenung baju yang dipakai. Baju warna merah. Daripada atas kebawah semuanya merah.
“Esok sekolahkan? Petang ni Saufa balik ngan Faqeh ye? Nanti mummy cuba tanya parents Saufa, kalo Saufa boleh amik buku-buku sekolah dan baju-baju Saufa kat rumah tok Saufa dekat kampung. Sementara ni, redho je lah dengan apa yang ada. Faqeh tu manja sikit, jangan amik hati sangat apa yang dia buat dan cakap.” Cantiknya senyuman dia, tak hairan lah kalau Faqeh tu handsome. Ikut mummy la tu agaknya. Aku cuma mengangguk.
“Jom lah kita sarapan. Lepas ni boleh pergi beli baju dan keperluan Saufa yang lain. Nanti nak keluar tengok baju mummy muat tak dengan Saufa.”
Kami meninggalkan bilik bacaan dan berlalu ke ruang makan. Yang lain semua dah berada di situ. Lenggok mata Faqeh yang tajam memandang aku, aku sedar yang dia masih lagi marah dengan aku. Aku hanya menunduk dan berlalu duduk di sebelahnya. Maka riuhlah ruang makan, dengan gurauan anak beranak yang mencuit hati ku. Nasi lemak yang ku telan macam pasir, kesat.
“Faqeh lepas ni kita pergi shopping ye, beli barang Saufa. kesian dia tak berbaju.”
“Eh ni dia pakai baju ni. Mana pulak dia tak berbaju ni mummy. Ok mummy. Nak pergi pukul berapa? Nak pergi mana?” bersambung-sambung gelak dia dapat mengenakan aku.
“Faqeh nak balik perak pukul berapa?” soalan Faqeh dijawab dengan soalan oleh mummy.
“Malam lah kot. Tengoklah nanti petang macam mana.”
“Kalau macam tu kita keluar pukul 10 ajelah. Kita keluar ramai-ramai, lunch kat luar ajelah. Mummy teringinlah nak makan McD. Ok tak papa?” sahut mummy pantas. Kami yang lain hanya memandang dan mendengar butir bicara dua beranak ini.
“Along setuju. Mummy belanja lah macam tu?”
“Papa ok je, lama tak dating dengan mummy kamu. Lagi pun, kalau tak ikut, kad credit siapa yang nak di tenyehkan kat mall tu karang? Mummy kau orang ni alasan je nak beli barang-barang Saufa. Kejap lagi tengoklah barang siapa yang paling banyak.” Memerah muka mummy diusik sebegitu rupa.
“Papa ni. Jatuhlah standart mummy depan Saufa. Malulah mummy. Apa salahnya, mummy pun dah lama tak shopping. Setakat sesekali tu, tak luaklah duit papa yang berkepuk-kepuk tu. betul tak along?”
“Heherm… Betul-betul. Along setuju.” Anggukan along dengan suara yang dikecilkan ketika bercakap, mengundang gelak dan ketawa. Meniru suara ipin di dalam siri animasi upin dan ipin di tv9. Riuh sekali masa breakfast kami. ‘Aduhai hati bahagianya. Kalaulah aku yang mendapat bahagia sebegini, demi Allah, akulah orang yang paling bahagia.’
Aku cuma tersenyum. Sampai bila agaknya aku akan menderita sebegini rupa?

0 comments: