BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Glitter Text
Make your own Glitter Graphics

28 December 2009

episod 27

Mummy.




“Aina.”

“Ye mummy. Kenapa?”

“Mana faqeh tak sampai-sampai lagi ni? Dah pukul lapan lebih ni. Kang sejuk semua ni dah tak sedap dah nak makan.”

“Abang on the way tu my. Aina baru je lepas telefon dia. Lagi 10 minit sampai la tu.”

“Hish ajak makan pun susah. Apa nak jadila budak ni. Dulu elok-elok jadi cikgu sibuk nak jadi businessman pulak. Tengoklah sekarang nak jumpa mummy seminggu sekali pun susah. Ajak tinggal sini taknak, nak berdikari konon.”

‘Geramnya aku dengan faqeh ni. Anak dah 3 tapi perangai macam tak kahwin lagi. Tak kahwin dulu bagus lekat kat rumah. Tu nak masuk empat dah tu, buat kilang anak ke budak-budak ni. Anak kecik-kecik lagi.’

“Sara, hidangkan makanan.” Aku berlalu ke hadapan untuk menunggu anak yang ku rindu. Kalau dulu peha aku tempat dia baring jika bermasalah tapi sekarang tidak lagi. Sejak dia membina rumah tangga dengan aina, aku tak pernah memanjakan dia lagi, aku tak lagi merasakan pelukan dan ciuman anak bongsu ku lagi. Bila aku mengutarakan kepada suami ku, alasannya, ‘Faqeh dah besar tak kan nak duduk di riba awak lagi. Lagi pun dia dah ada isteri, baik dia bertmanja dengan isteri dia.’ Papa tak tahu hati aku terluka hebat. Kalau dulu walaupun dia berkahwin. Merahsiakannya daripada aku, tak pernah tidak dia mengenepikan aku. Kerana cintakan dia jadi begini?

“Assalamualaikum mummy.” Suara yang menyapa itu membuat aku berpaling. Lantas aku peluk anak itu dengan erat. Aku ingin merasa kembali rasa sayang anak ini pada aku. Ada air yang keluar daripada mataku.

“Mummy, kenapa ni? Faqeh baru tak balik 2 minggu dah macam ni mummy. Janganla nangis my. Dah macam Suha je faqeh tengok.”

“Mummy rindu faqeh. Mummy rasa mummy dah hilang faqeh. Faqeh tak jenguk mummy selalu macam dulu.”

“Mummy faqeh sibuklah.”

“My, sudahlah drama awak tu. Jom makan. Pa dah lapar dah ni. Nak makan tomyam putih awak tu.” Laungan daripada suami aku menyedarkan aku, berpasang-pasang mata melihat aku dan faqeh. Macam tak jumpa bertahun rasanya. Tak ku kira malu yang bertandang anak menantu dan juga suami. Selalunya aku tak emosional macam ni. Apa agaknya yang menjadikan aku macam ni. Makan malam keluarga yang mengumpulkan semua anak dan menantu aku. Bersama-sama cucuku yang makin membesar dan comel dan juga manis. Cuma aku menunggu seseorang untuk melengkap makan malam ini yang tak mungkin akan hadir dalam mimpi pun. Kemana agaknya anak itu membawa diri, membawa bersama cucu ku yang sulung. Saufa, sedetik nama itu bertamu di hati membawa sayu dan rindu yang tak pernah padam.

episod 26

Faqeh irman.



“Intan, masuk bilik saya sekarang. Bawak sekali fail Surnia Enterprise.” Aku mengarahkan setiausaha ku untuk masuk.

“Baik tuan.”

Surnia Enterprise adalah syarikat perkapalan. Syarikat ini diambil alih daripada pemilik asal kerana mengalami kerugian besar. Lima tahun di bawah jagaan syarikat induk, semuanya dapat dipulihkan. Dengan suntikan modal yang agak besar kepada Surnia Enterprise, anak syarikat ini membawa keuntungan yang agak memberansangkan dalam tahun kebelakangan ini. Perkapalan adalah salah satu industri yang mendapat sokongan besar daripada industri-industri lain. Potensi industri ini adalah amat besar jika terus beroperasi. Walaupun pada awalnya lembaga pengarah menolak usul cadangan aku untuk membeli Surnia Enterprise, namun terbukti hari ini, Surnia Enterprise mampu memberi pulangan yang agak memberansangan dalam tempoh lima tahun. Dengan adanya Surnia Enterprise, anak-anak syarikat yang lain mendapat faedah yang berganda.

Ketukan dipintu menyedarkan aku dengan kedatangan intan. Setiausahaku sejak dari mula aku berkhidmat di sini hingga ke hari ini. Masa berlalu terlalu pantas. Sekejap sahaja rasanya aku meninggalkan kerjaya ku di dunia pendidikan. Sekarang ini dalam tempoh yang ku rasa terlalu singkat aku terus dilantik menjadi big boss di sini. Di dunia yang tak pernah terlintas lansung dalam fikiran aku. Dunia korporat. Dunia yang penuh tipu daya, itu alasan aku apabila menolak membina kerjaya di dalam dunia perniagaan. Akhirnya, apa yang aku pilih dahulu tetap juga membawa aku kembali ke dunia yang penuh tipu helah ini. Lagu superman nyanyian laki lucky membawa aku kembali ke nyata.

“Asalamualaikum my. Ye ada ape my? Makan malam? Yelah, nanti lepas magrib faqeh datang ye. Urm baiklah. Bye my. Waalaikumsalam.” Makan malam. Macam ada apa-apa aje.

Saufa... sedetik nama itu berhembus dari dalam dada. Sugguh ingatan aku terhadap dia tak pernah hilang meskipun bertahun-tahun kami menjalani hidup sendiri.





Saufa sakinah.

“Aduh... sakit lah. Tak cukup besar ke pintu ni sampai saya pun awak nak langgar.” Marahku sambil mengemaskan barang-barang ku yang bertabur di lantai.

“Sorry. Saya tak sengaja nak cepat ni. Ada meeting penting.”

“Habis tu saya ni tak ada meeting lah? Sesuka hati je nak langgar orang. Ingat tunggul kayu ke?”

“Cik saya mintak maaf. Saya tak sengaja. Saya pergi dulu. Nak cepat ni. By the way nama saya Ilham. Ilham sauki.”

“Ada saya tanya nama awak ape?” tapi ayat tu hanya pada pendengaran aku dan sekeliling aku. Manusia yang melanggar aku tadi, yang nama nya ilham, ilham aper ntah aku tak ingat, jauh meninggalkan aku kesakitan fizikal dan juga hati. Kalau ikutkan hati aku yang tengah marah ni, memang aku nak saound mamat tu tu cukup-cukup. Ni gara-gara Ima la ni. Time aku nak pergi meeting la lsibuk nak tepon nak cerita masalah apa ntah. Membebel aje sampai aku hilang tumpuan. ‘Ya Allah, redakan hati ku. Berikan aku ketenangan untuk melalui mesyuarat ini dengan sebaiknya.’

Aku memasuki Syarikat Surnia enterprise dengan hati yang gundah gulana bagai ada yang akan berlaku sebentar nanti. Kepada gadis manis di kaunter aku lemparkan senyuman dan menyatakan tujuan aku ke sini. Aku dibawa ke bilik mesyuarat yang ku kira mewah. Tak macam bilik mesyuarat aku dekat pejabat aku. Bahan-bahan presentation ku sediakan sementara menunggu yang Encik Akhbar, yang bertanggungjawab dalam urusan perjanjian kami nanti.

Encik Akhbar tiba 5 minit kemudian dengan seseorang. Seseorang yang tak ku jangka ada di sini. Yang akan, aku harap tidak, merosakkan presentation aku nanti. Ya Allah, patutlah ada saja yang masalah yang timbul hari ini dalam perjalanan aku. Rupanya ingin menemui dia yang tak pernah wujud selama bertahun-tahun ini. Macam-macam perasaan timbul dalam hati aku. Resah, suka, malu, marah dan semua bercampur aduk hinggakan aku terkaku di situ. Teguran encik Akbar membawa aku kembali ke alam nyata. Meminta aku meneruskan presentaion aku.

“Cik saufa, anda ok?”

“Oh... saya baik. Terima kasih.” Dan pada akhirnya perjanjian itu terjalin walaupun aku hampir ruin it up. Aku di ajak untuk makan tengah hari sekali untuk meraikan perjanjian itu.

“Tak pe lah encik akhbar, saya biasa makan dekat rumah. Kesian mak saya makan sorang-sorang.” Alasan yang paling cepat dan aku rasa yang paling munasabah keluar daripada kepala aku untuk melepaskan diri daripada bala yang tak ku sangka.

episod 25

Mak.




Anak yang ku asuh dari kecil sampai besar begini banyak dugaannya. Bertahun aku menyimpan rahsia siapa dia sebenarnya. Anak yang ku kendong ketika melakukan kerja kini datang membalas budi yang aku taburkan. Sesungguhnya allah terlalu menyayanginya. Terlalu banyak dugaan yang kau lalui, anak. Maafkan mak ina. Mak tak sanggup nak melihat air mata ini jatuh lagi. Mak terlalu terluka melihat ina seorang diri, bertungkus lumus dalam usia yang cukup muda, mencari belanja dan menyara ain dan mak. Sedangkan ina tak perlu bersusah payah macam ni sepatutnya.

Aku ingat lagi ketika ina menyatakan hasrat untuk pergi bersama aku setelah tempoh pantangnya tamat. Perkahwinan aina menjadi jawapan terhadap pertanyaan aku. Sedangkan puan dan tuan tak ambil kisah dengan siapa aina berkahwin. Aina bukan orang lain dalam keluarga ini. Kawan baik atiya ini telah menjadi sebahagian daripada hidup kami bertahun-tahun lamanya. Lupakah tuan dan puan terhadap tanggungjawab dan amanah yang di berikan terhadap mereka?





Saufa sakinah

Bertahun-tahun aku dan faqeh meneruskan hidup mengikut jejak yang dilakar sendiri. Membiarkan rindu terus berlalu, membuang ingatan terhadap kenangan lalu. Banyak yang telah berlaku bertahun-tahun ini. Aku telah menyempurnakan pendidikanku hingga ke peringkat sarjana. Alhamdullilah, setalah 7 tahun berlalu, aku telah jadi seorang yang tabah menerima dugaan tuhan yang maha mengetahui. Aku menerima apa yang terjadi dalam hidup ku dalam tahun-tahun yang lalu ku jadikan sebagai panduan dalam menghadapi hidup. Amira nurain, buah hatiku, telah membesar menjadi anak yang cantik dan cerdik. Kadang-kadang ada rungutan daripada mulut anak itu menanyakan tentang faeh. Walaupun dia tidak mendesak, aku tahu dia merindukan ayahnya. Nasihat emak yang mahu kembali ke ibu negara aku pertimbangkan berbulan-bulan lamanya. Tawaran daripada salah satu travel agensi di ibu kota, membawa aku pulang ke kuala lumpur. Mencari kembali harga diri aku yang telah hilang bertahun-tahun ini. Akhirnya aku ibarat belut pulang ke lumpur, sirih kembali ke gagang.

Dalam kesibukan kota, aku masih lagi memenuhi rohani ku dengan ilmu agama. Dalam sebuah buku yang aku bacan dalam mengisi kekosongan rohaniku yang menceritakan pasal wali membawa aku kepada titik dan detik perkahwinan ku dengan faqeh.

Wali ini terbahagi kepada tiga bahagian. Wali mujbir iaitu wali dari bapa sendiri atau datuk sebelah bapa (bapa kepada bapa) mempunyai kuasa mewalikan perkahwinan anak perempuannya atau cucu perempuannya dengan persetujuannya atau tidak(sebaiknya perlu mendapatkan kerelaan bakal isteri yang hendak dikahwinkan). Yang keduanya wali aqrab dimana wali terdekat mengikut susunan yang layak dan berhak menjadi wali. Yang ketiganya wali ab’ad, iaitu wali yang jauh sedikit mengikut susunan yang layak menjadi wali, jika ketiadaan wali aqrab berkenaan. Wali ab’ad ini akan berpindah kepada wali ab’ad lain seterusnya mengikut susuna tersebut jika tiada yang terdekat lagi.

Yang terakhirnya wali raja atau wali hakim iaitu wali yang diberi kuasa atau ditauliahkan oleh pemerintah atau pihak berkuasa negeri kepada orang yang telah dilantik menjalankan tugas ini dengan sebab-sebab tertentu.