BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Glitter Text
Make your own Glitter Graphics

28 December 2009

episod 27

Mummy.




“Aina.”

“Ye mummy. Kenapa?”

“Mana faqeh tak sampai-sampai lagi ni? Dah pukul lapan lebih ni. Kang sejuk semua ni dah tak sedap dah nak makan.”

“Abang on the way tu my. Aina baru je lepas telefon dia. Lagi 10 minit sampai la tu.”

“Hish ajak makan pun susah. Apa nak jadila budak ni. Dulu elok-elok jadi cikgu sibuk nak jadi businessman pulak. Tengoklah sekarang nak jumpa mummy seminggu sekali pun susah. Ajak tinggal sini taknak, nak berdikari konon.”

‘Geramnya aku dengan faqeh ni. Anak dah 3 tapi perangai macam tak kahwin lagi. Tak kahwin dulu bagus lekat kat rumah. Tu nak masuk empat dah tu, buat kilang anak ke budak-budak ni. Anak kecik-kecik lagi.’

“Sara, hidangkan makanan.” Aku berlalu ke hadapan untuk menunggu anak yang ku rindu. Kalau dulu peha aku tempat dia baring jika bermasalah tapi sekarang tidak lagi. Sejak dia membina rumah tangga dengan aina, aku tak pernah memanjakan dia lagi, aku tak lagi merasakan pelukan dan ciuman anak bongsu ku lagi. Bila aku mengutarakan kepada suami ku, alasannya, ‘Faqeh dah besar tak kan nak duduk di riba awak lagi. Lagi pun dia dah ada isteri, baik dia bertmanja dengan isteri dia.’ Papa tak tahu hati aku terluka hebat. Kalau dulu walaupun dia berkahwin. Merahsiakannya daripada aku, tak pernah tidak dia mengenepikan aku. Kerana cintakan dia jadi begini?

“Assalamualaikum mummy.” Suara yang menyapa itu membuat aku berpaling. Lantas aku peluk anak itu dengan erat. Aku ingin merasa kembali rasa sayang anak ini pada aku. Ada air yang keluar daripada mataku.

“Mummy, kenapa ni? Faqeh baru tak balik 2 minggu dah macam ni mummy. Janganla nangis my. Dah macam Suha je faqeh tengok.”

“Mummy rindu faqeh. Mummy rasa mummy dah hilang faqeh. Faqeh tak jenguk mummy selalu macam dulu.”

“Mummy faqeh sibuklah.”

“My, sudahlah drama awak tu. Jom makan. Pa dah lapar dah ni. Nak makan tomyam putih awak tu.” Laungan daripada suami aku menyedarkan aku, berpasang-pasang mata melihat aku dan faqeh. Macam tak jumpa bertahun rasanya. Tak ku kira malu yang bertandang anak menantu dan juga suami. Selalunya aku tak emosional macam ni. Apa agaknya yang menjadikan aku macam ni. Makan malam keluarga yang mengumpulkan semua anak dan menantu aku. Bersama-sama cucuku yang makin membesar dan comel dan juga manis. Cuma aku menunggu seseorang untuk melengkap makan malam ini yang tak mungkin akan hadir dalam mimpi pun. Kemana agaknya anak itu membawa diri, membawa bersama cucu ku yang sulung. Saufa, sedetik nama itu bertamu di hati membawa sayu dan rindu yang tak pernah padam.

episod 26

Faqeh irman.



“Intan, masuk bilik saya sekarang. Bawak sekali fail Surnia Enterprise.” Aku mengarahkan setiausaha ku untuk masuk.

“Baik tuan.”

Surnia Enterprise adalah syarikat perkapalan. Syarikat ini diambil alih daripada pemilik asal kerana mengalami kerugian besar. Lima tahun di bawah jagaan syarikat induk, semuanya dapat dipulihkan. Dengan suntikan modal yang agak besar kepada Surnia Enterprise, anak syarikat ini membawa keuntungan yang agak memberansangkan dalam tahun kebelakangan ini. Perkapalan adalah salah satu industri yang mendapat sokongan besar daripada industri-industri lain. Potensi industri ini adalah amat besar jika terus beroperasi. Walaupun pada awalnya lembaga pengarah menolak usul cadangan aku untuk membeli Surnia Enterprise, namun terbukti hari ini, Surnia Enterprise mampu memberi pulangan yang agak memberansangan dalam tempoh lima tahun. Dengan adanya Surnia Enterprise, anak-anak syarikat yang lain mendapat faedah yang berganda.

Ketukan dipintu menyedarkan aku dengan kedatangan intan. Setiausahaku sejak dari mula aku berkhidmat di sini hingga ke hari ini. Masa berlalu terlalu pantas. Sekejap sahaja rasanya aku meninggalkan kerjaya ku di dunia pendidikan. Sekarang ini dalam tempoh yang ku rasa terlalu singkat aku terus dilantik menjadi big boss di sini. Di dunia yang tak pernah terlintas lansung dalam fikiran aku. Dunia korporat. Dunia yang penuh tipu daya, itu alasan aku apabila menolak membina kerjaya di dalam dunia perniagaan. Akhirnya, apa yang aku pilih dahulu tetap juga membawa aku kembali ke dunia yang penuh tipu helah ini. Lagu superman nyanyian laki lucky membawa aku kembali ke nyata.

“Asalamualaikum my. Ye ada ape my? Makan malam? Yelah, nanti lepas magrib faqeh datang ye. Urm baiklah. Bye my. Waalaikumsalam.” Makan malam. Macam ada apa-apa aje.

Saufa... sedetik nama itu berhembus dari dalam dada. Sugguh ingatan aku terhadap dia tak pernah hilang meskipun bertahun-tahun kami menjalani hidup sendiri.





Saufa sakinah.

“Aduh... sakit lah. Tak cukup besar ke pintu ni sampai saya pun awak nak langgar.” Marahku sambil mengemaskan barang-barang ku yang bertabur di lantai.

“Sorry. Saya tak sengaja nak cepat ni. Ada meeting penting.”

“Habis tu saya ni tak ada meeting lah? Sesuka hati je nak langgar orang. Ingat tunggul kayu ke?”

“Cik saya mintak maaf. Saya tak sengaja. Saya pergi dulu. Nak cepat ni. By the way nama saya Ilham. Ilham sauki.”

“Ada saya tanya nama awak ape?” tapi ayat tu hanya pada pendengaran aku dan sekeliling aku. Manusia yang melanggar aku tadi, yang nama nya ilham, ilham aper ntah aku tak ingat, jauh meninggalkan aku kesakitan fizikal dan juga hati. Kalau ikutkan hati aku yang tengah marah ni, memang aku nak saound mamat tu tu cukup-cukup. Ni gara-gara Ima la ni. Time aku nak pergi meeting la lsibuk nak tepon nak cerita masalah apa ntah. Membebel aje sampai aku hilang tumpuan. ‘Ya Allah, redakan hati ku. Berikan aku ketenangan untuk melalui mesyuarat ini dengan sebaiknya.’

Aku memasuki Syarikat Surnia enterprise dengan hati yang gundah gulana bagai ada yang akan berlaku sebentar nanti. Kepada gadis manis di kaunter aku lemparkan senyuman dan menyatakan tujuan aku ke sini. Aku dibawa ke bilik mesyuarat yang ku kira mewah. Tak macam bilik mesyuarat aku dekat pejabat aku. Bahan-bahan presentation ku sediakan sementara menunggu yang Encik Akhbar, yang bertanggungjawab dalam urusan perjanjian kami nanti.

Encik Akhbar tiba 5 minit kemudian dengan seseorang. Seseorang yang tak ku jangka ada di sini. Yang akan, aku harap tidak, merosakkan presentation aku nanti. Ya Allah, patutlah ada saja yang masalah yang timbul hari ini dalam perjalanan aku. Rupanya ingin menemui dia yang tak pernah wujud selama bertahun-tahun ini. Macam-macam perasaan timbul dalam hati aku. Resah, suka, malu, marah dan semua bercampur aduk hinggakan aku terkaku di situ. Teguran encik Akbar membawa aku kembali ke alam nyata. Meminta aku meneruskan presentaion aku.

“Cik saufa, anda ok?”

“Oh... saya baik. Terima kasih.” Dan pada akhirnya perjanjian itu terjalin walaupun aku hampir ruin it up. Aku di ajak untuk makan tengah hari sekali untuk meraikan perjanjian itu.

“Tak pe lah encik akhbar, saya biasa makan dekat rumah. Kesian mak saya makan sorang-sorang.” Alasan yang paling cepat dan aku rasa yang paling munasabah keluar daripada kepala aku untuk melepaskan diri daripada bala yang tak ku sangka.

episod 25

Mak.




Anak yang ku asuh dari kecil sampai besar begini banyak dugaannya. Bertahun aku menyimpan rahsia siapa dia sebenarnya. Anak yang ku kendong ketika melakukan kerja kini datang membalas budi yang aku taburkan. Sesungguhnya allah terlalu menyayanginya. Terlalu banyak dugaan yang kau lalui, anak. Maafkan mak ina. Mak tak sanggup nak melihat air mata ini jatuh lagi. Mak terlalu terluka melihat ina seorang diri, bertungkus lumus dalam usia yang cukup muda, mencari belanja dan menyara ain dan mak. Sedangkan ina tak perlu bersusah payah macam ni sepatutnya.

Aku ingat lagi ketika ina menyatakan hasrat untuk pergi bersama aku setelah tempoh pantangnya tamat. Perkahwinan aina menjadi jawapan terhadap pertanyaan aku. Sedangkan puan dan tuan tak ambil kisah dengan siapa aina berkahwin. Aina bukan orang lain dalam keluarga ini. Kawan baik atiya ini telah menjadi sebahagian daripada hidup kami bertahun-tahun lamanya. Lupakah tuan dan puan terhadap tanggungjawab dan amanah yang di berikan terhadap mereka?





Saufa sakinah

Bertahun-tahun aku dan faqeh meneruskan hidup mengikut jejak yang dilakar sendiri. Membiarkan rindu terus berlalu, membuang ingatan terhadap kenangan lalu. Banyak yang telah berlaku bertahun-tahun ini. Aku telah menyempurnakan pendidikanku hingga ke peringkat sarjana. Alhamdullilah, setalah 7 tahun berlalu, aku telah jadi seorang yang tabah menerima dugaan tuhan yang maha mengetahui. Aku menerima apa yang terjadi dalam hidup ku dalam tahun-tahun yang lalu ku jadikan sebagai panduan dalam menghadapi hidup. Amira nurain, buah hatiku, telah membesar menjadi anak yang cantik dan cerdik. Kadang-kadang ada rungutan daripada mulut anak itu menanyakan tentang faeh. Walaupun dia tidak mendesak, aku tahu dia merindukan ayahnya. Nasihat emak yang mahu kembali ke ibu negara aku pertimbangkan berbulan-bulan lamanya. Tawaran daripada salah satu travel agensi di ibu kota, membawa aku pulang ke kuala lumpur. Mencari kembali harga diri aku yang telah hilang bertahun-tahun ini. Akhirnya aku ibarat belut pulang ke lumpur, sirih kembali ke gagang.

Dalam kesibukan kota, aku masih lagi memenuhi rohani ku dengan ilmu agama. Dalam sebuah buku yang aku bacan dalam mengisi kekosongan rohaniku yang menceritakan pasal wali membawa aku kepada titik dan detik perkahwinan ku dengan faqeh.

Wali ini terbahagi kepada tiga bahagian. Wali mujbir iaitu wali dari bapa sendiri atau datuk sebelah bapa (bapa kepada bapa) mempunyai kuasa mewalikan perkahwinan anak perempuannya atau cucu perempuannya dengan persetujuannya atau tidak(sebaiknya perlu mendapatkan kerelaan bakal isteri yang hendak dikahwinkan). Yang keduanya wali aqrab dimana wali terdekat mengikut susunan yang layak dan berhak menjadi wali. Yang ketiganya wali ab’ad, iaitu wali yang jauh sedikit mengikut susunan yang layak menjadi wali, jika ketiadaan wali aqrab berkenaan. Wali ab’ad ini akan berpindah kepada wali ab’ad lain seterusnya mengikut susuna tersebut jika tiada yang terdekat lagi.

Yang terakhirnya wali raja atau wali hakim iaitu wali yang diberi kuasa atau ditauliahkan oleh pemerintah atau pihak berkuasa negeri kepada orang yang telah dilantik menjalankan tugas ini dengan sebab-sebab tertentu.

18 October 2009

episod 24

Aina

Kadang-kadang aku jadi tak paham apa yang faqeh hendakkan? Selama 3 tahun ini bagai ada perkara yang di sorokkan daripada aku. Pasal isterinya yang telah menghilangakn diri tu ke? Aku tak tahu. Tak cukup ke layanan aku terhadap dia? Mummy, papa dan yang lain melayan aku dengan baik sekali. Orang yang paling terkejut sewaktu aku menyatakan hasrat untuk menerima lamaran faqeh ialah atiya.

“Tiya, aku rasa nak kawin la.”

“Nak kahwin dengan siapa?”

“Faqeh.”

“Ha? Siapa? Faqeh? Adik hakim ker?”

“Aah, dia lamar aku. Aku tak tahu nak jawab aper.”

“Aina, faqeh tu suami orang. Dia tak bagi tau ke?”

“Bagi tahu. Dia kata isteri dia tak kisah.”

“Tak kisah? Dah bertahun dorang nikah. Isteri dia boleh kata tak kisah? Ke faqeh yang cakap macam tu?Kau pernah tak pergi jumper isteri dia? Tahu tak siapa isteri dia?”

“Tiya kau ni kenapa? Aku yang nak kahwin.”

“Masalahnye, yang kau nak kawin tu adik ipar aku. Adik ipar aku tu suami orang. Kau paham tak dengan word ‘suami orang’?”.

“Paham. Dah faqeh sendiri yang kata bini die tu tak kisah. Kau pulak yang kisah kenapa? Ko jangan risau k, yang nak nikah ni aku, bukan kau. Kau dah nikah pun. Insyaalah tak ader aper-aper. Aku yang akan tanggung semua tiya. Ini hidup aku. Biar aku yang tentukan.”

“Aina, aku tahu ini hidup kau. Tapi kau tu kawan baik aku, aku taknak dengar ape-ape jadi kat kau. Aina, pilihlah orang lain. Walaupun dia adik ipar aku, aku tak galakkan sebab dia suami orang aina. Tolong lah dengar apa aku cakap. Jangan lukakan hati orang lain untuk kebahagian sendiri. “

“Aku nekad tiya. Apa nak jadi-jadilah. Aku nak jugak faqeh. Ini bukan sekadar cinta aku tapi penyelamat aku terhadap hutang-hutang bapak aku. Aku bukan pentingkan diri aku. Tapi aku terpaksa. Setakat gaji aku tuh, tak cukup nak bayar hutang bapak aku, nak tanggung bil hospital lagi.”

“Ikut kau la aina. Aku dah bagi pendapaat aku. Ingat cakap aaku ni. Dia lelaki tiya, kalau dia boleh macam ni kat isteri dia, tak mustahil dia boleh buat kat kau benda yang sama juga. Ini hidup aina, allah tu maha adil. Dia akan bayar cash apa yang kita buat. Aku Cuma tak nak kau meyesal di belakang hari. Seeloknya kau mintaklah izin isteri dia baik-baik. Kenali dulu.”

“Aku nekad tiya.”

Dan kerana nekad yang ku lafazkan tiga tahun lalu, aku berada disini. Berbahagia dengan faqeh irman, atas air mata orang lain. Tak sempat ingin ku mengenali wanita yang berkata ye untuk berpoligami. Tak sempat aku tatap walaupun sekeping gambar perkahwinan faqeh yang dahulu kerana, semuanya telah di bawa pergi oleh isteri dia. Kata mummy lagi, isteri faqeh membawa pergi anak yang baru di lahirkan bersama ketika kami pergi berbulan madu di Paris. Menikmati permandang Eifel tower, ketika itu ada insan yang lain membawa diri sebab kebahagian kami. Aku bukan kejam tetapi aku terpaksa. Ini peluang aku untuk keluar dari kemelut kemiskinan. Untuk mencapai cita-cita aku untuk menjadi orang kaya. Cinta menjadi sebab yang kedua kenapa aku menerima lamaran faqeh.

Saufa sakinah

Destinasi yang aku pilih tiga tahun lalu membawa aku jauh dari realiti. Kalau dulu aku terpaksa menerima kenyataan dan berselubung dalam kesedihan, tapi hari ini aku mampu tersenyum manis. Amira nurain, anak yang tak pernah kenal siapa ayahnya,tak pernah kenal keluarga, dia hanya cuma mengenali aku dan mak. Tiga tahun berlalu, apa yang jadi di sana tak pernah aku tahu. Pergi aku membawa luka yang perlu di ubat, meninggal sebab munasabab mengapa aku terluka. Apa khabar gaknya mummy dan papa di sana. Mama dan baba, saufa rindu sangat kat baba ngan mama. Kubur abang cuma aku ziarahi setahun sekali. Kalau ada kesempatan pulang ke kuala lumpur aku hanya singgah di tempat Ima. Tak pernah ku ambil tahu tentang faeh. Tentang kak aina, yang telah menjadi isteri faqeh. Bukan aku tak kenal kawan rapat kak atiya. Lantas aku sendiri yang menghantar borang izin poligami kepada faqeh. Aku tahu kak aina akan membahagiakan faqeh. Itu cinta faqeh dan aku cuma boleh berharap yang mereka bahagia. Doa ku dari jauh.

Pemergian aku, aku bawa sekali pengasuh kesayangan ku. Mak tak punya siapa-siapa kat dunia ni. Biar ina jaga mak pulak. Itu alasan aku membawa mak pergi. Biar mama cari pembantu baru. Kuliah dan kerja mengekang masa aku untuk lebih lama bersama mak dan nurain. Nurain membesar menjadi anak yang ceria dan melucukan. Keletah dia membuat aku dan mak tak kering gusi. Aku berharap bahagia ini akan berkekalan.

“Mak, mak masak ape hari ni? Ina lapar la.” Rengekku manja.

“Mak masak tom yam la.”

“Eii, mama tak malhu pelhuk mak.” Suara kecil itu membuat aku berpaling.

“Apa dia sayang? Ain jeles ye mama peluk mak?”

“Uat ape nak jeles. Mak ari-ari pelhuk ain. Mak tak pelhuk mama.” Kata-kata itu mengundang ketawa kami.

“Sayang tak nak peluk mama?” kata ku seraya mendepangkan tangan. Terkedek-kedek nurain berlari mendapatkan aku. Ini nyawaku. Hidup aku. Demi amira nurain aku mampu bertahan. Ya allah jangan rampas anak ini dari pelukan aku. Tepukan mak di bahu melerai pelukan aku terhadap nurain. Rasa sebak menghantui hati perlahan air mata mengalir tanpa segan.

“Mama nangis kenapa?”

“Tak ada apa sayang.”

“Ina, sudahlah tu.” Bahu mak aku peluk untuk mendapatkan sedikit semangat. “Mak paham apa yang ina rasa. Faqeh takkan datang semata-mata untuk mendapatkan anak yang dia tak pernah kenal, ina. Lagipun tentu aina dah ada anak. allah tu maha adil ina. Mintak dengan penuh tawaduk tentang keadilan itu.”

“Allahuakbar.” Kata-kata mak membawa aku ke alam nyata. Masih ada yang sayang.

episod 23

Saufa sakinah.

Nak pakai baju warna apa ye? Baju purple yang mummy bagi tu lah. Ima, apa kau tahu yang berlaku kepada aku? Sehinggakan kau bergitu bersungguh-sungguh menceriakan aku? Kadang-kadang aku sendiri hilang kekuatan menghadapi hidup. Cuma ada anak ini yang menjadi nadi aku. Yang mengingatkan aku tentang dunia.

Isetan menjadi pilihan pertama kami apabila sampai ke Klcc. Kecerian Ima mengurang rasa sesak di dada. Kami membeli belah dengan gembira. Baju aku, baju anak, baju Ima, banyak sungguh barang yang dibeli. Wahai hati gembiralah engkau sebelum ada lagi musibah yang melanda.

Faqeh irman.

Tiga tahun yang lalu..

Perkahwinan kedua aku yang berlansung secara besar-besaran, setelah 3 bulan perkenalan. Perkahwinan yang berlansung di saat saufa bertarung nyawa melahirkan anak kami. Majlis yang bertemakan merah putih itu memberikan kenangan terindah antara aku dan aina safiah. Ini baru digelarkan perkahwinan.

Aina, anak orang biasa. Berasal dari melaka. Bapanya seorang pesara dan ibunya telah meninggal dunia sepuluh tahun lalu. Aina juga telah menjadi sebahagian daripada keluarga saufa.

Aku dah menjadi seorang bapa dan mempunyai dua isteri. Saufa menyambung pelajarannya dengan biasiswa. Amira Nurain. Puteri cahaya mata. Saufa yang pilih nama. Saufa yang buat keputusan tentang semua perkara setelah berita perkahwinan aku dengan aina sampai ketelinganya. Dia masuk universiti pun aku tak tau. Nurain dibawa jauh ke pantai timur. Setelah habis pantang, saufa mendapat tawaran ke universiti dan dia mengambil keputusan untuk membawa mak dan nurain pergi jauh dari kuala lumpur. Tak dapat ku jejak di mana dia. Apa yang ada dalam hati kau saufa. Genap 3 tahun perkahwinan aku dengan aina bermakna genap 3 tahun amira nurain binti faqeh irman. Apa khabar agaknya? Saufa, sudah tamatkah pengajian kau? Apa yang kau lakukan sekarang?

“Abang.” Sentuhan di bahu menghilangkan kenangan aku terhadap saufa sakinah. Sungguh rindu ini bertamu kembali setelah bertahun dia pergi dalam hidup aku.

“Abang buat kat sini? Jom makan, aina dah masakkan lauk kegemaran abang ni. Tom yam putih.” Aku memandang aina, si jantung hatiku. Ku usap tangan aina lembut. Ku pandang perut yang aina yang memboyot.

“Sedapnya. Itu yang abang sayang aina sangat-sangat tu. Jom masuk abang pun dah lapar. Anak ayah mesti dah laparkan?” seruku sambil tangan mengusap lembut kandungan yang berusia 6 bulan itu.

“Abang tu, kalau masak tom yam baru nak sayang aina. Kalau tak, tak sayang pun.” Manjanya aina.

“Sapa kata abang tak sayang isteri abang ni? Aina kan isteri abang tentulah abang sayang.”

“Ye ke?”

“Yela aina boyot ku sayang.” Usikku, lalu aku melarikan diri daripada cubitan isteriku itu. Aku tersenyum senang sedangkan muka aina macam asam boi kat kedai tu.

Ini kebahagian yang aku tunggu. Walaupun bertahun kami dalam mood bulan madu menunggu hadirnya orang baru, aku tetap bahagia. Bagaikan aina telah melengkapkan separuhdaripada hidup aku.

Walaupun aku tahu aku telah melukakan banyak hati dari orangorang disekiling ku. Mummy, papa, along hakim, dan saufa sendiri. Aku sedar tapi aku tak kan melepaskan cinta ini. Ini yang aku tunggu bertahun-tahun lamanya. Tapi jauh dari sudut hati aku, masih ada lagi benda yang kurang. Fikiran aku masih merewang di udara mencari sesuatu yang aku tak tahu apa.

30 September 2009

soe to all

mintak maaf banyak2 to all...
lately ni akan sibuk dgn assgment and exam..so tak leh la nak upload cerita ni..insyaalah selepas semua selesai akan ader n3 yang baru..about this idea, jalan cerita yang i tulis mmg idea asal...its all logik actualy..tapi mgkin nampak pelik dalam dunia fantasi novel..
hope others terima idea sayer and sesiapa yang ader idea nak dikongsi..silakan antakan email anda ke aedah2000@yahoo.com . ataupun ke face book nur suhadah.

27 September 2009

episod 22

Saufa sakinah.

Aku melawat kubur abang. Membacakan yasin dan menyiram air mawar.
‘Abang, adik rindukan abang. Abang, kak atiya dah kahwin, dengan abang faqeh. Meriah sangat perkahwinan dorang. Adik jeles sangat-sangat. Adik tak pergi tengok tapi adik tahu, mama dengan baba mesti happy sangat. Tak macam perkahwinan adik kan? Sekarang ni adik duduk dekat rumah sewa, dekat ampang. Mummy yang suruh adik dengan faqeh duduk situ. Mummy tak nak nanti kak atiya tak selesa dengan adik. Tapi tak per, mummy bagi orang gaji dia kat adik, adik ada teman, sekurang-kurangnya walaupun faqeh tak selalu dengan adik. Faqeh jarang sangat balik rumah, dia kata balik rumah mummy, tak perlah. Adik tak kisah pun. Abang, tak lama lagi abang nak dapaat anak buah tau. Adik tengah tunggu hari je nak bersalin. Insyaalah dalam awal bulan nanti, adik akan deliver the baby. Kalo lelaki dia akan jadi sebaik abang, dan kalau perempuan dia akan jadi sebaik mummy. Insyaalah. Abang adik dah lama kat sini. Adik balik dulu ye. Nanti adik datang lagi. Asalamualaikum.’
Seusai salam, aku menghadiahkan al fatihah kepada abang. Aku berlalu pulang ke rumah. Kandungan ku yang berusia 8 bulan ini terlalu mencabar aku. Pada awalnya, aku mengalami morning sickness yang melampau. Aku di uji lagi dengan sikap faqeh. Selama lapan bulan kandungan ini, tak pernah sekali pun, aku merasa bahagia yang teramat. Aku tak tahu di mana silap aku.
Kehidupan yang aku lalui sungguh membosankan. Dalam seminggu hanya sekali faqeh balik ke rumah sewa kami. Aku di ibaratkan macam isteri kedua yang perlu menyorok. Apa hak aku?
Rutin harian ku tak berubah. Bersiap-siap menunggu kelahiran anakku. Doa yang di bekalkan oleh mummy aku amalkan. Mummy kata biar senang aku melahirkan anak. Insyaalah dengan izin Allah, aku tidak mengalami sebarang masalah. Masaku yang terluang hanya diisi dengan bacaan al-quran. Doa dan zikir tak putus-putus beralun di bibir. Lagu puspa beralun dari telofon bimbit menggamit aku untuk meninggalkan kenangan semalam. Luka semalam tak seharusnya aku kenang. Biarlah menjadi kenangan dalam hidup aku.
“Hello. Assalamualaikum.” Deringan terhenti bersambut salam.
“Waalaikumsalam. Bileh bercakap dengan saufa?”
“Ye, saufa di sini. Sapa ni?”
“Saufa, ko tak ingat aku dah ke? Aku ima ni. Ko ape kabar? Sihat tak? Ko kat mana sekarang ni?”
“Woi, banyaknye soalan. Sabarlah. Aku sihat. Ada kat umah, tunggu baby kuar daripada perut aku. Mehlah datang rumah.”
“Aaa... baby? Biar betul. Aku ada kat kl ni. Kat rumah makcik aku. Macam mana nak datang rumah?”
Dan, seterusnya petang itu jugak aku menjemput ima dari rumah makciknya. Becok mulut ima becerita. Aisyah sekarang dah bertunang. Amir dah putus dengan nolin. Macam-macam cerita daripada Perak di hadiahkan untuk aku sebelum aku terpaksa menerang apa yang belaku. Kisah aku dan faqeh menjadi topik utama sehinggakan aku lupa hari telah menginjak ke malam.

Nurilma
Saufa. Apa yang terjadi sebenarnya? Ini bukan kau yang aku kenal. Wajah sendu yang cuba di selindungkan. Dengan perut memboyot, keseorangan. Mana faqeh irman? Ada yang tak kene antara kalian kah? Senyuman semanis madu, memikat ramai lelaki dulu seperti hilang ditelan kematangan. Air mata apa yang kau kesat secara sembunyi dari pandangan aku?
Siapa perempuan yang aku nampak bersama faqeh di jaya jusco semalam? Kenapa kau berada di sini sedangkan kau sepatutnya duduk dalam keadaan selesa sambil menunggu kehadiran orang baru. Di mana faqeh? Aku memandang sepi saufa yang berlalu masuk ke bilik setelah kami bertukar salam. Derita apa yang kau tanggung saufa?
Faqeh irman, apa yang telah kau berikan kepada manusia bernama saufa sakinah sehinggakan dia seperti orang terlalu redho. Sedangkan ini bukan sikap dia yang sebenar. Apa yang terjadi dalam rumah tangga kalian sebenarnya?
“Selamat pagi, cik saufa. Amacam hari ni? Baby ok tak?” aku memandang saufa seperti anak-anak yang meminta gula-gula.
“Baby ok cik ima. Aku ko tak nak tanya.”
“Ala ko aku nampak terang-terangan. Baby tu ko ajer yang tahu. Ko yang bawak.”
Senyuman manis itu yang aku tunggu saufa.
“Yelah. Jom makan. Bibik masak ape pagi ni ye?”
“Bibik masak nasi lemak. Aku tolong je.”
“Ko tolong ape? Tolong tengok?” mengekeh saufa menggelakkan aku.
“Pandainya dia. Kawan saper la ni?”
“Kawan orang lah, takkan kawan beruk kot.” Ketawa kami panjang. Pagi yang indah. Aku ingin kau selalu macam ni saufa. Bukan mengesat air mata secara curi-curi.
“Saufa, pas ni kita pergi shoping nak? Aku nak belikan barang untuk anak angkat aku ni.”
“La, ko ni. Susah-susah je. Kalo nak ape salahnya. Aku lagi suke.”
“Eleh kau ni. Nak pergi mana? KLCC nak?”
“Ok. Kul 11 nanti kita pergi.”
“Ok.”

09 September 2009

episod 21

Faqeh irman.

Meriahnya persiapan perkahwinan yang di laksanakan oleh mummy menyentap jantungku kadang-kala. Perkahwinan aku dulu hanya ditemani air mata gelisah. Penerimaan yang tak mungkin ada. Ijab Kabul yang hanya di saksikan oleh sahabat-sahabat yang memahami aku. Cincin belah rotan menjadi tanda dan mas kahwin yang bernilai RM 222.22, tiada hantaran yang boleh menjadi kebangsaan Saufa. Hanya itu yang menjadi tanda perkahwinan kami yang hampir berusia 3 tahun ini.
Pagi isnin yang cerah, yang penuh ceria. Aku turun menikmati sarapan. Saufa awal pagi lagi ke dapur menolong apa yang patut. Saudara mara yang datang berkumpul dirumah menunggu hari bersejarah Faqeh semakin ramai. Ku lihat Saufa Sakinah tertib membantu didapur. Tidak kekok walaupun dengan perut memboyot. Sapaan mummy membawa aku kembali ke meja dengan gelak tawa sanak saudara yang lain.
“Kenapa?”
“Kamu tu..! Pandang Saufa macam lah Saufa tu anak dara orang. Tak kan dah bertahun kahwin tak puas-puas lagi pandang kot?”
“Mak ngah. Saufa tu isteri kita, masih mood pengantin baru lagi. Kan sayang kan?” jawapanku mengundang ketawa semua orang.
“Ish abang ni. Ada pulak cakap macam tu.” merah di pipi Saufa menambahkan seri pada bakal ibu muda ini.
“Yelah mak ngah Along tengok Faqeh dengan Saufa ni tak habis lagi mood bulan madunya.”
“Sekarang ni Faqeh dah susahlah nak bawa Saufa pergi jalan-jalan. Maklumlah dah jadi businessman.” Sahut mak su yang baru datang dari dapur menatang teko teh.
“Kenapa pulak mak su?” aku bertanya sambil tangan ku laju menambah nasi goring ke dalam pinggan.
“Ielah, kamu tengoklah papa kamu tu. sejak jadi ahli perniagaan ni, susah sangat nak datang bertandang ke rumah.” perli mak ngah. Mama hanya tersenyum sumbing mendengar sindiran iparnya.
“Adik Sarimah ku sayang, abang long ni bukan tak nak bertandang ke rumah kamu tu, tapi kamu duduk jauh seberang lautan. Masa tu tak cukup. Lain lah kamu duduk kat kawasan KL ni, selalulah abang long datang jenguk kamu. Kamu marahkan abang long, tapi kamu pun lebih kurang tak menjenguk abang long. Betul tak Su?” balas papa panjang lebar.
“Betul. Su sokong abang long cakap.” Nampak perbualan yang mengusik aku telah bertukar kepada perbalahan manja antara papa, mak ngah dan maksu. Soal lawatan jadi topik. Memang diakui papa jarang mengunjungi saudara maranya atas alasan yang bergitu sibuk. Aku harap selepas ini papa ada lebih banyak masa untuk diluangkan dengan saudara mara. Sarapan pagi yang bergitu meriah dan menyelerakan.

Aku dan papa meminta izin untuk ke pejabat ketika jam menginjak ke sepuluh pagi.

Bertarikh 18 Ogos 2008, Saufi Atiya Binti Fauzuki Noor selamat dijabkabulkan dengan pilihan hatinya, Hakim alias bin Tuan Muhamad. Majlis ijabkabul yang dilakukan sehari sebelum persandingan diadakan di masjid Negara, Kuala Lumpur. Majlis yang diadakan diperkarangan rumah datuk fauzuki noor, menjemput pelbagai jenis kenalan kedua-dua belah pihak, serta sanak saudara. Seminggu kemudian majlis menyambut menantu diadakan di perkarangan rumah tuan Muhammad. Sungguh meriah kenduri menyambut kedua-dua mempelai ini. Bukan seperti aku dan saufa, hanya doa selamat. Aku akui aku memang cemburu melihat majlis perkahwinan mereka, benda dah terjadi. Takdir tuhan yang menentukan. Masih aku ingat lagi senyuman gadis berkebaya moden merah jambu. Cantik dan menawan. Lebih cantik dari saufa. Aduhai hati, sudah terpikatkah melihat si anak gadis?
Aku memulakan langkah perkenalan apabila majlis mulai reda. Dia nampaknya agak sibuk, macam orang penting dalam majlis. Siapa ya?
“Assalamualaikum. Dari tadi nampak sibuk je. Tak berhenti-henti buat kerja.”
“Waalaikumsalam. Sibuklah jugak. Ini majlis sahabat saya. Saya kenalah tolong. Awak ni dari pihak lelakikan?”
“Ha, betullah tu. Saya faqeh, adik pengantin.” Tangan dihulur bersama senyuman. Minta-minta salam bersambut, hati dah kata suka, takkan badan tak nak memulakan operasi menjual minyak urat.
“Saya aina.” Salam bersambut. Aduhai ada peluang. Dari situ bermulalah perkenalan aku dengan si gadis berkebaya moden merah jambu.

episod 20

Saufa sakinah.
Sakit yang terasa di dalam tak terluah keluar. Banyak jasa dia yang membuat aku penasaran sendiri selain perasaan yang tak mungkin berubah. Dia cinta pertama, cinta monyet ku, cinta yang abadi setelah aku di ijab kabulkan. Mungkin dulu aku tak cukup matang dalam membuat keputusan. Al maklumlah pada umur 17 tahun aku telah diangkat menjadi seorang isteri kepada lelaki yang ku puja. Kesalahan yang cuba aku tebus dengan segunung cinta dan taat setia kepada dia tak berbaloi sampai kemana. Cinta Faqeh bukan untuk aku. Aku cuma manusia yang singgah ke dalam hidup dia. Bukan hati dia.
Masih terngiang-ngiang di telinga perbualan antara mummy dan dia yang menyatakan aku hanya tanggungjawab dia sebagai seorang suami dan anak yang aku kandung ini bukan sebagai tanda cinta kami. Adilkah kepada aku sebagai seorang isteri yang menemani setiap detik waktunya hanya sebagi peneman? Di manakah silap aku hingga aku tak berjaya memperolehi cinta manusia yang bernama Faqeh irman? Kalau dulu aku di hanyuti dengan pelbagai kerenah keluarga yang bagai membuangku tetapi kini aku sekali aku di noda dengan masalah rumah tanggaku yang bergegar tanpa angin. Dengan alasan ‘cinta’ yang menggebu di hati aku masih cuba bersabar dengan kerenah lelaki yang paling aku cintai. Alangkah indahnya jika abang masih disini, bersama aku. Abang yang memahami, abang yang mengambil berat, abang yang menyayangi aku tanpa sedetik prasangka di hati. Semua hanya kenangan dan ujian dalam hidup aku sebagai seorang yang bergelar manusia. Kalau dulu aku menyalahkan diri aku terhadap kematian abang, tetapi setelah Faqeh hadir di sisi memberi semangat dan tak henti memberi nasihat, aku redha atas ketentuan allah yang satu. Tiada yang dua. Segala-galanya atas kehendak Dia, ada hikmah disebalik apa yang jadi.
Persiapan perkahwinan kat atiya dengan Faqeh semakin hebat. Dengan pelamin yang sudah berdiri megah di taman mummy. Dengan hantaran sebanyak 15 dulang yang akan di balas 17 dulang oleh pengantin perempuan. Di tambah dengan jemputan-jemputan yang memang hebat membuat aku merasa bergitu kerdil. Perkahwinan aku dahulu hanya di walikan oleh abang dan tiada kenduri. Cuma sekadar bacaan doa selamat sahaja. Tiada cincin berlian yang menghiasi jari manis ku di saat membatalkan air sembahyang. Cuma sekadar cincin belah rotan yang menghiasi jari manisku hingga ke hari ini. Tiada berganti. Bukan Faqeh tak mampu tapi mungkin tak mahu.
Perkahwinan Faqeh dengan kak atiya cuma tinggal lagi 2 minggu. Mummy bertambah sibuk sedangkan aku bertambah lemah. Morning sickness yang ku alami membuat aku bertambah tak berdaya. Kandungan yang berusia 22 minggu ini membuat aku rasa terlalu menderita. Kesengsaraan yang teramat dengan sikap Faqeh yang semakin menjauh, dengan perasaan tertekan dalam menghadapi perkahwinan Faqeh. Dalam babak yang sedetik cuma, aku cuba mengorek rahsia.
“Abang, abang buat apa kat sini kan dah lewat. Nanti sakit kene embun pagi.” Ketika itu jam menunjukkan hampir ke 1 pagi. Ketika itu badan yang sakit tak ku hiraukan kerana Faqeh tak beradu disisi. Dengan perut yang memboyot, sedaya upaya ku bawa menuruni tangga dengan berhati-hati.
“Tak ada apa-apa, Saufa masuklah dulu. Abang tak mengantuk lagi. Nanti kalau abang nak tidur pandailah abang nak masuk bilik. Abang bukannya budak-budak lagi.” Bagai dentuman guruh suara Faqeh memetir hatiku yang sedia ada lara. Aku berlalu dengan air mata beranak sungai di pipi ku. ‘apa kesalahan ku?’
Malam yang panjang. Tidurku hanya ditemani air mata dan mimpi buruk.

16 July 2009

episod 19

Saufa sakinah.

Sakit yang terasa di dalam tak terluah keluar. Banyak jasa dia yang membuat aku penasaran sendiri selain perasaan yang tak mungkin berubah. Dia cinta pertama, cinta monyet ku, cinta yang abadi setelah aku di ijab kabulkan. Mungkin dulu aku tak cukup matang dalam membuat keputusan. Al maklumlah pada umur 17 tahun aku telah diangkat menjadi seorang isteri kepada lelaki yang ku puja. Kesalahan yang cuba aku tebus dengan segunung cinta dan taat setia kepada dia tak berbaloi sampai kemana. Cinta faqeh bukan untuk aku. Aku cuma manusia yang singgah ke dalam hidup dia. Bukan hati dia.

Masih terngiang-ngiang di telinga perbualan antara mummy dan dia yang menyatakan aku hanya tanggungjawab dia sebagai seorang suami dan anak yang aku kandung ini bukan sebagai tanda cinta kami. Adilkah kepada aku sebagai seorang isteri yang menemani setiap detik waktunya hanya sebagi peneman? Di manakah silap aku hingga aku tak berjaya memperolehi cinta manusia yang bernama faqeh irman? Kalau dulu aku di hanyuti dengan pelbagai kerenah keluarga yang bagai membuangku tetapi kini aku sekali aku di noda dengan masalah rumah tanggaku yang bergegar tanpa angin. Dengan alasan ‘cinta’ yang menggebu di hati aku masih cuba bersabar dengan kerenah lelaki yang paling aku cintai. Alangkah indahnya jika abang masih disini, bersama aku. Abang yang memahami, abang yang mengambil berat, abang yang menyayangi aku tanpa sedetik prasangka di hati. Semua hanya kenangan dan ujian dalam hidup aku sebagai seorang yang bergelar manusia. Kalau dulu aku menyalahkan diri aku terhadap kematian abang, tetapi setelah faqeh hadir di sisi memberi semangat dan tak henti memberi nasihat, aku redha atas ketentuan allah yang satu. Tiada yang dua. Segala-galanya atas kehendak Dia, ada hikmah disebalik apa yang jadi.

Persiapan perkahwinan kat atiya dengan along hakim semakin hebat. Dengan pelamin yang sudah berdiri megah di taman mummy. Dengan hantaran sebanyak 15 dulang yang akan di balas 17 dulang oleh pengantin perempuan. Di tambah dengan jemputan-jemputan yang memang hebat membuat aku merasa bergitu kerdil. Perkahwinan aku dahulu hanya di walikan oleh abang dan tiada kenduri. Cuma sekadar bacaan doa selamat sahaja. Tiada cincin berlian yang menghiasi jari manis ku di saat membatalkan air sembahyang. Cuma sekadar cincin belah rotan yang menghiasi jari manisku hingga ke hari ini. Tiada berganti. Bukan faqeh tak mampu tapi mungkin tak mahu.

Perkahwinan along hakim dengan kak atiya cuma tinggal lagi 2 minggu. Mummy bertambah sibuk sedangkan aku bertambah lemah. Morning sickness yang ku alami membuat aku bertambah tak berdaya. Kandungan yang berusia 22 minggu ini membuat aku rasa terlalu menderita. Kesengsaraan yang teramat dengan sikap faqeh yang semakin menjauh, dengan perasaan tertekan dalam menghadapi perkahwinan along hakim. Dalam babak yang sedetik cuma, aku cuba mengorek rahsia.

Abang, abang buat apa kat sini kan dah lewat. Nanti sakit kene embun pagi.” Ketika itu jam menunjukkan hampir ke 1 pagi. Ketika itu badan yang sakit tak ku hiraukan kerana faqeh tak beradu disisi. Dengan perut yang memboyot, sedaya upaya ku bawa menuruni tangga dengan berhati-hati.

“Tak ada apa-apa, saufa masuklah dulu. Abang tak mengantuk lagi. Nanti kalau abang nak tidur pandailah abang nak masuk bilik. Abang bukannya budak-budak lagi.” Bagai dentuman guruh suara faqeh memetir hatiku yang sedia ada lara. Aku berlalu dengan air mata beranak sungai di pipi ku. ‘apa kesalahan ku?’

Malam yang panjang. Tidurku hanya ditemani air mata dan mimpi buruk.

24 June 2009

episod 18

Saufa sakinah
Aku merasakan ada yang tak kena dengan perhubungan kami. Aku bahagia selama ini. Berbulan kami hidup bersama segala-galanya damai, tenang tak berkocak. Tapi aku merasakan segala sentuhan Faqeh bukan dengan cinta. Entah aku tak tahu bagaimana untuk menggambarkan segala-galanya. Aku tak tahu apa yang diperlukan lagi oleh Faqeh. Segala-galanya telah aku berikan, aku tatang dia bagai minyak yang penuh. Aku belai dia dengan penuh rasa cinta dan sayang. Aku merasakan sentuhannya saban malam hanya sebagai memenuhi rasa tanggung jawab. Adakah aku belum dapat cintanya lagi? Kadang kala aku hairan, dia termenung di jendela melihat anak-anak jiran bermain, ku kira dia sunyi dan telah ku khabarkan bahawa dia juga bakal punya anak. Tetapi kelazimannya tak pernah berubah, bahkan bertambah. Asalkan ada waktu terluang, termenung jadi santapan mindanya. Apa yang ada difikirannya tidak dapat ku baca.
Usai peperiksaan, Faqeh pula diberi cadangan oleh Along Hakim untuk mengambil alih jawatannya sebagai yang utama di dalaam syarikat kami, Derilma Sdn Bhd. Apa yang merasuk Faqeh aku tak tahu, dengan serta merta surat perletakkan jawatan sebagai guru dihantar. Apa yang dicari? Kami hidup damai selama ini. Mengapa harus mengambil keputusan untuk kembali ke tempat asal? Tempat yang pernah menghancur lumatkan hati kami. Perkahwinan yang bakal berlansung dalam masa tiga bulan lagi membawa kami pulang ke Kuala Lumpur menolong persiapan perkahwinan. Hatiku berdetak hebat. Bagaikan ada yang akan berlaku selepas ini.
“Saufa, buaat apa tu? Tolong mummy gubah hantaran ni.” Panggilan mummy membuatkan aku tersentak. Jauh benar aku mengelamun.
“Ye my. Saufa datang ni.” Aku berlalu ke ruang rehat yang di jadi tempat kerja mama menyiapkan hantaran Along Hakim. Aku dulu, tak ada hantaran, tak ada kenduri kendara. Kahwin koboi kata orang. Tetapi perkahwinan inilah yang membela aku daripada jatuh dan rebah menyembah bumi. Perkahwinan yang tiada langsung kenangan pada tarikh aku di ijab kabulkan inilah yang memberikan aku kebahagian. Memberikan aku kesempatan menjadi isteri kepada lelaki yang ku puja. Memberikan aku kesempatan menjadi ibu, menjadi wanita yang lengkap fitrahnya sebagai seorang wanita.
Faqeh ke pejabat, belajar apa yang patut sebelum semuanya diserahkan kepadanya. Along Hakim akan berpindah dan bekerja dengan baba. Perniagaan yang dahulunya di terajui oleh along hakim kini bakal beralih kepada suamiku. Perniagaan yang dahulunya di terajui oleh Dato’ Fauzuki noor akan beralih tampuk kepada hakim alias bin tuan Muhammad.
“Mummy tengok Saufa ok je. Tak macam mummy dulu, morning sickness sampai bulan keempat. Dah tiga bulan dah kan kandungan Saufa tu? mummy gembira sangat, mummy nak dapat menantu dalam masa tiga bulan lagi, and soon, mummy dapat cucu pulak.” Mummy memecah ruang sepi antara kami. Aku yang sedang tekun menggubah sejadah untuk dijadikan hantaran hanya tersenyum mendengar omelan mummy.
“My, Saufa nak tanya sikit boleh?” tanyaku lembut. Mummy memandang tepat kearah ku. Isyarat matanya menyuruh bertanya.
“Tak adalah, pada mummy, perasaan bercinta tu bagaimana?”
“Cinta? Feeling yang buat kita rasa di awang-awangan. Perasaan yang membuatkan kita rasa bertanggungjawab atas segalanya, membuat kita jadi manusia yang takut, takut kehilangan. Cinta selalu pendorong bagi segala sebab yang kita lakukan untuk orang yang kita cintai. Bagi mummy, cukup sekadar kita bahagia dengan cara kita sendiri dan tidak mengongkong orang yang kita cintai. Kenapa tiba-tiba tanya pasal cinta ni? Saufa jatuh cinta?” soal mummy lembut. Tangannya mendarat diatas bahuku. Membelai lembut rambut ku bak ibu yang bergitu mengasihi dan mrindui anaknya.
“Mummy rasa, Faqeh cintakan Saufa tak?” soalku perlahan.
“Kenapa tanya macam tu? Faqeh ada buat sesuatu dekat Saufa ke?”
“Tak adalah mummy, Saufa cuma tanya. Saufa rasa macam Faqeh tak cintakan Saufa. Dia berada dengan Saufa cuma kerana tanggungjawab dia. Sebab Saufa isteri dia.”
“Saufa kenapa fikir macam tu? Kalau dia tak cintakan Saufa, takkan ada anak ni.” Perlahan perutku diusap oleh mummy. Aku memeluk mummy dengan seribu satu macam perasaan yang tak dapat aku nak gambarkan. perbualan kami terhenti disitu apabila azan asar mencecah pendengaran kami. Aku berlalu ke bilik dengan perasaan yang sarat dengan sangsi. Aku mengambil wuduk dan menunaikan solat asar. Ku sambung dengan solat sunat. Semoga perasaan gundah gulana tadi hilang.


Faqeh Irman.
“Faqeh, balik dah? Papa dengan along mana?” soal mummy daripada pagoda. Aku mendekati mummy, menyalami dan mencium pipi mummy. Kebiasaan yang tak dapat aku buang. Aku tidak pernah memperlakukan Saufa sebegini pun, walaupun aku outstation.
“Papa dengan along jumpa klien. Papa pesan tadi, dia tak makan kat rumah.” Ku lihat mummy hanya mengangguk lembut. Senyuman yang terukir di bibir mummy, hambar. Bagai ada perkara yang menganggu. Apalah agaknya yang tak kena ni? Lain macam je muka mummy kesayanganku ini.
“Mummy, kenapa ni my? Ada yang tak kena ke?” soalku lembut. Aku mengambil tempat disebelah mummy. Cawan yang kosong ku isi dengan kopi buatan Mak Jah. Aku mencicip perlahan kopi yang masih berasap di dalam cawan. Sedap…
“Faqeh cintakan Saufa?” kenapa soalan mummy berkaitan dengan cinta?
“Cinta? Kenapa pulak mummy tanya soalan macam ni? Kalau tak cinta takkan lah mummy bakal dapat cucu.” Jawab ku dengan senyuman di bibir. Soalan yang ku kira kelakar pada pendengaran ku.
“Bersama dengan perempuan, bukan ertinya semata-mata kerana cinta. Kemungkinan sebab nafsu ataupun mungkin hanya satu tanggung jawab.”
Aku hanya mengeluh perlahan mendengar hujah mummy. Betul apa yang mummy cakap tu, tapi kenapa topik itu dibincangkan sekarang? Saat aku masih tak sedia menceritakan segala-galanya. Mummy menyambung kata.
“Faqeh, mummy bukan nak masuk campur dalam rumah tangga Faqeh, tapi mummy dapat rasakan yang Faqeh hanya sayangkan Saufa. Bukan cintakan Saufa. Faqeh tak nak cerita dengan mummy?” mummy merenung tepat ke dalam anak mata aku. Buat aku terkedu. Rahsia yang kusimpan utuh jauh di dalam hati bagai dapat di baca oleh mummy. Aku menghela nafas panjang sebelum menyusun kata.
“My, dia isteri Faqeh. Faqeh sayang dia. Dia memang baik dan Faqeh beruntung mendapatkan dia. Tapi perlukah rasa cinta dalam hati untuk sesuatu perkahwinan?” aku membalas kata-kata mummy lembut. Mummy hanya terdiam mendengar tingkahku.
“Perkahwinan Faqeh dengan dia bukan kerana cinta, kerana terpaksa. Faqeh dah cuba untuk mencintai dia tapi, Faqeh tak mampu. Dia memang baik, isteri terbaik, tapi Faqeh tak merasa getaran bila bersama dengan dia. Rasa sayang memang ada. Dia tanggung jawab Faqeh. Mummy, tak payah fikir bukan-bukan ye.” Jawabku. Aku dengan yakin meluahkan isi hatiku kepada mummy yang mengandungkan aku, membesarkan aku melakukan apa sahaja untuk aku, tanpa aku ketahui ada yang terluka mendengar kata-kataku.
“Faqeh dah besar, dah nak jadi papa dah. Fikirlah baik-baik. Jangan lukakan hati Saufa. Dia baik. Dia dah cukup terluka. Biarkan dia mengecapi bahagia.” Kata-kata mummy meresap jauh kedalam sudut hati aku. Perbincangan kami hanya sampai di situ apabila aku meminta izin untuk berlalu. Mummy ku tinggalkan. ‘Saufa maafkan abang.’ Hanya itu yang mampu aku ucapkan. Bukan aku tak mencuba tetapi aku memang tak mampu untuk mencintai Saufa. Solat asar ku tunaikan, aku berteleku lama di atas sejadah. Memikir dan mencari jawapan. Aku hanya bangun apabila matahari terbenam di ufuk barat.
Kami menunaikan solat magrib dan isyak bersama-sama. Sungguh aku lapang dengan keadaan ini. Doa kami panjang malam itu. Aku berdoa lafaz yang sama dengan sebelumnya. Aku pohon dengan air mata. Penyesalan yang teramat.
Usai solat, kami turun makan bersama mummy. Sambil kami berehat didalam bilik, aku mengusap perut Saufa lembut, bertanya akan keperluannya jika tiada. Bertanyakan aktivitinya hari ini. Bertanyakan tentang makanannya, tentang amalnnya untuk anak aku. Dan akhirnya aku mengalah apabila hatiku mendesak bertanyakan tentang cinta kepadanya. Apakah dia tahu perasaan yang hadir dalaam hatiku hanya perasaan sayang bukan cinta. Aku hanya ingin menguji apa yang terkandung jauh di dalam sudut hati isteriku ini.
“Sayang, apa ertinya cinta pada sayang?” soalku perlahan.
“Cinta? Perasaan yang membuatkan Saufa bahagia. Abang bahagia tak dengan Saufa?”
“Bahagia. Abang bahagia sangat hidup dengan Saufa. Terima kasih untuk semuanya. Kebahagian ini dan anak ini.” ucapku penuh ikhlas. Perlahan tangan Saufa ku kucup lembut. Aku ikhlas, tetapi hatiku bagaikan kosong tiada berisi. Apa lagi yang aku inginkan? Aku punya segala-gala yang aku mahu.
“Abang. Nanti nak tidur tutup lampu ye. Saufa mengantuk. Nak tidur dah ni.” Aku hanya mengangguk.
“Ok, good nite abang. Assalamualaikum.”
“Waalaikumsalam.”

episod 17

Faqeh Irman.
‘Alahai, kopak lah aku bulan ni. Barang dapur je dah sampai RM 300++. Nasib baik aku tak bayarkan baju-baju dia masa kat mid valley tadi. Kalau tak maunya aku pengsan kat situ jugak tadi. Ne yang aku nak jadi enemy dengan dia ni. Hish, benci betulah, ingat aku ni buat duit ke?’
Ni yang lemah seluruh badan aku ni, dah tak bermaya dah ha. Nak makan apa hujung bulan nanti? Makan pasir? Agak-agaklah berbelanja pun.
“Dahlah, jom kita balik. Karang kalau duduk lagi kat sini bankrap saya awak buatkan.” Saufa hanya menganggukkan kepala tanda setuju. ‘Aah memang lah setuju, dah dok perabih duit aku. Nak bagi belanja sekolah kat kau lagi.’
Pening kepala aku. Ni yang kene pikir banyak kali ni. Nak berhenti ke tak nak. Tolong Along Hakim kat pejabat lagi lumayan gaji aku. Tapi jadi cikgu ni cita-cita aku daripada kecil.
“Cikgu marah saya ke?” pertanyaan Saufa memecah segala monolog dalaman ku.
“Nak marah pun tak guna. Dah jadi. Lagipun, awakkan dah biasa dengan duit, jadi saya tak boleh nak salahkan awak juga. Saya ni cikgu biasa baru graduate tak sampai lima tahun pun, berapa sangat gaji saya. Tapi saya minta, tolong lah berjimat. Gaji saya yang ada nilah nak bayar duit sewa rumah, duit kereta, duit makan minum kita lagi. Duit belanja awak lagi. Segala jenis bil lagi nak kena bayar. Duit simpanan tuk awak nak belajar lagi.”
“Maafkan saya kalau saya dah susahkan cikgu. Saya ni memang menyusahkan orang je. Ke mana-mana saya pergi semua orang susah kerana saya.” Jawabnya sayu.
“Dahlah tu. jangan menangis pulak. Saya ni tak reti nak memujuk perempuan menangis.”
Setengah jam kemudian kami sampai ke rumah sewa aku. Disebabkan oleh hari dah malam, tak dapatlah kami ambil barang-barang Saufa dekat rumah tok dia. Masalahnya esok. Dia nak pergi sekolah melenggang aje ker? Takkan nak suruh ponteng. Dah berapa hari dia ponteng dan berapa hari pulak aku bercuti. Macam mana nak buat ni? Macam mana apanya, kalau aku nak suruh Saufa pergi sekolah pun takkan nak pakai jeans dengan tee. Ingat ni sekolah kat luar negara ke. Ponteng lagi lah nampaknya budak bertuah ni. Tak per lah esok balik sekolah, aku pergi ambil barang-barang dia kat rumah tok dia.
“Saufa, dah solat belum nih? Dah pukul berapa ni? Dah nak habis dah magrib ni.”
“Saya tak boleh sembahyang lagilah. Tak ingat ke?” balas Saufa. Lemah.
“Oh, tak boleh lagi ye? Opss, sorry. Tapi ni kenapa pulak ni? Tadi ok je, ni muka pucat ni. Awak sakit apa pulak ni?” Soalku cemas. Dah kenapa pulak dengan budak ni, tadi ok je, la ni, muka macam ayam berak kapur je. Macam-macam masalah lah pulak. Janganlah buat hal lagi Saufa. Dalam diam-diam hati aku berdoa supaya musibah menjauhi dia.
“Tak ada apalah cikgu. Saya sakit perut je. Senggugut. Ada minyak panas tak?” Perlahan bibir comel itu menuturkan kata. Pulak dah apa aku nak buat ni.
“Ada, ada kejap saya ambilkan.” Aku berlalu ke bilik mengambil minyak panas untuk Saufa. minyak panas yang disapu tadi membawa kesan kekurangan. Ku kira. Kelegaan yang tertera di wajahnya membuatkan aku mengurut dada perlahan. Azan yang berkumandang dikaca television membawa aku ke alam nyata. Mata yang sedari tadi merenung wajah polos Saufa yang telah tertidur beralih ke kaca television. Aku berlalu menunaikan solat isyak.
Doa dan wiridku panjang sekali malam itu. Aku memohon agar Allah menjaga rumah tangga aku. Agar Allah menambahkan rasa cinta aku kepada Dia. Agar Allah menetapkan hati aku hanya untuk Saufa. Aku mengakui, masih sukar ku pupuk rasa cinta di hati, walaupun bertahun aku menjejaki. Mungkin rasa tanggungjawab yang menebal buat aku tak betah tiada Saufa di sisi aku. Aku juga berharap agar segala masalah yang timbul dapat di atasi dengan sebaik-baiknya.
Seusai solat aku berlalu melihat Saufa di ruang depan, tapi sufa tiada. Aku berlalu ke bilik ku dan ku lihat Saufa damai di atas katil, berselimut. Nyenyak nampaknya anak gadis ini. Aku berlalu menyiapkan segala keperluan untuk esok. Baju dan peralatan mengajar. Setelah ku siapkan, aku berlalu ke bilik dan merebahkan badan di sebelah Saufa dan terlena. Hanya bangun setelah jam menunjukkan pukul 6.30 pagi. Rutin harian berlangsung lagi. Entah mengapa aku merasa lagi selesa dan gembira, mungkin sebab dia ada di sisiku.
Segala-galanya berlangsung seperti biasa. Damai, tenang tak beriak. Hidup kami bagaikan air sungai yang mengalir tanpa henti. Tiada masalah sehingga Saufa menduduki peperiksaan STPM dan yang paling menyenangkan aku, mummy dan papa, Saufa hamil 2 bulan. Along hakim dengan Kak Atiya masih merancang untuk mendirikan rumahtangga. Ku akui, walau macam mana aku cuba untuk mencintai dia, aku gagal. Aku cuma ada rasa sayang bukan rasa cinta. Walaupun benih aku sedang membesar dan membentuk satu umat Muhammad yang lain di dalam rahim dia. Apa yang aku cari aku tak tahu. Saufa memang isteri terbaik. Apa yang aku perlukan semua jadi keutamaan kepada dia. Aku memang tak sangka anak gadis kota metropolitan, membesar dalam taburan duit menjadi seorang anak gadis yang lengkap serba serbi. Bukan sahaja cekap di dapur bahkan bijak menangani segala-gala dalam rumah tangga. Masa dibahagi dengan baik sekali. Antara pelajar dan isteri orang, Saufa melakukan yang terbaik. Aku sendiri tak tahu apa yang aku cari. Jiwaku kosong ibarat padang pasir. Tiada berair, tiada berpohon. Sedangkan aku memerlukan sesuatu yang dapat menghiburkan aku. Aku akui anak yang dikandung menjadi bukti rasa cinta tetapi aku cuma menganggap itu satu tanggung jawab aku sebagai suami yang patut aku penuhi.