BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Glitter Text
Make your own Glitter Graphics

08 April 2009

episod 8

Faqeh Irman.
Aku tak salah lihatkan? Aku tak salah pandangkan? Memang betul itu Saufa. Oh ini keluarganya. Tapi kenapa dia tidak seperti kak atiya. Tak kan bapak dia tak mampu nak support dia pergi ke luar negara. Kak atiya graduan luar negarakan? Sedangkan anak gadis in cuma belajar di tingkatan 6 di sekolah pekan. Apa yang terjadi dalam keluarga ni?
“Silakan makan, ini je yang mampu kami sediakan. Harapnya kenalah dengan selera kalian.” Manis senyum mama menuturkan kata. Along hakim nampak malu-malu. Maklumlah rumah bakal mertua.
“Ni anak datin ke?” tunjuk mummy ke arah Saufa.
“Hish, tak payah lah berdatin-datin. Panggil saya mala jer. A ah. Tu Saufa Sakina anak bongsu saya.”
“Oh, ingatkan atiya ada sorang jer adik rupa-rupanya ada lagi seorang. Manis pulak tu. Tapi nama ni macam pernah saya dengar. Tak ingat pulak saya dimana.”
“Dia ni duduk kat kampong. Biarlah dia belajar berdikari disana.” Jawab mama.
“Yelah. Untung mala ada anak dara. Saya ni ada anak teruna. Tak merasalah nak mengharapkan mereka masuk dapur tolong memasak. Masak lah kita sorang-sorang.”
“Apa yang nak di kisahkan? Saufi kan dah jadi anak kak ijah juga. Jangan segan ajak kedapur kalau dia ke sana. Tak lamakan rumah kak ijah rumah dia jugak.”
“Mama ni, ada pulak cakap macam tu.” Kak atiya tersipu malu.
“Awak ni mala, cakap beralas sikit, kan dah merah muka anak kita tu. Tapi betul juga tu, saufi ni jarang ke dapur. Sesekali dia ke sana apa salahnya ajak kedapur. Lagipun saufi dah nak jadi anak kak ijah dah. Kan Cik mat?”
“Betul-betul, saya sokong.”
Saufa terkedu dihujung meja makan sana. Tertib dan beradab sekali dia menjamah makanan. Memang datuk dan datin ini menjaga anak sebaik mungkin. Tapi dia macam tak mesra dengan yang lain. Kepingin aku mengetahui apa yang berlaku.
“Faqeh ni jadi cikgu kat perak sana. Minatnya ke situ, saya ikutkan aja. Lagipun, mendidik orang ni banyak pahalanya, berat tanggungjawabnya. Biarkan dia belajar erti tanggungjawab. Jangan esok dah kawin pun, duduk bawah ketiak mummy dia.” Namaku yang disebut papa menarik aku kembali ke meja makan. Jauh betul aku mengelamun tadi. Gelak ketawa yang lain buat aku malu. Malu bila aku pula yang jadi topic bualan disini.
“Anak-anak bergitulah. Ikutkan sahaja. Moga-moga nanti kita dah tua, mahu mereka menjaga kita. Jangan dihantar ke rumah orang tua-tua dahlah.”
Tepat pukul 10 malam, keluarga ku meminta izin untuk pulang. Gadis manis Saufa, entah hilang ke mana. Ke bilik mungkin. Banyak yang aku tak tahu tentang keluarga ni. Saufa macam orang asing ditengah-tengah keluarga datuk fauzuki noor. Sungguh aku hairan.
“Faqeh dok pikir apa tu? Terkenang anak datuk ke? Adik atiya? Cantikkan orangnya? Manis dan lembut.”
“Along. Mengejutkan Faqeh aje. Tak layak nak bergandingan dengan anak datuk. Kita ni cikgu biasa je. Bukan macam along. Businessman yang tengah top sekarang ni. Boleh la pandang anak datuk macam kak atiya tu.”
“Along pun tak jangka boleh jatuh cinta ngan dia. Anak datuk pula tu. Nasib baik lah dia jenis tak pilih status. Keluarga itu memang baik. Bersopan dan tak memilih darjat.”
“Along, tak rasa pelik ke?”
“Apa yang nak dipelikkan?” berkerut-kerut dahi along memikirkan kata-kata aku.
“Along tau selama ni yang kat atiya tu ada adik? Cantik pulak tu. Dia pun tak pernah cerita tentang adik dia tu.”
“Sejak bila berminat ni? Nanti suh mummy meminang adik kak atiya untuk Faqeh nak?”
“Boleh juga. Cantik juga orangnya. Bersopan santun pula tu. Along nak tau she is my student. Masa Faqeh mengajar kat sini hari tu dia baru tingkatan 5. Sekarang dia jugak masih student Faqeh.”
“Masih student? Maksudnya Faqeh mengajar kat sekolah yang saufa belajar?” tanya along keliru.
“Ye along. Tak sangka selepas dua tahun baru Faqeh dapat jumpa dengan dia. Dia belajar kat kampong rupa-rupanya. Pelikkan. Kalau nak ikutkan dia mampu nak ke luar negara. Tapi kenapa dia belajar kat tingkatan 6. Tak sia-sia pertukaran Faqeh ke perak. Dapat jumpa dengan saufa balik. Dan tak sangka abang pulak berkasih-kasihan dengan kakak dia.” Usik ku.
“Wait the minute. Apa maksud Faqeh dengan tak sia-sia dengan pertukaran Faqeh dan dapat jumpa saufa balik. Did I missing something here?” tanya along hairan. Alamak, aku tak pernah cerita benda yang satu ni kat along. Macam mana ni. Along ni kalau dah terlepas cakap mesti dia nak tau. Macam mana ni?
“Mana ada. Betul lah apa Faqeh cakap. Kan dulu dia student Faqeh. Jadi tak sangka lah dia masih lagi jadi student Faqeh.”
“Macam mana pula dengan tak sia-sia pertukaran Faqeh? Bukan selama ni Faqeh membantah keras ke? Sampai nak letak jawatan. Nak tolong along kat office la. Tell the truth la bro.”
“Eh along ni dah macam lawyer pulak. Kenapa dulu along tak ambil law? Kalau tak mesti sekarang ni along dah jadi majistret.”
“Takpayahlah nak tukar topik. Faqeh bukan boleh sembunyikan apa-apa daripada along.”
Nak tak nak terpaksalah aku bagitau jugak kat along. He is my best friend. Along lah yang selama ni banyak bantu aku. aku akhiri cerita aku dengan amaran jangan bagitau mummy dengan papa.
“You should not leave her like that. Faqeh ada tanggungjawab ke atas dia. Berapa banyak dosa yang Faqeh tanggung bertahun ni sebab ego dia. She is your wife.” Dah start dah ceramah along ni. Along ni memang warak sikit. Bukan macam aku.
“Nak buat macam mana dah dia yang tak nak kat Faqeh. Pas tu Faqeh pula ditukarkan ke kelantan. Macam mana nak buat? Dia dah tukar nombor phone dan abang dia Faqeh tak tau nak cari kat mana.” Terang aku panjang lebar. Biar along faham masalah aku. Jangan nak tembak aku macam tu je.
“Sekarang dah jumpa balik kan? Tunaikan tanggungjawab Faqeh dan pujuklah dia baik-baik. She is nice girl.”
“Insyaallah. Along ini rahsia kita ye.” Aku buat muka simpati kat along.
“Jangan risau lah. Rahsia Faqeh selamat dengan along. Dan tak sangka along lah yang terlewat. Adik kesayangan along dah nikah dah. Kawin je blum.” Usikan along mengakhiri perbualan kami.

2 comments:

Vee Violet said...

Vee suka penulisan Suhada...
=)

suhada said...

thank vee, i'm juz a new person..
suke2 je nak menulis..