BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Glitter Text
Make your own Glitter Graphics

09 September 2009

episod 21

Faqeh irman.

Meriahnya persiapan perkahwinan yang di laksanakan oleh mummy menyentap jantungku kadang-kala. Perkahwinan aku dulu hanya ditemani air mata gelisah. Penerimaan yang tak mungkin ada. Ijab Kabul yang hanya di saksikan oleh sahabat-sahabat yang memahami aku. Cincin belah rotan menjadi tanda dan mas kahwin yang bernilai RM 222.22, tiada hantaran yang boleh menjadi kebangsaan Saufa. Hanya itu yang menjadi tanda perkahwinan kami yang hampir berusia 3 tahun ini.
Pagi isnin yang cerah, yang penuh ceria. Aku turun menikmati sarapan. Saufa awal pagi lagi ke dapur menolong apa yang patut. Saudara mara yang datang berkumpul dirumah menunggu hari bersejarah Faqeh semakin ramai. Ku lihat Saufa Sakinah tertib membantu didapur. Tidak kekok walaupun dengan perut memboyot. Sapaan mummy membawa aku kembali ke meja dengan gelak tawa sanak saudara yang lain.
“Kenapa?”
“Kamu tu..! Pandang Saufa macam lah Saufa tu anak dara orang. Tak kan dah bertahun kahwin tak puas-puas lagi pandang kot?”
“Mak ngah. Saufa tu isteri kita, masih mood pengantin baru lagi. Kan sayang kan?” jawapanku mengundang ketawa semua orang.
“Ish abang ni. Ada pulak cakap macam tu.” merah di pipi Saufa menambahkan seri pada bakal ibu muda ini.
“Yelah mak ngah Along tengok Faqeh dengan Saufa ni tak habis lagi mood bulan madunya.”
“Sekarang ni Faqeh dah susahlah nak bawa Saufa pergi jalan-jalan. Maklumlah dah jadi businessman.” Sahut mak su yang baru datang dari dapur menatang teko teh.
“Kenapa pulak mak su?” aku bertanya sambil tangan ku laju menambah nasi goring ke dalam pinggan.
“Ielah, kamu tengoklah papa kamu tu. sejak jadi ahli perniagaan ni, susah sangat nak datang bertandang ke rumah.” perli mak ngah. Mama hanya tersenyum sumbing mendengar sindiran iparnya.
“Adik Sarimah ku sayang, abang long ni bukan tak nak bertandang ke rumah kamu tu, tapi kamu duduk jauh seberang lautan. Masa tu tak cukup. Lain lah kamu duduk kat kawasan KL ni, selalulah abang long datang jenguk kamu. Kamu marahkan abang long, tapi kamu pun lebih kurang tak menjenguk abang long. Betul tak Su?” balas papa panjang lebar.
“Betul. Su sokong abang long cakap.” Nampak perbualan yang mengusik aku telah bertukar kepada perbalahan manja antara papa, mak ngah dan maksu. Soal lawatan jadi topik. Memang diakui papa jarang mengunjungi saudara maranya atas alasan yang bergitu sibuk. Aku harap selepas ini papa ada lebih banyak masa untuk diluangkan dengan saudara mara. Sarapan pagi yang bergitu meriah dan menyelerakan.

Aku dan papa meminta izin untuk ke pejabat ketika jam menginjak ke sepuluh pagi.

Bertarikh 18 Ogos 2008, Saufi Atiya Binti Fauzuki Noor selamat dijabkabulkan dengan pilihan hatinya, Hakim alias bin Tuan Muhamad. Majlis ijabkabul yang dilakukan sehari sebelum persandingan diadakan di masjid Negara, Kuala Lumpur. Majlis yang diadakan diperkarangan rumah datuk fauzuki noor, menjemput pelbagai jenis kenalan kedua-dua belah pihak, serta sanak saudara. Seminggu kemudian majlis menyambut menantu diadakan di perkarangan rumah tuan Muhammad. Sungguh meriah kenduri menyambut kedua-dua mempelai ini. Bukan seperti aku dan saufa, hanya doa selamat. Aku akui aku memang cemburu melihat majlis perkahwinan mereka, benda dah terjadi. Takdir tuhan yang menentukan. Masih aku ingat lagi senyuman gadis berkebaya moden merah jambu. Cantik dan menawan. Lebih cantik dari saufa. Aduhai hati, sudah terpikatkah melihat si anak gadis?
Aku memulakan langkah perkenalan apabila majlis mulai reda. Dia nampaknya agak sibuk, macam orang penting dalam majlis. Siapa ya?
“Assalamualaikum. Dari tadi nampak sibuk je. Tak berhenti-henti buat kerja.”
“Waalaikumsalam. Sibuklah jugak. Ini majlis sahabat saya. Saya kenalah tolong. Awak ni dari pihak lelakikan?”
“Ha, betullah tu. Saya faqeh, adik pengantin.” Tangan dihulur bersama senyuman. Minta-minta salam bersambut, hati dah kata suka, takkan badan tak nak memulakan operasi menjual minyak urat.
“Saya aina.” Salam bersambut. Aduhai ada peluang. Dari situ bermulalah perkenalan aku dengan si gadis berkebaya moden merah jambu.

4 comments:

keSENGALan teserlah.. said...

alahai faqeh..
isteri da mamboyot tuh,,
bley plak ngorat pompuan laen..geramnyeee...

Anonymous said...

ending dia kasi sedih skit..
baru touching sikit..huhuhu
contohnya wat la si soufa tu mnggal time dia nak g majlis knduri suami dia tu yg nk kahwin lagi satu..
pastu skali ngan anak dia jgk mnnggl..
wah..
mleleh air mata nnt..hehehe

Anonymous said...

sambung cepatlah dik best ni, tak betullah faqeh ni

Anonymous said...

alah wat lah pe pe
kasi lah faqeh ngan saufa..
saufa wat lah faqeh cemburu sikit
haahahah
apa2 pon cite nie mmg best