BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Glitter Text
Make your own Glitter Graphics

24 April 2009

episod 10

Faqeh irman.

Apa yang berlaku sebenarnya? Aku tanya Alima dia diam. Tanya saufa, lansung tak pandang muka aku. dengan cikgu arman tu pun dia boleh buat tak tau jer. Akhirnya, abang saufa dipanggil. Itu pun sebab amik kat maklumat pelajar. Nak harapkan saufa bercakap jangan haraplah. Nasib KL-slim river tak lah jauh sangat. Tapi sampai petanglah aku kat situ. Walaupun cikgu arman pelik dengan sikap bertanggungjawab aku kononnya, tapi dia diam jer. Ibubapa Ima pun dipanggil. Aku tengok abang dia cool jer bila cikgu arman bagi tau apa masalah yang menyebabkan dia dipanggil. Saufa pula buat muka tak bersalah je. Pelik aku tengok apa yang berlaku sebenarnya. Lama tak lama hamper petang jugak baru selesai masalah yang melanda. Saufaa sakinah digantung sekolah selama seminggu, itu pun atas dasar sebab saufa akan menghadapi peperiksaan lagi 2 bulan. Kalau nak buat hal pun tunggu lah lepas periksa. Aku dan cikgu Arman tetap tak tau kenapa saufa tampar Alima kat tengah-tengah kantin sekolah tadi. Aku cuba tanya alima tapi dia senyum aje. Macam tak ada perasaan lagaknya. Saufa cuma cakap dengan abang dia. Apa yang dibincangkan hamper setengah jam tu aku tak tahu. Tapi apa yang aku tengok mata saufa merah bila keluar daripada bilik kaunseling yang dikosongkan bagi tujuan membiarkan saufa dan abangnya berbincang. Kenapa dan mengapa tetap jadi tanda tanya kepada semua orang.

Saufa memang dah berubah. Lain daripada yang aku kenal 2 tahun lalu. Apa yang merubah anak gadis yang memang mendapat tempat di dalam hati ku sejak aku melafazkan ijab kabul dua tahun lalu, aku tak tahu. Kemana sikap lincah dan berani anak gadis ini? Kemana sikap ceria yang selalu menghiasi bening mata yang berkaca itu? Aku rindu kenangan yang berlalu dua tahun lalu. Saat saufa cuba memikat hatiku yang terikat dengan manja. Saat aku melayan dia dengan separuh hati. Sungguh perhatian yang saufa berikan membuat aku rindu saat lalu. Sejak aku berjumpa kembali dengan saufa sakina dua bulan lalu, anak gadis itu dah berubah 100% daripada yang aku kenali.

‘Panjangnya analisis terhadap isteri kesayangan aku ni, solat asar belum lagi, magrib dah dekat. Came on, bangun faqeh, solat dulu nanti malam sambung balik fikir pasal saufa sakina.’ Sesaat kemudian aku berlalu kebilik air, menjejaskan bisikan syaitan yang cuba melalaikan aku daripada terus menjalankan kewajiban aku sebagai seorang islam.

Falah irwan

Sepanjang perjalan pulang ke Kuala Lumpur aku memikirkan soal saufa sakina. Apa yang terjadi memang salah saufa tapi sebab dan munasababnya, aku dan juga faqeh. Saufa jadi maanusia yang hilang arah apabila terpaksa berhadapan dengan suami yang ditinggalkan dua tahun lalu dan aku pula terus mendesak adik supaya berbaik dengan faqeh. Tambahan pulak atiya bakal mendirikan rumahtangga dengan abang faqeh. Aku tahu saufa tak dapat nak menguruskan fikiran dan hatinya dengan betul. Peperiksaan STPM akan berlansung hampir dua bulan lagi. Semuanya menjadikan saufa seorang yang mudah hilang pertimbangan walaupun aku tahu saufa lebih tabah daripada yang aku jangkakan. Apa kat depan aku ni, silau…

“Ya allah.” Ucapan kalimah Allah yang aku ucapkan bergabung dengan detuman kuat. Dalam samar-samaar aku mengucap dua kalimah syahadah sebelum aku terus tertidur.

0 comments: